Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Peluang Kerjaya MARA, Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Peluang Kerjaya MARA pengambilan Khas Guru DG41 seluruh negeri Bulan Ogos 2023
Peluang Kerjaya MARA, Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Peluang Kerjaya MARA, Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023. Gembira untuk admin umukan. Kini diumumkan oleh pihak mara mengenai peluang kerjaya guru yang dinanti-nantikan oleh para graduan pendidikan. Oleh itu, diminta untuk para calon bersama meneliti maklumat yang admin sediakan secara rasmi daripada pihak mara.

Korang, admin nak maklumkan juga, korang boleh follow info latest untuk kerja kosong seluruh Malaysia daripada sektor awam dan swasta yang mana admin aktif untuk maklumkan kepada semua, boleh follow Channel Whatsapp kerja kosong sekarang!

Channel Whatsapp Kerja Kosong Malaysia

Peluang Kerjaya MARA, Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Logo MRSM 1
Peluang Kerjaya MARA, Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sedang mencari individu yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki nilai-nilai murni, kemahiran interpersonal yang baik, kreatif, inovatif, dan komited untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia.

Jawatan dan Kelayakan

Jawatan:Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred Jawatan: DG41
Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
Penempatan: Institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Rujuk Iklan Rasmi MARA Bulan Ogos 2023

Berikut adalah senarai subjek guru yang diperlukan bagi peluang kerjaya sebagai pendidik di Institusi Pendidikan MARA:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Bahasa Melayu
  3. Bimbingan dan Kaunseling
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Geografi
  7. Keusahawanan
  8. Kimia
  9. Matematik
  10. Media
  11. Pendidikan Islam
  12. Pendidikan Islam (Tahfiz)
  13. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  14. Pengurusan Perniagaan
  15. Perakaunan
  16. Rangkaian Komputer
  17. Reka Bentuk dan Teknologi
  18. Sains Kejuruteraan
  19. Sains Komputer
  20. Sejarah
  21. Seni Reka

Setiap subjek ini memegang peranan penting dalam membentuk pendidikan yang berkualiti dan holistik bagi generasi muda Malaysia. Pemohon yang memiliki kelayakan dan pengalaman dalam salah satu daripada subjek-subjek ini adalah dijemput untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi Pendidikan MARA.

Mohon Jawatan Lain Juga?

Kelayakan yang Diperlukan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau
    • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan** daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).Kelayakan Tambahan
  5. Pemohon dengan Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi luar negara juga boleh memohon jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
    • Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut

Syarat Tambahan

6. Pemohon dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun, kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.

7.Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

8.Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental.

9. Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum.

10. Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon).

11. Pemohon perlu mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain.

12. Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Cara Memohon Peluang Kerjaya MARA, Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Untuk memudahkan para calon, MARA telah menyediakan saluran permohonan dalam talian melalui laman web rasmi mereka. Pemohon hanya perlu mengunjungi:

Mara.Gov

Tarikh pembukaan permohonan adalah pada 16 Ogos 2023 (Rabu) dan ditutup pada 31 Ogos 2023 (Khamis) sebelum jam 11:59 malam.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati