Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibenarkan Melalui Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi. Terkini!! Kerajaan Malaysia melalui KWSP telah membenarkan pengeluaran khas KWSP melalui akaun 2. Tapi untuk tujuan peribadi sahaja.
Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibenarkan Melalui Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi!!
Tidak dinafikan ramai yang merasa kecewa kerana kesukaran pengeluaran duit KWSP walaupun duit tersebut adalah duit kita sendiri yang kita simpan dalam tabung dan caruman yang dibuat dalam akaun KWSP mereka.
Namun, tahukah anda terdapat pelbagai cara pengeluaran yang boleh anda lakukan asalkan memenuhi kriteria serta syarat yang telah KWSP tetapkan.
Yang menariknya, anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP dariĀ akaun 2 untuk tujuan peribadi, tujuan mengubahsuai rumah atau membina rumah, pendidikan dan lain-lain.
KWSP Pengeluaran Akaun 2
Dari sini, anda boleh menyemak butiran-butiran termasuk jenis-jenis pengeluaran, borang permohonan, cara permohonan wang pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022
1) Bayaran Haji
Bagi meringankan bebanan anda menunaikan ibadah haji, duit dari akaun anda boleh dikeluarkan dengan dengan cara membuat permohonan pengeluaran i-Akaun KWSP bagi menampung perbelanjaan haji dengan Lembaga Tabung Haji.
- Anda boleh klik sini untuk dokumen dan syarat pengeluaran untuk daftar haji
2) Bayaran Untuk Rawatan Perubatan
Sekiranya anda berhadapan dengan masalah kesihatan dan 36 jenis penyakit kritikal, anda dibenarkan membuat pengeluaran pada akaun 2 untuk pembelian peralatan kesihatan dan menanggung kos perubatan.
- Boleh klik sini untuk dapatkan dokumen pengeluaran pegeluaran perubatan KWSP.
3) Pengeluaran Untuk Tujuan Pembelian Rumah
KWSP menyediakan kemudahan bagi membantu pencarum mereka untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada membeli rumah sendiri, rumah lelong, rumah subsale, mahupun membeli rumah melalui Aplikasi Rumah Mesra Rakyat 2022.
- Anda boleh klik sini untuk dapatkan dokumen dan cara-cara pengeluaran pembelian rumah.
4) Pengeluaran Untuk Tujuan Pendidikan
Bagi sesiapa yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading, mereka perlu membayar yuran yang agak mahal untuk mereka belajar di Universiti.
Oleh itu, KWSP ada menyediakan pilihan dan kemudahan pengeluaran KWSP untuk anda membayar pengajian anak sekiranya kemudahan pinjaman pinjaman yang ditawarkan PTPTN tidak mencukupi.
- Anda boleh klik sini untuk mendapatkan dokumen dan kriteria Pengeluaran untuk pendidikan
Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibenarkan Melalui Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi!!
Haa, tunggu apa lagi! jika anda perlukan duit untuk keperluan-keperluan seperti diatas boleh lah membuat permohonan untuk pengeluaran. Rugi jika tak manfaatkan peluang ini kan?.