Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KPM Buka Pengambila Guru Baru : Faktor Bersara Awal Sebelum 60 Punca Negara Kekurangan Guru Bahasa

KPM

Faktor Bersara Awal Punca Negara Kekurangan Guru Bahasa l KPM Akan Buka Pengambilan Guru Baharu. Ramai guru telah memilih bersara awal antara sebab yang dikenal pasti negara kekurangan guru bahasa di sekolah. Walaupun sebelum ini negara kita baharu sahaja membuka pengambilan secara ‘one-off’ .

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Datuk Dr Mah Hang Soon , pelbagai usaha berterusan akan Kementerian Pendidika Malaysia (KPM) laksanakan bagi menangani isu tersebut.

Bagi pengambilan guru secara ‘one-off’ pada tahun lepas dicatatkan sebanyak 18,720 guru telah diambil dan didapati lebih 100 guru bahasa cina telah ditempatkan di seluruh negara.

Menurutnya lagi, beliau mengulas lanjut bahawa ada guru yang bersara, mengambil cuti bersalin dan bersara awal bukan mengikut persaraan wajib.

Oleh itu, usaha berterusan akan diambil oleh pihak KPM bagi memastikan tenaga pengajar mencukup bagi semua sekolah.

Isu guru bersara awal menjadi polemik masakini. Apakah ada masalah dalam sistem pendidikan negara?. Belum habis dengan isu guru bersara awal, timbul pula isu dera di madrasah, Baca: “Adik saya di dera!” Kes Pelajar di Dera di Madrasah Maha Zalim l Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan!.

Semoga pihak KPM memandang serius isu yang timbul dalam pendidkan negara kita.

Faktor Bersara Awal Punca Negara Kekurangan Guru Bahasa l KPM Akan Buka Pengambilan Guru Baharu

malaysia g38bb418c2 1920

Isu kekurangan guru bahasa inggeris ,bahasa cina, dan bahasa tamil di seluruh negara meskipun sebelum ini telah dibuka pengambilan secara besar-besaran oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP).

Apakah Jalan Penyelesaian Bagi Masalah Guru Bersara Awal?

cfe724ec 8511 4dab 9d2d b34fd6f07dac

Kita sedia maklum, sebenarnya kita sedang mengalami trend mengejut guru bersara awal. Terdapat banyak faktor yang kita boleh lihat yang menyumbangkan trend guru bersara awal.

Tidak dinafikan tugasan menjadi seorang guru adalah tidak mudah. Di zaman moden ini guru-guru banyak menghadapi pelbagai pembaharuan sistem pendidikan negara yang kerap bertukar-tukar sebelum ini. Guru-guru juga kebanyakannya menerima baik apa-apa keputusan atau perubahan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).

Memandangkan usaha penyelarasan sistem pendidikan negara bukanlah suatu yang mudah dan guru-guru juga ada yang terkesan. Walaubagaimanapun, tidak semua mereka yang bersara awal dari guru adalah kerana kesukaran menjadi seorang guru.

Profesion guru bukanlah satu tugas yang ringan dan ia penuh tanggungjawab. Guru yang berkhidmat untuk anak bangsa sememangnya tahu tanggungjawab dan amanah yang mereka pikul. Oleh itu, ada dikalangan guru yang bersara awal kerana terasa beratnya tanggungjawab dan memilih untuk memfokuskan bidang perniagaan.

Adakah Terdapat Banyak Tekanan Apabila Bergelar Seorang Guru?

Ya, kita semua tahu tugas seorang guru memang mempunyai banyak tugas yang perlu diselesaikan. Kebiasaan tugasan harian guru di waktu pagi adalah mengajar sampai ke petang. Selepas tamat sesi pengajaran di sekolah, guru-guru akan memfokuskan pula kerja-kerja sampinga seperti menyemak latihan murid, mengisi data murid dan merancanga pengajaran besoknya.

Bagi sesetengah guru, kerja-kerja perkeranian inilah yang sedikit memberi tekanan. Usai mengajar, balik buat kerja kerani pula. Bila dilihatkan, ya benar ada penatnya menjadi seorang guru. Tetapi menjadi seorang guru sememangnya begitu kerana “Guru Itu Ibarat Lilin”.

Tetaplah sabar menghadapi pekerjaan guru yang mendidik anak-anak. Tidak mudah, namun berbaloi apabila melihat anak didik semakin pandai dan memahami pembelajaran.

KPM Akan Buka Pengambilan Guru Baharu..

Sememangnya pengambilan guru baharu merupakan kebiasaan tahunan yang diadakan oleh pihak KPM dan SPP. Jadi, peluang kerjaya menjadi seorang guru amatlah cerah. Memilih kerjaya sebagai guru memerlukan ketabahan dan kesanggupan berkhidmat yang tinggi.

Guru juga perlu melatih diri untuk menjadi kuat demi mendidik anak-anak. Tugas murni guru merupakan satu sumbangan yang  besar kepada negara. Jikalau dipilih menjadi guru, ikhlaskanlah diri untuk menempuh onak liku kehidupan harian sebagai seorang guru. Semoga Maju Jaya Bakal Guru!

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati