Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Anwar Menegaskan PH mempunyai Majoriti Tubuh Kerajaan Persekutuan Effective Serta Merta

jpg 20221120 234110 0000

Anwar menegaskan PH mempunyai majoriti tubuh kerajaan Persekutuan. PRU ke-15 baru sahaja melabuhkan tirai semalam dengan menyaksikan PH yang mendapat 82 kerusi merupakan parti paling terbanyak yang mendapat kerusi berbanding parti-parti lain.

Namun, jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan Persekutujan kerana jumlah kerusi yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah kerajaan adalah mendapat 112 daripada 222 kerusi iaitu 2/3 majoriti parlimen.

Sehubungan dengan itu, parti politik yang yang tidak dapat majoriti yang ingin mentadbir Malaysia perlu mencari parti-parti atau ahli parlimen yang ingin bergabung dengannya bagi mencukupkan majoriti lalu membentuk sebuah kerajaan Perekutuan.

Demikian itulah juga dengan pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa beliau mempunyai majoriti untuk tubuh kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, beliau yakin yang beliau akan diberikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.

Walaubagaimanapun, Anwar enggan memberitahu parti atau mana-mana ahli parlimen yang akan bekerjasama dengan PH.

Anwar menegaskan PH mempunyai majoriti tubuh kerajaan Persekutuan

PH

Anwar yang juga merupakan Pengerusi PKR berkata kepada Harian Metro ketika sidang media di kediamannya, Kajang, “Sejak semalam sudah cukup (112 kerusi parlimen). Seperti yang saya sudah katakan semalam, ia sudah selesai.”

Ujarnya lagi, “Apapun, saya gembira kerana kita sudah selesaikannya. Saya fikir dengan sokongan yang saya peroleh, saya yakin InsyaAllah, saya akan diberi peluang untuk menerajui negara ini.”

Pagi tadi, Anwar memberitahu bahawa PH mempunyai majoriti 111 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan, selepas gabungan itu mencapai persetujuan dan persefahaman beberapa pihak.

“Parti yang akan memberi sokongan kepada PH akan membuat kenyataan samaada malam ini atau esok”-Ujar beliau.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati