Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KPM Umum Tarikh Sekolah dibuka Semula Mengikut SOP Ketat 2021

Tarikh Sekolah dibuka
Tarikh Sekolah dibuka

PENGUMUMAN Tarikh Sekolah dibuka BERIKUT LANJUTAN PKP 2.0 TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) umum Tarikh Sekolah dibuka semula mengikut tarikh yang ditetapkan.

Kerajaan telah bekerja keras melakukan perbincangan tentang pembukaan sekolah dengan mengeluarkan SOP ketat dalam kawasan sekolah.

Akhirnya, sekolah kembali dibuka susulan PKP 2.0 ini. Sebelum ini juga kami pernah kongsikan tentang tarikh pembukaan sekolah sebelum PKP 2.0 dilaksanakan.

Pelbagai usaha juga telah dilakukan dari pihak guru dan ibu bapa untuk tidak membiarkan anak-anak murid terhenti dari menyambung sesi pembelajaran walau hanya di rumah sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Di sini kami kongsikan tarikh buka sekolah mengikut kawasan yang diumumkan melalui sidang media KPM terkini.

Tarikh Sekolah dibuka
Tarikh Sekolah dibuka

Sekolah Dibuka Mulai 1 Mac Ini (Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP)

Bermula dari pelajar sekolah rendah iaitu:

1 Mac 2021
  • Pra Sekolah
  • Tahun 1
  • Tahun 2
8 Mac 2021
  • Pelajar Tahun 3 sehingga Tahun 6
  • Sekolah Swasta

Manakala bagi sekolah menengah:

1 Mac 2021
  • Murid Sekolah Vokasional
8 Mac 2021
  • Sekolah Swasta (mengikut tarikh seperti Sekolah KPM)
  • IPS Kategori Pusat
  • Pusat Tuisyen
4 April 2021
  • Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
5 April 2021
  • Kumpulan B

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Susulan pengumuman pelanjutan PKP, PKPB dan PKPP mulai 19 Februari 2021, adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM secara bersemuka akan bermula.

Tarikh Sekolah dibuka 2
Tarikh Sekolah dibuka

Ketetapan Tarikh Mengikut Kesesuaian

Pembukaan sekolah dimulai murid Prasekolah, Darjah 1 dan Darjah 2 adalah untuk memberi ruang kepada guru-guru bagi membiasakan murid-murid dengan SOP baru di sekolah.

Sekolah Menengah dibuka lebih lewat kerana memandangkan 22 Mac ini bermulanya SPM, di mana ia memerlukan SOP yang terperinci dan ketat dengan penyediaan bilik khas, langkah keselamatan, bilik isolasi, bilik transit dan sebagainya.

Bagi sekolah swasta, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar di bawah KPM akan mengikuti jadual sebagaimana tarikh-tarikh yang ditetapkan itu.

Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B.

Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021.

Diminta ibu bapa memberikan masa buat anak-anak yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kini berada di asrama.

Mereka berada dalam gelembung selamat antara mereka untuk meneruskan pengajian. Ibu bapa akan dibenarkan bertemu anak-anak setelah tamat SPM.

KPM telah memutuskan bahawa murid sekolah menengah akan kembali ke sekolah selepas cuti pertengahan penggal, sekitar akhir Mac 2021.

Berikut adalah Takwim Persekolahan 2021 KPM. Sila rujuk di pautan berkaitan, Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

“Hari terpenting bagi pendidikan seseorang itu adalah di hari pertama persekolahan bukan di hari graduasi.”

“1 buku, 1 pen, 1 murid dan 1 guru mampu mengubah 1 dunia.”

“Belajarlah sebanyak mana yang kamu boleh sewaktu muda, kerana hidup akan lebih sibuk pada masa akan datang.”

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati