Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023 l Permohonan Dibuka 1 September – 4 November

PERMOHONAN MRSM 2023 2

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023 l Permohonan Dibuka 1 September – 4 November. Makluman terbaru dari Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA akan mengumumkan tarikh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Bagi pengambilan murid tahun 2023 di Maktab Rendah Sains MARA atau singkatannya MRSM kepada bakal pemohon-pemohonan yang berkenaan dan berkelayakan.

Kepada ibu-bapa dan ahli keluarga yang ingin mendaftarkan anak-anak memasuki Maktab Rendah Sains MARA bagi kemasukan 2023, anda boleh ikuti maklumat penuh dibawah.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023 l Permohonan Dibuka 1 September – 4 November 

Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA Maktab Rendah Sains MARA 2023

Khas kepada bakal pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4, Maktab Rendah Sains MARA telah membuka permohonan bagi kemasukan tahun 2023. Maktab Rendag Sains Mara(MRSM)  merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia.

Maktab Rendah Sains MARA telah ditubuhkan di pada Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Bilakah Tarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023 Dibuka?

Untuk makluman semua, tarikh permohonan bagi permohonan kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 MRSM 2023 dibuka mulai :

1 September 2022 Hingga 4 November 2022

Apakah Syarat Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2023?

Bagi yang ingin membuat permohonan, anda mestilah menepati syarat kelayakan dibawah:

SYARAT KEMASUKAN

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan atau bapa jalah warganegara Malaysia Calon memohon secara dalam talian (online).
  3. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023 Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
photo1661956369

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023

Bagaimanakah Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA 2023?

Untuk membuat permohonan bagi Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023, anda mestilah membuat permohonan secara atas talian (Online) sahaja. Ikuti panduan permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA 2023 dibawah.

Panduan Dan Cara Buat Permohonan MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

1. Sila layari laman sistem rasmi permohonan MRSM 2022 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, klik pada pautan (link) di bawah.

 https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Nota: Sistem Permohonan Maktab Rendah Sains MARA bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.

2. Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan Maktab Rendah Sains MARA, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA, pautan (link) daftar pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.

3. Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online Maktab Rendah Sains MARA dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.

Nota: Semua maklumat, langkah dan panduan permohonan serta syarat kelayakan kemasukan MRSM 2023 disertakan di laman sistem yang sama.

“Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA Peluang Keemasan Kepada Bumiputera”

Terkini, permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 mula dibuka esok, 1 September. Kepada ibu bapa anda boleh membuat permohonan segera dan jangan lepaskan peluang keemasan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA tahun 2023.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati