Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Perutusan Sempena Hari Guru 2022 : Pengumuman Dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin

Perutusan Sempena Hari Guru
Perutusan Sempena Hari Guru

Perutusan Sempena Hari Guru 2022 : Pengumuman Dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin. Terbaru, Perutusan Sempena Hari Guru dari kementerian pendidikan Malaysia (kpm) bersempena hari guru 2022. Melalui pengumuman perutusan dari Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin bersempena majlis sambutan hari guru peringkat kebangsaan kali yang ke-51 tahun 2022. Sambutan hari guru pada tanggal 16 Mei 2022 bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.

Menurut beliau, guru seharusnya dihargai oleh masyarakat Malaysia. Pengorbanan guru dan usaha guru yang mendidik dan memberikan yang terbaik tidak mengira situasi senang atau susah haruslah dihargai kerana kecekalan mereka untuk memastikan anak bangsa menjadi insan yang berguna. Ikuti perutusan sempena hari guru tahun 2022 yang dibawakan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin.

Perutusan Sempena Hari Guru : Pengumuman Dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin

Selamat Hari Guru
Perutusan Sempena Hari Guru

Tema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada 16 Mei 2022.Sambutan saban tahun ini merupakan acara simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengucapkan kata-kata penghargaan kepada guru-guru Malaysia  :

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi.”

Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan murid mempunyai sahsiah yang baik serta daya saing yang tinggi. Ini dapat dilaksana melalui penjiwaan, penghayatan dan pembudayaan berterusan elemen nilai murni, kemahiran serta sikap positif yang diterapkan secara semula jadi di sekolah.

Ikuti Perutusan Penuh Dari Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin DISINI dan Perutusan dari Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Hajah Nor Zamani DISINI

Guru Mendidik Anak-Anak Dengan Penerapan elemen SEJAHTERA

Penerapan elemen SEJAHTERA yang dilaksanakan oleh guru dapat disampaikan melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar sekolah secara langsung atau tidak langsung.Terdapat 14 elemen SEJAHTERA iaitu:

  1.  Selamat
    Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada
    ancaman dan bahaya;
  2.  Seronok
    Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan;
  3. Sihat
    Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan
    serta kebersihan diri dan persekitaran;
  4. Etika
    Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya
    dalam aspek integriti;
  5.  Empati
    Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain
    dengan meletakkan diri pada tempat mereka;
  6.  Jati Diri
    Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam
    mencorak keperibadian unggul;
  7. Adab Sopan
    Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa,
    pertuturan dan kelakuan baik;
  8.  Harmoni
    Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan
    perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar
    belakang;
  9.  Tekun
    Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha dalam
    mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab;
  10. Teliti
    Cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam melaksanakan tanggungjawab;
  11.  Terampil
    Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab;
  12.  Eksplorasi
    Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha
    meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan;
  13. Rasional
    Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan
    maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka; dan
  14. Artikulasi
    Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau
    huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan fakta.

Demikianlah guru, mereka berusaha untuk mengekalkan martabat bangsa negara. Pengorbanan mereka tiada tandingannya.Melalui Penerapan elemen SEJAHTERA secara semulajadi sejak dari peringkat awal persekolahan tentunya akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka dan seterusnya akan diwarisi oleh generasi pewaris negara yang berikutnya.

Kita telah melalui pelbagai ujian bermula dari pandemik Covid19 yang melanda dunia.Namun, walau apa jua sekalipun. Guru tetap memberikan yang terbaik dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengajar walau dalam keadaan pandemik Covid19. Kecekalan dan sikap tidak putus asa yang ditunjukkan oleh para guru dalam memberikan didikan yang terbaik harus dihargai masyarakat.

“Terima Kasih Guru-Guru, Jasamu Akan Kami Kenang”

Perutusan Sempena Hari Guru
Perutusan Sempena Hari Guru

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada para guru yang sudah memberikan yang terbaik dalam memberi pendidikan dan pengajaran kepada anak-anak tanpa menghiraukan kesusahan, keperitan dan dugaan yang mendatang. Guru tetaplah membimbing anak bangsa tanpa mengira kaum dan bangsa. Mereka diibaratkan membakar lilin untuk mencerahkan keadaan yang gelap malap. Demikianlah guru, mereka berkorban demi anak bangsa memiliki masa hadapan yang cerah untuk negara. Terima Kasih Guru!

Akhir kata, Perutusan Sempena Hari Guru ini bukan sekadar perutusan sahaja tetapi sebagai tanda terima kasih buat semua guru di Malaysia.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati