Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ā¬ļø

Bantuan Tablet Percuma Khas Pelajar IPT l Permohonan Fasa 2 Dibuka Bermula 1 Ogos l Berita Baik Kepada Pelajar Lepasan SPM Dan IPTĀ 

Bantuan Tablet Percuma
Bantuan Tablet Percuma

Bantuan Pemberian Tablet Percuma Khas Pelajar IPT l Permohonan Fasa 2 Dibuka Bermula 1 Ogos l Berita Baik Kepada Pelajar Lepasan SPM Dan IPT . Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti dari keluarga B40 untuk mendapatkan tablet percuma dibawah pakej perantisiswa yang bermula sejak April 2022 ini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Tan Sri Annuar Musa berkata, tablet  berkenaan mula diserahkan pada Jun lalu.

Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang sekarang ini harganya telah mencecah ribuan ringgit Malaysia. Oleh itu, pada 15 April, kementerian telah buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon  tablet.

https://www.sistemguruonline.my/2022/04/permohonan-laptop-tablet-1.html

Kini, melalui pengumuman terbaru, kerajaan akan mula membuka kembali permohonan bantuan tablet kepada pelajar IPT dan permohonan mula dibuka 8 Ogos ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, berkenaan cara-cara untuk membuat permohonan tablet anda boleh ikuti dibawah.

Bantuan Pemberian Tablet Percuma Khas Pelajar IPT l Permohonan Fasa 2 Dibuka Bermula 1 Ogos l Berita Baik Kepada Pelajar Lepasan SPM Dan IPT

Apakah itu Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia?

Melalui Kerajaan Malaysia, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Malaysia yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti iaitu  Tablet kepada setiap satu orang pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) samaada awam dan swasta.

Walaubagaimanapun, pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang bakal ditetapkan dan bakal diumumkan secara lebih terperinci oleh pihak kerajaan nanti.

Apakah Syarat Dan Kelayakan?

Untuk pengetahuan semua, inisiatif bantuan ini adalah memfokuskan kepada mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 sahaja iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.

Program ini akan dapat membantu meringakan beban dan memudahkan urusan keluarga dalam memberikan kepentingan pelajaran kepada anak-anak yang belajar di IPT.

Inisiatif Pakej Perantitsiswa ini juga melibatkan kesemua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Bagaimanakah Permohonan/Pendaftaran Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia: Bantuan Tablet Dan Laptop Percuma?

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan telah bermula pada Pertengahan April 2022 dan terbaru ia akan dijangka akan dibuka permohonan baru pada 1 Ogos 2022.

Proses perolehan bagi inisiatif Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia ini sudah dijalankan dan  telah mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut terlebih dahulu oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini bagi memastikan program ini berjalan lancar. Mungkin akan berlaku perubahan maklumat pada masa yang akan datang, jadi sila pastikan anda menerima maklumat lebih tepat dan terbaru dari pengumuman semasa pihak kerajaan nanti.

Bilakah Permohonan Baharu Bantuan Tablet Percuma Dibuka?

Permohonan akan dibuka pada 1 Ogos 2022. Untuk membuat permohonan dan mengetahui cara permohonan di portal permohonan. Anda boleh rujuk cara-cara permohonan sebelum ini dibawah:

PERMOHONAN BANTUAN TABLET PERCUMA KERAJAAN TAHUN 2022

Segala makluman terbaru mengenai pemberian bantuan tablet percuma akan kami update dari semasa ke semasa. Sertai telegram bantuan kerajaan untuk mendapatkan info lanjut dan terbaru: https://t.me/officialbantuankerajaan

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Bantuan Tablet Percuma?

Pelajar perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

pakej perantisiwa

Cara permohonan adalah melalui atas talian (online) sahaja. Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan bantuan tablet percuma kepada pelajar IPT B40:

  1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my  dan klik Daftar Pengguna.
  2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.
  3. Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di
    hantar.
  4. Notifikasi akan dihantar kepada eā€mel pemohon untuk tujuan pengesahan
    Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.
  5. Log Masuk menggunakan Alamat Eā€mel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan
    klik Log Masuk.
  6. Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan
    Borang Permohonan PerantiSiswa yang wajib di isi.
  7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat.
  8. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.
  9. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara popā€up bagi mengingatkan pemohon agar
    memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila
    klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau klik butang Tidak untuk
    membuat pindaan permohonan.
  10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik
    Cetak/Simpan untuk simpanan.
  11. Cetak borang permohonan untuk simpanan.
  12. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara popā€up untuk keluar dari Sistem
    https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik butang OK untuk keluar dari sistem atau
    klik butang BATAL untuk kekal diskrin.

Sila rujuk manual pengguna permohonan pakej perantisiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

MANUAL SISTEM PENGGUNA PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila eā€melkan ke
[email protected] atau melalui talian berikut:ā€

  •  03ā€8911 5351 / 03ā€8911 5258 / 03ā€8911 5265 / 03ā€8911 5188
  • Waktu Operasi:ā€
    8.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin ā€ Jumaat)
    8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sabtu ā€ Ahad)
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati