Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bicara guru : Emas Palsu atau Tulen? Jom Kenal Pasti dengan 5 Cara Mudah ini

Emas Palsu atau Tulen
Emas Palsu atau Tulen

Bicara guru : Emas Palsu Atau Tulen? Jom Kenal Pasti dengan 5 Cara Mudah ini. Tidak dinafikan bahawa permintaan emas semakin hari adalah semakin tinggi, namun anda haruslah mengenal pasti ketulenan emas sebelum memilikinya.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk menguji samaada emas tersebut tulen atau palsu.

Bicara guru : Emas Palsu Atau Tulen? Jom Kenal Pasti dengan 5 Cara Mudah ini

Emas adalah merupakan suatu aset pelaburan yang menguntungkan selain ianya dijadikan sebagai perhiasan wanita. Bila ada sahaja jualan murah emas, pasti ramai yang sanggup datang tidak kira sejauh mana pun lokasi tersebut.

Namun, perlu berhati-hati kerana setiap emas yang dijual dengan harga yang murah tidak semestinya 100% tulen.

Pada waktu kini, terdapat banyak kes penipuan tetang ketulenan emas tersebut. Jadi, untuk verify emas yang dibeli itu tulen atau pun tidak, ayuh kami bagi tips kepada anda untuk kenal pasti emas palsu dan emas tulen dengan simple.

Cara Kenal Pasti Emas Palsu Atau Tulen

1. Gores Emas Pada Permukaan Seramik

Menggores emas diatas permukaan seramik adalah cara yang paling “simple” untuk mengenal pasti emas tersebut tulen atau tidak. Menurut pendapat sesetengah pihak dengan menggores diatas permukaan seramik, jika didapati terlihat kesan hitam pada emas tersebut maka ianya adalah tidak asli.

Tapi jika tiada kesan hitam selepas anda menggoresnya diatas permukaan seramik, maka emas tersebut adalah tulen.

07c476d9 4cb0 4d1a b97a c404ad50fccc 11
Emas Palsu atau Tulen

2. Ukur Ketumpatan Dan Timbang Berat Emas

Mengukur ketumpatan dan menimbang berat emas tersebut merupakan salah satu cara untuk mengetahui dan mengenal pasti samaada emas tersebut tulen ataupun tidak. Cara yang paling mudah adalah denga menggunakan penimbang digital.

Anda juga boleh merendam emas kedalam air untuk mengukur ketumpatan emas. Jika emas tersebut tulen, isipadu air tidak berubah walaupun emas tersebut dikeluarkan.

3. Uji Fizikal Emas Secara Visual

gold 4112176 1920
Emas Palsu atau Tulen

Emas asli biasanya mempunyai bacaan kehalusan antara 1-999 atau dalam bacaan karat iaitu 10k, 14k, 22k, ataupun 24k. Sebab itulah kita akan lihat label angka tersebut ditempat jualan emas. Peringatan bahawa emas tiruan juga kadangkala dilabelkan dengan bacaan angka tersebut untuk kelirukan pelanggan.

Jadi, anda boleh melakukan ujian fizikal secara visual untuk kenal pasti bagi memastikan emas tersebut tulen ataupun tidak. Biasanya kanta pembesar akan digunakan oleh pakar untuk memeriksa emas tersebut dengan teliti.

Di Malaysia terutamanya, terdapat beberapa pajak gadai yang patuh syariah yang boleh menetukan fizikal emas tersebut melalui visual seperti ini.

4. Menggunakan Magnet Untuk Uji Ketulenan Emas

wallet 2972568 1920

Nak lagi mudah, anda boleh menggunakan magnet untuk kenal pasti ketulenan emas. Sebagaimana yang kita tahu bahawa magnet mampu menarik segala jenis logam, dan sekiranya emas anda terlekat pada magnet, maka emas tersebut palsu.

Emas yang terlekat dengan daya tarikan magnet mempunyai kandungan logam lain iaitu besi yang telah dicampur dengan emas.

5. Gigit Emas Tersebut Dengan Tidak Terlalu Kuat

Dengan menggigit emas tersebut dengan tidak terlalu kuat juga merupakan cara untuk kenal pasti emas tersebut tulen atau. Kebiasaannya para atlet yang mendapat pimgat emas melakukan cara ini. Mereka akan menggigit sedikit pingat tersebut untuk kenal pasti ianya tulen ataupun tidak.

Namun anda diingatkan untuk tidak menggigit terlalu kuat, ianya kerana kalau emas tersebut meninggalkan kesan yang dalam maka emas tersebut akan menjadi 24k.

Kesimpulannya, sila gunakan cara yang dikongsikan ini untuk megetahui samaada emas yang ada ada ori atau pun tidak. Jika tidak, sudah pasti anda akan mengalami kerugian akibat ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati