Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Cara Nak Kecutkan Buasir Luar dan Dalam

Cara Nak Kecutkan Buasir
Cara Nak Kecutkan Buasir

Masalah buasir sememangnya sangat terkenal di kalangan masyarakat kita sehingga ramai mencari cara nak kecutkan buasir. Mungkin tidak ramai yang suka untuk bercakap berkenaannya tetapi rasa sakit buasir yang ada adalah sangat susah untuk dilupakan. Kerana sakit buasir ia boleh menjejaskan aktiviti harian dan mood kita.

Buasir ini terdapat banyak jenis dan mempunyai rawatannya yang tersendiri yang mana ramai orang mencari-cari cara nak kecutkan buasir dengan cara mudah dan berkesan. Untuk itu, kami sediakan untuk anda perkongsian menarik mengenai masalah sakit buasir dan cara nak kecutkan buasir dengan betul.

Sakit Buasir dan Kenal Pasti Jenis-jenis Buasir

Apakah Itu Buasir?

Cara Nak Kecutkan Buasir
Cara Nak Kecutkan Buasir

Buasir atau dikenali sebagai hemoroid boleh terjadi apabila sekumpulan urat di rektum atau dubur membengkak. Keadaan adalah apabila pembuluh darah vena yang berada di bahagian bawah rektum iaitu bahagian terakhir usus besar dan anus iaitu dubur berkembang serta membesar maka terjadilah buasir.

Hasil bengkak daripada buasir terjadi menyebabkan darah berkumpul serta urat berkembang keluar membran di sekitar tisu rektum dan dubur. Kesan buasir akan menampakkan benjolan atau ketulan berwarna merah pada dubur anda.

Kenali Jenis-jenis Buasir

Secara umumnya tidak semua rasa sakit buasir itu adalah sama dan bahkan ia mempunyai gejala yang berbeza-beza. Terdapat 4 jenis buasir yang perlu anda kenal pasti.

  • Buasir Dalaman
  • Buasir Luaran
  • Buasir Trombosis
  • Buasir Prolaps

Berikut adalah jenis jenis buasir;

Buasir Dalaman

cara nak kecutkan buasir

Untuk buasir dalaman ia berlaku di dalam rektum dan secara umumnya buasir ini tidak mempunyai gejala yang disebabkan tempat ia terjadi. Namun, seandainya ia boleh menyebabkan wujud rasa tidak selesa pada individu yang mengalaminya, situasi ini dipercayai kerana ukuran hemoroid yang semakin membesar.

Buasir Luaran

Buasir luaran hanya terdapat benjolan yang ketara yang boleh dirasai pada bahagian dubur. Perbezaan antara jenis buasir luaran dan dalaman adalah perbezaan lokasi. Buasir luaran tidak lah sama seperti buasir dalaman yang kemungkinan kita tidak menyedari dan sebahagian orang tidak merasainya. Manakala untuk buasir luaran ia boleh menyebabkan ketidakselesaan sehinggalah ia hilang selepas menerima rawatan. Kebiasaan buasir luaran ini akan mengalami rasa gatal dan sakit dan dalam masa yang sama terasa terbakar dalam melakukan aktiviti mahupun ketika duduk atau membuang air besar.

Buasir Prolaps

Untuk sakit buasir ini adalah sakit dalaman membengkak serta menonjol, ia juga dikategorikan sebagai prolaps – berlarutan. Untuk buasir ini terdapat tahap 1 sehingga tahap 4. Jenis buasir ini akan mengakibatkan simpton penonjolan kesakitan ketidakselesaan, kegatalan dan juga terasa terbakar pada bahagian tersebut. Kebiasaan buasir ini memerlukan pembedahan bagi menghilangkan atau membetulkan buasir prolaps sehingga anda tidak lagi merasa kesakitan.

Buasir Trombosis

Buasir ini adalah kesan daripada sakit buasir yang diabaikan dan tidak mendapatkan rawatan serta lalu menjadi hemoroid thrombosis. Gejala ini boleh dikenal pasti melalui jenis buasir yang rasa sangat sakit dan tidak tertentu di dalam dubur kerana ianya boleh menjadi secara tiba-tiba walaupun tanpa sebarang pergerakan daripada usus. Kebiasaannya akan terlihat kebiruan di sekitar buasir.

Hilangkan Buasir Dengan Betul Untuk Merasai Kelegaan

Cara Nak Kecutkan Buasir Dengan Mudah Dan Jimat

Untuk kes buasir yang anda alami, hanya buasir luaran yang boleh diubati kerana keadaan buasir yang boleh dirawat dengan mudah serta beberapa kaedah. Kini, boleh anda gunakan cara nak kecutkan buasir di rumah dengan beberapa bahan sahaja.

Berikut adalah dikongsikan cara nak kecutkan buasir dengan betul dan berkesan:

1. Kaedah Mandi Sitz

Cara Nak Kecutkan Buasir 1
Cara Nak Kecutkan Buasir

Anda boleh lakukan mandi sitz. Ia melibatkan mandian dengan kaedah merendam kawasan daripada bahagian pinggang sehingga dubur ke dalam air suam. Bagi melegakan keadaan buasir yang dialami anda boleh menambahkan sedikit garam epsom ke dalam air tersebut.

2. Kaedah Menggunakan Tisu Bagi Mengelap Dubur

Gunakan tisu tandas yang mempunyai tekstur yang agak kasar serta boleh menyebabkan iritasi pada buasir luar. Jikalau tiada tisu tandas anda boleh gunakan tuala yang lembab atau tisu basah sebagai ganti.

3. Kaedah Letakkan Pek sejuk Atau Ais Batu

Anda boleh membalut pek sejuk dengan tuala dan duduk pada atasnya bagi mengurangkan kesakitan dan boleh memberi kelegaan di bahagian tersebut. Anda boleh lakukannya dengan tidak lebih daripada 20 minit pada satu masa.

4. Kaedah Menggunakan Produk Daripada Farmasi

Di mana-mana farmasi ada jual krim yang boleh anda sapu pada buasir luaran yang sedang anda alami. Cara nak kecutkan buasir ini lebih mudah dan selamat serta terdapat ujian klinikal yang disahkan oleh pakar.

5. Kurangkan Meneran Atau Duduk Di Tandas Untuk Masa Yang Lama

Sekiranya anda meneran atau mengambil masa yang lama di dalam tandas ianya boleh memberi komplikasi pada buasir.

Tip Lembutkan Najis
Melembutkan najis dapat mengurangkan rasa sakit atau keradangan pada buasir dengan beberapa kaedah dan cara lembutkan najis seperti kerap minum air masak, banyakkan pengambilan serat, kerap lakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.

Sakit Buasir yang Berlarutan Perlu Rujuk Hospital

Seandainya rawatan di rumah yang anda cuba lakukan tidak memberi apa-apa kelegaan kepada anda. Maka, terdapat beberapa rawatan pembedahan yang dapat membantu serta mengatasi masalah buasir. Antara rawatan yang tersebut ialah kaedah ligasi gelang getah (Rubber Band Ligation) yang mana melibatkan penggunaan gelang getah kecil di pangkal buasir dalaman yang bertujuan untuk menyekat aliran darah.

Kesannya ia akan menyebabkan buasir anda mengecut serta mengecil. Kaedah ini lebih terbukti dan berkesan berbanding daripada kegunaan cara yang lain digunakan sebagai petua kecutkan buasir. Disarankan anda untuk membuat rujukan yang betul daripada pakar sekiranya melibatkan hal-hal kesihatan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati