Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

CARA MOHON TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR IPT B40 l PAKEJ PERATISISWA 2022 l BAJET 2022

PERMOHONAN TABLET

Cara Mohon Tablet Percuma Kepada Pelajar IPT B40, Pakej Perantisiswa Tahun 2022, Bajet 2022. Selepas pengumuman kerajaan mengenai bantuan khas kepada pelajar IPT tahun 2022.  Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Tan Sri Annuar Musa mengatakan pemberian tablet akan diberikan kepada mereka yang layak menerima melalui permohonan yang dibuka hari ini 15 April 2022.

Terbaru! Permohonan Fasa 2 Tablet Percuma Akan Dibuka Semula Pada 1 Ogos 2022

Sehubungan itu, diminta kepada pelajar-pelajar IPT untuk sentiasa “alert” dengan pengumuman kerajaan mengenai bantuan- bantuan kerajaan semasa. Pakej peratisiswa merupakan usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban pelajar yang menanggung kos sara hidup yang kian meningkat. Dengan peredaran zaman yang serba canggih penggunaan teknologi mudah alih seperti tablet merupakan suatu yang penting dalam kehidupan sebagai pelajar. Oleh itu kerajaan telah mengumumkan PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR IPT B40. Di bawah, akan dikongsikan maklumat mengenai pakej peratisiswa pemberian tablet dan cara membuat permohonan tablet percuma daripada kerajaan.

Pakej Perantisiswa : Pemberian Tablet Kepada Pelajar IPT B40

Apakah Itu Pakej Perantisiswa?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) samaada awam atau swasta.

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta dalam menjayakan program pemberian bantuan kepada pelajar IPT.

perantisiswa bajet 2022 1024x1024 1

Siapakah Yang Layak Menerima Pakej Perantisiswa?

Kelayakan adalah kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak untuk memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua pelajar dalam kelompok keluarga B40 sahaja yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Apakah Jenis Peranti Yang Dibekalkan?

  • Peranti yang dibekalkan adalah sebuahtablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
    • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
    • Android OS 10 dan ke atas
    • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
    • Minimum RAM 4GB
    • Minimum storan 64GB
    • Slot SD Micro sehingga 256GB
    • Kamera hadapan minimum 2MP
    • Kamera belakang minimum 5MP
    • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
    • Bluetooth 4.1 dan ke atas
    • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
    • Bateri minimum 4500 mAh
    • Pengecas USB disertakan
    • Papan kekunci bluetooth disertakan
    • Pen stylus disertakan

Bilakah Tempoh Permohonan Dibuka?

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini bermula pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Dibawah akan dimaklumkan cara-cara permohonan pakej perantisiswa permohonan bantuan tablet percuma kepada pelajar B40.

Permohonan Pakej Perantisiswa : Pemberian Tablet Kepada Pelajar IPT B40

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Bantuan Tablet Percuma?

Pelajar perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

pakej perantisiwa

Cara permohonan adalah melalui atas talian (online) sahaja. Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan bantuan tablet percuma kepada pelajar IPT B40:

  1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my  dan klik Daftar Pengguna.
  2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.
  3. Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di
    hantar.
  4. Notifikasi akan dihantar kepada e‐mel pemohon untuk tujuan pengesahan
    Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.
  5. Log Masuk menggunakan Alamat E‐mel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan
    klik Log Masuk.
  6. Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan
    Borang Permohonan PerantiSiswa yang wajib di isi.
  7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat.
  8. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.
  9. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up bagi mengingatkan pemohon agar
    memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila
    klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau klik butang Tidak untuk
    membuat pindaan permohonan.
  10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik
    Cetak/Simpan untuk simpanan.
  11. Cetak borang permohonan untuk simpanan.
  12. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up untuk keluar dari Sistem
    https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik butang OK untuk keluar dari sistem atau
    klik butang BATAL untuk kekal diskrin.

Sila rujuk manual pengguna permohonan pakej perantisiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

MANUAL SISTEM PENGGUNA PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e‐melkan ke
[email protected] atau melalui talian berikut:‐

  •  03‐8911 5351 / 03‐8911 5258 / 03‐8911 5265 / 03‐8911 5188
  • Waktu Operasi:‐
    8.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin ‐ Jumaat)
    8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sabtu ‐ Ahad)

“Pemberian Tablet Percuma Dari Kerajaan Memudahkan Urusan Pelajar IPT”

Kerajaan sentiasa komited dalam membantu dan memberi usaha yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Bagi kalangan pelajar pula kerajaan sentiasa memberi inisiatif yang terbaik untuk generasi masa hadapan negara. Oleh yang demikian itu, rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana kerajaan Malaysia amatlah prihatin dan cakna kepada rakyat.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati