Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Johan Ghazali (Jojo) Peninju Termuda Muay Thai Malaysia

biodata johan ghazali ‘jojo’ muay thai muda

Muhammad Johan Ghazali berumur 17 tahun(2023) adalah merupakan bintang muda dalam sukan Muay Thai negara Malaysia. Beliau menjadi sensasi dan tular di media sosial kebelakangan ini kerana beliau berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di persada dunia.

Dengan umur sebelum ini, beliau berumur 16 tahun berjaya menewaskan lawan dengan KO dalam masa 16 saat sahaja! Dia baru berumur 16 tahun dan kini sedang mengorak langkah untuk pergi jauh lagi. Berikut adalah lebih lanjut berkenaan Johan Ghazali.

Maklumat Berkenaan Johan Ghazali

Kehidupan Awal dan Pendidikan

biodata johan ghazali ‘jojo’ muay thai muda one championship

Muhammad Johan Ghazali dilahirkan pada 14 november 2007 di Kuala Lumpur. Menetap di Kajang, Selangor selepas di lahirkan dan berpindah ke Kuching Sarawak pada tahun 2015. Merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau adalah anak kepada Zulfiqar Muhammad Ghazali,umur 47 tahun dan Jennana Johnson berumur 45 tahun.

Pasangan ini adalah merupakan pasangan campuran Malaysia-Amerika yang mana ayahnya adalah merupakan warganegara Malaysia sementara ibunya adalah merupakan seorang warga Amerika Syarikat. Beliau dan keluarga telah berpindah ke Kuching, Sarawak pada tahun 2015.

biodata johan ghazali ‘jojo’ muay thai muda one championship
Johan Ghazali Bersama Ibunya

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan SMK ST Thomas Kuching, Sarawak. Beliau telah bermula sejak umur usia 10 tahun dalam dunia sukan Muay Thai yang mana keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkah ibu bapanya yang merupakan pengamal seni pertahan diri Muay Thai. Yang menariknya kesemua anggota keluarganya adalah merupakan rindu muay thai adik-beradiknya yang lain Ghazali Zulfikar (abang ), Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (adik lelaki) dan Emylia(adik perempuan).

biodata johan ghazali ‘jojo’ muay thai muda one championship
Adik Beradik Johan Ghazali

Biografi Muhammad Johan Ghazali

Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan biografi Muhammad Johan Ghazali:

BiografiMaklumat
Nama PenuhMuhammad Johan Ghazali Bin Zulfiqar Muhammad Ghazali
Nama GelaranJojo
Ketinggian170 cm
Umur17 Tahun (2023)
Tarikh Lahir14 November 2017
BangsaMelayu
AgamaIslam
Nama BapaZulfiqar Muhammad Ghazali
Nama IbuJennana Johnson
PendidikanBelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan ST Thomas, Kuching Sarawak
Mula Aktif Sukan Muay ThaiPada usia 10 tahun
Pencapaian– Berjaya mendapatkan kontrak 100,000 Dollar Amerika dari ONE Championship

Kerjaya dan Pencapaian Oleh Johan Ghazali (Jojo)

biodata johan ghazali ‘jojo’ muay thai muda one championship

Walaupun umurnya masih belasan tahun dan masih bersekolah menengah, beliau sangat aktif dalam sukan Muay Thai ini. Hasil sokongan ibu bapanya sejak berumur 10 tahun menjadikan beliau seorang yang kuat dan rajin berusaha dalam sukan muay thai. Johan ghazali adalah merupakan sebahagian daripada pasukan Gym Rentap Muay Thai Sarawak.

Bermula dari itu beliau telah mengembangkan nama beliau ke persada lebih tinggi dan telah menyertai beberapa siri saingan di ONE friday fight yang mana beliau telah berjaya mencipta kemenangan dan memperoleh kontrak berjumlah 100,000 Dollar Amerika yang beliau idamkan dalam pertubuhan seni mempertahankan diri terbesar dunia itu.

Dikenali Jojo Dalam Sukan Muay Thai

biodata johan ghazali ‘jojo’ muay thai muda one championship

Johan ghazali adalah terkenal dengan nama gelaran ‘Jojo’ berjaya menempah nama beliau dan menjadi terkenal apabila berjaya mengalahkan lawan dengan hanya beberapa saat sahaja. Pada tahun 2022, beliau telah diangkat dengan gelaran juara dalam kejohanan Muay Thai remaja dunia ISMA 2022 setelah mengalahkan peserta lawan dari negara Rusia, Rustam Yunusob. Seterusnya, pada 24 februari 2023 nama beliau sekali lagi sebut-sebut apabila membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan ONE Championship di Bangkok, Thailand.

Beliau berjaya mengagumkan para penonton dengan hanya memerlukan masa selama 16 saat untuk mengalahkan pihak lawannya iaitu Padetsuk Fairtes, 18 tahun dari negara Thailand. Kemenangan ini membawanya untuk menerima ganjaran wang tunai berjumlah 10,000 Dollar Amerika.

Rekod Perlawanan Muay Thai Johan Ghazali Dalam Saingan ONE Championship

biodata johan ghazali ‘jojo’ muay thai muda one championship

Jikalau diteliti rekod beliau dalam pertarungan agak menggerunkan apabila beliau masih belum kalah dan masih mengekalkan momentum kemenangannya. Pencapaian yang agak menarik yang ditunjukkan oleh pemuda berusia 17 tahun ini.

Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah selesai dalam rekod one championship sebelum ini;

  • Johan Gazhali Vs Padetsuk pada 24 Feb 2023. Keputusan : Menang dengan KO
  • Johan Ghazali Vs Tai SorbJor Piek Uthai pada 26 Mei 2023. Keputusan : Menang dengan KO
  • Johan Ghazali Vs Samurai Seeopal pada 14 Jul 2023. Keputusan : Menang
  • Johan Ghazali Vs Temirlan Bekmurzaev pada 6 Okt 2023. Keputusan: Menang dengan KO
  • Johan Ghazali Vs Edgar Tabares pada 8 Dis 2023. Keputusan: Menang dengan KO
image 227
Biodata Johan Ghazali (Jojo) Peninju Termuda Muay Thai Malaysia 9

Hasil perlawanan ini menyaksikan beliau berjaya memenangi 5 perlawanan dan empat daripada perlawanan dimenangi dengan KO. Manakala tempoh pertarungannya adalah purata untuk tempoh pertarungan 4 minit 38 saat.

1 komen

  1. Masih boleh memahami artikel ini walaupun bahasa Melayu yg digunakan sangat buruk seolah terjemahan langsung dari artikel asal dalam bahasa Inggeris.

    Semoga terus berusaha menerbitkan lebih banyak artikel berbahasa Melayu dengan tatabahasa dan nahu yg betul

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati