Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

17 Pengeluaran Khas Yang Dibenarkan KWSP Tahun 2023

17 Pengeluaran Khas Yang Dibenarkan KWSP Tahun 2023
Pengeluaran Khas

17 Pengeluaran Khas Yang Dibenarkan KWSP Tahun 2023. Semak Syarat Pengeluaran KWSP 2023. Untuk makluman semua, KWSP sebenarnya benarkan pengeluaran untuk tujuan peribadi walaupun pengeluaran tersebut dibuat sebelum pencen.

Macam mana nak keluarkan KWSP? Boleh ke keluarkan sebelum 50? Masa pencen macam mana nak keluarkannya?

Bagi sesiapa yang ada simpanan KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan macam mana cara untuk mengeluarkan pengeluaran tersebut. Tidak hanya waktu pencen sahaja dibolehkan untuk pengeluaran. Terdapat 17 cara untuk anda keluarkan duit simpanan KWSP. Ikuti langkah-langkah di bawah.

17 Pengeluaran Khas Yang Dibenarkan KWSP Tahun 2023

1. Pengeluaran untuk mencapai umur 50 Tahun

b3aacd44 d135 49ea a9ca 94df485e69a6
Pengeluaran Khas

Terdapat 2 jenis pengeluaran:

  1. Pengeluaran Penuh Akaun 2
  2. Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Langkahnya adalah seperti berikut:

Membawa Kad Pengenalan bagi Warganegara Malaysia atau anda boleh mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)

Pembayaran yang dilakukan Secara Pegkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli Pencarum (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

2. Pengeluaran Untuk Yang Mencapai Umur 55 Tahun

fisherman 5970480 640
Pengeluaran Khas

Terdapat 4 jenis cara pengeluaran:

  • Pengeluaran Kesemua Simpanan
  • Pengeluaran Sebahagian Simpanan (Jumlah minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran sebelum ini.
  • Pembayan Bulanan (Membuat pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk tidak-tidaknya 12 bulan.
  •  Gabungan Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Hendaklah Membawa Kad Pengenalan Bagi Warganegara Malaysia (Isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  2. Pembayaran Yang dilakukan secara terus ke akaun bank ahli pencarum.

3. Pengeluaran Untuk Yang Mencapai Umur 60 Tahun

c8b85765 d9e7 4175 865e 2b28f8c6d5a0
Pengeluaran Khas

Terdapat 4 Jenis Cara Pengeluaran:

  1. Pengeluaran Untuk Kesemua Simpanan
  2. Pengeluaran Untuk Sebahagian Simpanan (Jumlah Minimum RM2,000.00 & tiap-tiap 30 hari dari tarikh permohonan yang telah dibuat sebelum ini)
  • Pembayaran Bulanan (Pengeluaran yang minima RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya -kurangnya -kurangnya 12 bulan)
  • Gabungan Sebahagian Simpanan+Bayaran Bulanan.

Langkah-langkahnya:

4. Pengeluaran Bagi Menyelesaikan/Mengurangkan Baki Pinjaman Rumah

desk 2852986 640 1
Pengeluaran Khas

Langkah-langkah:

  1. Hendaklah membawa Kad Pengenalan Bagi Warganegara Malaysia atau isi borang Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  2.  Hendaklah membawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh pihak KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Rumah Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh Penyata Baki hendaklah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan yang diterima)
  3. Sijil Kahwin ATAU Surat Nikah ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan membantu pasangan.
  4. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

5. Hilang Upaya

Pengeluaran Hilang Upaya membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja.

Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

Syarat-syarat:

  • Bawah umur 55 tahun
  • Ada simpanan di dalam KWSP
  • Tidak Bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.
  • Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

6. Membuat Pengeluaran Kerana Hendak Meninggalkan Negara

Orang yang layak membuat permohonan ini adalah :

  • Penduduk yang mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia yang telah melucuti atau melepaskan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
  • Seseorang yang bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan pulang ke negara asal.

Cara-caranya:

  1. Hendaklah membawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
  2. Isi Borang Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
  3.  Pembayaran akan dibuat Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

7. Pengeluaran Untuk Membiyai Pendidikan

Pengeluaran ini akan membolehkan ahli membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli sendiri / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Langkah-langkahnya:

  1. Hendaklah Membawa Kad Pengenalan bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  2. Hendaklah Membawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  3. Hendaklah Membawa Surat Tawaran Belajar
  4. Membawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  5. Hendaklah Membawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  6. Membawa Salinan Keputusan Peperiksaan Yang Terkini (kecuali untuk pelajar IPTA)
  7.  Membawa Surat Temuduga
  8.  Hendaklah membawa Bukti Kelayakan Untuk Mengikuti Pengajian
  9.  Untuk Membuat Pengeluaran Pendidikan Untuk Anak Ahli – Hendaklah membawa Mykad Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
  10.  Pembayaran Yang Dibuat Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

8. Pengeluaran Untuk Pekerja Yang Pencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Langkah-langkahnya:

9. Skim Pelaburan Ahli

Skim jenis ini akan membolehkan ahli untuk “transfer” sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi membolehkan dan menambah simpanan persaraan untuk kehidupan semasa persaraan. Pencarum boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

10. Pengeluaran bagi Pembinaan / Membeli Rumah

Pengeluaran jenis ini membolehkan ahli untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk pembiayaan bagi pembelian perumahan. Ini membolehkan ahli membeli setidak-tidaknya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila pencen nanti.

Cara-caranya:

  1. Bawa Kad Pengenalan bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  2. Hendaklah Membawa dokumen Perjanjian Jual Beli (Tarikh hendaklah perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  3. Hendaklah Membawa Dokumen Kelulusan Pinjaman Perumahan (seandainya kelulusan pinjaman adalah kurang daripada setahun )
  4. Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  5. Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
  6. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

11. Perumahan PR1MA

Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.

12. Pengeluaran KWSP Untuk Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

13. Pengeluaran Untuk Kesihatan

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:

  • Diri sendiri
  • Ibu bapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  • Pasangan anda
  • Adik-beradik anda (kandung)
  • Anak-anak (kandung, angkat, tiri)

Syarat-syarat:

  1. Berumur 55 tahun ke bawah
  2. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  3. Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  4. Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
  5. Tidak mendapat rawatan alternatif

14. Simpanan Melebihi 1 Juta

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

15. Meninggal Dunia

Sekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Oleh itu, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

16. Perumahan Fleksibel

Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.

Apakah Perumahan Fleksibel?

  • Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
  • Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.
  • Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman

Syarat-syarat:

  1. Umur bawah 54 tahun
  2. Membeli/Membina rumah kediaman
  3. Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 55 tahun
  • Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  • Membeli/membina sebuah rumah kediaman
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP
  • Ansuran bulanan telah bermula

KWSP

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai 17 Pengeluaran Yang Dibenarkan KWSP February 2023 ini dapat membantu anda. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati