Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Khasiat Daun Sirih dan Cara Buat Air Rebusan Daun Sirih

daun sirih
5 Khasiat Daun Sirih dan Cara Buat Air Rebusan Daun Sirih 4

Daun sirih merupakan satu makanan tradisi penduduk yang berada di kawasan Asia Selatan yang beriklim tropika. Negara-negara beriklim tropika ini adalah sangat sesuai untuk penanaman pokok sirih.

Sejak dahulu lagi, penduduk di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Kemboja, Indonesia, dan Vietnam menanam pokok sirih dan mengamalkan budaya mengunyah daun sirih untuk sebagai sumber makanan dan amalan kesihatan.

Di Malaysia, masyarakat Melayu dan India suatu ketika dahulu sering mengamalkan daun sirih dan menyimpan di rumah-rumah untuk dibuat minuman dan kepercayaan keagamaan dan ada digunakan sebagai hantaran perkahwinan. Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat dan cara penyediaan air rebusan sirih akan diterangkan dalam artikel ini.

Penerangan Daun Sirih dan Khasiatnya

Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan untuk kesihatan. Bagaimanapun, ia juga mempunyai kesan sampingan jika diambil berlebihan dan digunakan dengan cara penggunaan yang tidak benar. Perkara-perkara berkenaan daun sirih akan diterangkan dalam artikel ini berserta cara penyediaan air rebusan sirih.

Apakah itu Daun Sirih?

Piper betle atau nama tempatan dikenali sebagai pokok sirih adalah tergolong dalam famili Piperaceae. Terdapat kira-kira 1000 spesies pokok daripada genus Piper. Antaranya adalah lada hitam iaitu dikenali sebagai Piper nigrum. Pokok sirih dan lada hitam adalah dalam famili pokok yang sama. Daun sirih menawarkan beberapa manfaat kesihatan kepada tubuh. Ia mempunyai kesan positif terhadap kawalan glukosa darah, kesihatan gigi, penyembuhan luka, dan jangkitan virus.

Daun sirihh

Budaya mengunyah daun sirih adalah terkenal di kawasan Asia Tenggara, kerana pokok sirih mudah ditanam di kawasan tersebut. Kebiasaannya, pengamal budaya mengunyah daun sirih ini akan mencampurkan daun sirih dengan beberapa ramuan lain, seperti buah pinang dan kapur. Budaya ini dianggap pelik oleh budaya Barat.

Penggunaan Tradisional Daun Sirih

Daun sirih juga digunakan secara tradisional untuk beberapa kegunaan kesihatan, seperti mempercepatkan proses penyembuhan luka, untuk menahan pendarahan, seperti hidung berdarah dan luka berdarah serta untuk membantu meringankan masalah sistem pencernaan.

5 Khasiat Utama Daun Sirih

Antara 5 khasiat utama daun sirih adalah seperti berikut:

  • Mengurangkan aras kolestrol dan lipid dalam badan manusia
  • Bertindak sebagai antibakteria dan antimikrob yang baik
  • Menyembuhkan luka
  • Menyembuhkan asma
  • Mengurangkan stress dan depresi
Purple and White Professional Science Project Presentation 1
5 Khasiat Daun Sirih dan Cara Buat Air Rebusan Daun Sirih 5

Selain daripada khasiat tadi, terdapat beberapa khasiat lain daun sirih yang pernah digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit lain. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Mengawal gula dalam darah kerana daun sirih adalah antioksida yang dapat mengurangkan tekanan oksidatif.
  • Membantu menghilangkan tekanan dan stress atau depresi dengan aktiviti mengunyah daun sirih dipercaya dapat meredakan stres atau depresi. Daun sirih dikatakan mempunyai sebatian fenolik aromatik yang apabila dihidu dapat merangsang pusat saraf dan mengurangkan depresi. Bagaimanapun, amalan mengunyah daun sirih juga boleh menyebabkan ketagihan.
  • Membantu sistem pencernaan
  • Sebagai anti-ulser yang baik untuk saluran pencernaan
  • Membantu kesihatan gigi
  • Mengurangkan masalah kewanitaan dan keputihan

Cara Penyediaan Air Daun Sirih

Berikut merupakan cara penyediaan air rebusan sirih. Air rebusan sirih boleh direbus dengan haliaIa boleh ditonton di video berikut.

  1. Pilih daun sirih muda dan potong daun sirih sehingga kecil
  2. Masukkan daun sirih dalam air yang mendidih
  3. Masukkan bahan tambahan seperti halia, asam jawa atau madu
  4. Didihkan 15 minit
  5. Sejukkan air rebusan dan minum segelas sehari

Kesan Sampingan Daun Sirih

Walaupun daun sirih ini mempunyai tinggi khasiat, tetapi jika ia diambil dalam keadaan berlebihan boleh menjadi toksik kepada tubuh dan juga memudaratkan. Semasa daun sirih dikunyah-kunyah di dalam mulut, ada suatu bahan kimia akan dikeluarkan daripada daun sirih iaitu dikenali sebagai catecholamines. Bahan kimia ini menjadi toksik apabila ia bertindak balas dengan kapur dan juga bahan aktif daripada buah pinang. Kesan sampingan yang berlaku boleh menjadi sederhana ataupun teruk, antaranya:

Kesan Sampingan Daun Sirih
Ia mempengaruhi sistem saraf pusat
Boleh menyebabkan kanser mulut dan esofagus
Memberi kesan kepada kehamilan dan janin
Meningkatkan ketagihan
Gangguan kepada jantung dan saraf
Membunuh bakteria baik daripada mulut dan perut serta usus
Mengganggu sistem pernafasan


Oleh itu, seseorang yang ingin mengamalkan daun sirih dalam makanan harian, perlu mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan keburukan pengambilan daun sirih ini. Ini kerana gabungan tindak balas bahan aktif dalam daun sirih dengan herba-herba lain mungkin memberi kesan yang buruk kepada seseorang yang mengamalkannya. Sebagai contoh, World Health Organization telah melaporkan bahawa pengambilan daun sirih dengan buah pinang telah menunjukkan kesan yang buruk iaitu peningkatan risiko kanser mulut.

Soalan FAQs Mengenai Daun Sirih

Apakah itu Daun Sirih?

Dikenali dengan Piper betle dan berasal daripada kumpulan famili sama dengan lada hitam iaitu Piperaceae.

Apakah 5 Khasiat Daun Sirih?

Antara khasiat daun sirih adalah mengurangkan aras kolestrol dan lipid dalam badan manusia, bertindak sebagai antibakteria dan antimikrob yang baik, menyembuhkan luka, menyembuhkan asma dan mengurangkan stress dan depresi.

Adakah Daun Sirih Berbahaya Diambil dengan Buah Pinang?

Ya, daun sirih adalah berbahaya jika diambil dengan buah pinang dan kapur kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser mulut akibat daripada tindak balas bahan aktif catecholamines dengan bahan aktif buah pinang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati