Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Iklan Jawatan Kosong di PERKESO

iklan beberapa jawatan kosong PERKESO

Iklan Beberapa Jawatan Kosong di PERKESO telah disiarkan di halaman sesawang rasmi mereka. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai PERKESO, teruskan membaca untuk mengetahui syarat kelayakan dan senarai jawatan yang disediakan.

Latar Belakang PERKESO

Isi Kandungan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya tersendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

VISI

Peneraju Keselamatan Sosial yang Unggul, Komprehensif dan Dinamik

MISI

Memberi Perlindungan Keselamatan Sosial yang Komprehensif Demi Kesejahteraan Sosial Semua, Sepanjang Hayat

MOTO

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO

Jawatan Kosong di PERKESO

Kepada Calon yang ingin membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 7 September 2022 di laman web rasmi mereka PERKESO.

Senarai Jawatan

  • KETUA CAWANGAN TRANSFORMASI GRED 26 (TETAP & TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

    Kelayakan:– Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

    – Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

    – Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

    – Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam pengurusan perubahan;

    – Mempunyai pengalaman dalam melaksanakan program-program transformasi pada peringkat organisasi;

    – Mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang perniagaan/pengoperasian.

    – Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.Lingkungan Gaji:
    – Min: RM9,100.00 – Mak: RM21,400.00

    Lihat iklan penuh untuk jawatan ini
  • PEGAWAI PERUBATAN GRED 24 (TETAP & TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

    Kelayakan:
    Umur calon mestilah tidakj kurang daripada 18 tahun semasa tarikh tutup iklan;

    – Memiliki Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempata atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

    – Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

    – Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

    – Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan di atas atau perubatan atau tuntutan PERKESO;

    – Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

    Lingkungan Gaji:
    – Min: RM5,600.00 – Mak: RM15,900.00

    Lihat Iklan penuh Jawatan ini
  • PEGAWAI PENYELIIK PELABURAN GRED 24 (TETAP & TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

    Kelayakan:

    – Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

    – Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Perakauanan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan, Statistik, Sains Aktuari atau bidang yang berkaitan dengan pelaburan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

    – Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;

    – Memiliki keterampilan, sifat kepimpinan, bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

    – Memiliki sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan. Pengalaman dalam bidang middle/back office pelaburan, operasi pelaburan, pematuhan pelaburan, sistem pelaburan dan penyelesaian pelaburan adalah diutamakan; dan

    – Memiliki Ijazah Sarjana atau lain-lain kelayakan profesional yang berkaitan pelaburan adalah satu kelebihan.

    – Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

    Lingkungan Gaji:
    – Min: RM5,600.00 – Mak: RM15,900.00

    Klik untuk baca iklan penuh Jawatan
  • JURUANALISA SISTEM GRED 23 (TETAP & TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

    Kelayakan:

    – Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

    – Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

    – Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

    – Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam projek IT;

    – Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam ‘e-payment’ projek dan berurusan dengan pihak ketiga berkenaan saluran atau medium pembayaran.

    – Mempunyai skil komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak (majikan, agen pemungut, pihak pembekal, agensi kerajaan dan swasta) serta boleh bekerja secara berpasukan; dan- Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.Lingkungan Gaji:
    – Min: RM3,100.00 – Mak: RM14,000.00Klik untuk baca iklan penuh Jawatan 

  • PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 19 (TETAP & TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

    Kelayakan:– Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;- Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Dan- Memiliki kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU- Memenuhi Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) seperti berikut:
    – Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di PERKESO dalam perkhidmatan Pegawai Kerani adalah layak (dengan syarat berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan) dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Pegawai Eksekutif Tingkatan Biasa yang kosong apabila telah disahkan dalam perkhidmatan DAN:-(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 2 dan 3 bagi kelayakan jawatan Pegawai Eksekutif di atas; ATAU
    (b) (i) Berkhidmat di atas Tingkatan Kanan selama tidak kurang dari 2 tahun; Dan (ii) Lulus Perkhidmatan KhasLingkungan Gaji:
    Min: RM2,200.00 – Mak: RM10,300.00Klik untuk baca iklan penuh jawatan ini

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Iklan Beberapa Jawatan Kosong di PERKESO ini dapat memberikan manfaat kepada yang sedang mencari kerja di PERKESO.

Diingatkan sekali lagi, calon yang memohon perlulah melengkapkan semua dokumen permohonan secara atas talian sehingga tarikh tutup iklan iaitu pada 7 September 2022.
Bagi ibu bapa dan guru, anda boleh mendapatkan pelbagai bahan bantu belajar yang dapat melancarkan pdpr di rumah mahupun di sekolah secara atas talian di laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati