Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja Tealive yang Mempunyai Lebih 200 Cawangan Dalam Malaysia

Mohon kerja Tealive

Air boba dan manisan lain amat popular di cawangan Tealive seluruh Malaysia! Selain itu, mohon kerja Tealive juga mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia kerana mempunyai cawangan beratus dalam pasaran Malaysia.

Kerja di syarikat yang sedang berkembang maju sememangnya akan memberi perkembangan yang positif dalam diri pekerja. Selaku syarikat yang sentiasa optimis dan ingin menjaga prestasi semasa yang terbaik mereka akan menyediakan peluang mohon kerja tealive secara kerap dan mengalu-alukan mereka yang ingin bekerja. Jom semak maklumat lebih lanjut mengenai tawaran kerja di Tealive Malaysia.

Syarikat Tealive Buka Peluang Kerjaya Seluruh Malaysia

Mohon kerja Tealive

Pengenalan Syarikat Tealive

Jenama Tealive sudah terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan sebati dengan air boba yang mempunyai pelbagai jenis untuk para pelanggan cuba. Hadir dengan misi untuk mengembangkan lagi dengan sasaran seribu cawangan akan dibuka daripada semasa ke semasa. Tealive sudah berkembang dengan lebih maju dengan membuka cawangannya di luar negara. Syarikat yang berasal daripada Malaysia kini mempunyai tekad yang tinggi untuk mengembangkan peluang perniagaan dan memperkenalkan jenama air boba.

Selain itu, syarikat ini juga telah memperkenalkan kedai coffee Tealive yang baharu untuk turut sama dalam perniagaan melibatkan air minuman kopi.

Tawaran Mohon Kerja Tealive

Terdapat banyak kerja yang dibuka oleh pihak Tealive. Oleh itu, para calon boleh membuat semakan terlebih senarai kerja yang telah dibuka.

Berikut adalah senarai jawatan kosong Tealive untuk dimohon:

JawatanSkop Kerja
TearistaMenyediakan layanan dan pesanan kepada pelanggan dengan baik
MarketingBertanggungjawab dalam melakukan pemasaran dan perkembangan perniagaan
Supply ChainBekerjasama dengan rakan logistik dan pembekal untuk memastikan kelancaran perniagaan
TrainingMemastikan para pekerja mendapat latihan dalam pengoperasian yang maksimum
FinanceMembantu prestasi kewangan dan merancang dalam pengurusan kewangan syarikat
OperationsBertanggungjawab dalam memastikan peningkatan pelanggan dan produktiviti
Quality AssuranceMenetapkan dan memastikan penyelarasan berkenaan standard kualiti perkhidmatan dan barangan di tahap yang memuaskan
Research & DevelopmentBertanggungjawab dalam penyelidikan semasa dan mengikuti trend perniagaan dari semasa ke semasa
Strategy & PortfolioMelakukan semakan strategi untuk menyelesaikan dengan pasaran semasa
Business DevelopmentMengenalpasti dan memperkembangkan peluang perniagaan baharu
Human ResourcesMenguruskan berkenaan dengan pengambilan pekerja dan hal ehwal pengguna ialah
Information TechnologyMemastikan operasi yang melibatkan IT berjalan dengan lancar
Mohon kerja Tealive

Syarat Mohon Kerja Tealive Cawangan Malaysia

permohonan jawatan yang disenaraikan di atas adalah perlu para calon mengikuti dengan kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan.

Berikut adalah syarat mohon kerja tealive:

  • Merupakan mereka yang berumur 18 tahun keatas.
  • Adalah warganegara Malaysia yang sah.
  • Mempunyai kelayakan minima SPM, Diploma dan Ijazah.

Langkah seterusnya, para calon boleh mohon kerja Tealive dengan merujuk panduan khusus permohonan.

Urusan Permohonan Kerja di Tealive

Cara Mohon Jawatan Kosong di Tealive

Untuk membuat permohonan jawatan kosong di Tealive yang telah membuka pelbagai jawatan yang menarik boleh dimohon dengan kelayakan SPM, Diploma dan Ijazah. Boleh segera membuat permohonan secara atas talian di laman web kerjaya Tealive.

Mohon kerja Tealive

Langkah seterusnya, para calon akan disediakan borang permohonan kerja yang perlu para calon beberapa maklumat seperti dibawah:

  1. Nama
  2. Nombor telefon
  3. Email
  4. Tempat ingin berkerja
  5. Part time atau Fulltime

Setelah anda selesai mengisi, tekan “Submit” dan akan dimaklumkan bahawa pihak Tealive akan menghubungi anda.

Kelebihan Bekerja di Syarikat Tealive

Para calon yang berjaya dalam permohonan kerja di Tealive akan menerima pelbagai kelebihan istimewa. Berikut adalah kelebihan bekerja di Tealive;

  • Disediakan KWSP dan SOCSO
  • Insentif cuti
  • Bekerja dalam pasukan yang hebat dan profesional
  • Mempunyai perkembangan kerjaya

Demikianlah maklumat lengkap mengenai urusan kerja yang sedia ada di Tealive. Memulakan kerjaya di syarikat yang dikenali ramai mungkin memberikan kelebihan kepada anda untuk bersemangat dalam menjayakan dan menina karier anda. Diharapkan permohonan anda berjaya!

Soalan FAQs Berkenaan Mohon Kerja Tealive Malaysia!

Bagaiamankah cara mohon kerja Tealive secara part time sebagai Tearista?

Untuk mohon kerja sebagai tearista adalah sangat mudah. Anda juga boleh mohon secara walk in di mana-mana cawangan yang anda suka.

Adakah kerja di Tealive sangat sukar?

Tidak semestinya. Pekerjaan pasti ada cabarannya. Untuk kerja di Tealive sememangnya menyeronokkan kerana dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

Adakah disediakan uniform kepada para pekerja?

ya, untuk setiap cawangan Tealive ada disediakan uniform khusus untuk para pekerja mereka.

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati