Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Ambil Wudhu Beserta Niat dan Panduannya

Cara Ambil Wudhu

Tahukah anda cara ambil wudhu dengan betul? Bagi agama islam, kita diwajibkan untuk mengambil wudhu secara sah sebelum menunaikan ibadah terutamanya solat.

Sudah pastinya semua umat islam tahu cara ambil wudhu, namun terdapat juga segelintir yang kurang pasti tentang cara pengambilan air sembahyang dengan betul. Disini kami kongsikan cara ambil wudhu serta panduannya sekali.

Pengertian Wudhu dan Syarat Sah Wudhu

Cara Ambil Wudhu

Pengertian Wudhu dari segi bahasa bermaksud kebaikan dan kebersihan.

Dari segi istilah pula ia bermaksud penggunaan air yang suci atau menyapu dan membasuh anggota badan tertentu (seperti muka, dua belah tangan hingga siku, kedua-dua kaki) dengan niat.

Syarat Sah Wudhu

Berikut merupakan syarat sah wudhu yang mesti dipatuhi untuk memastikan wudhu tersebut sah dan sempurna.

  • Islam.
  • Mumaiyiz (kanak-kanak yang sudah pandai membezakan antara perkara yang baik dan buruk).
  • Suci daripada haid dan nifas.
  • Menggunakan air mutlak.
  • Tidak ada benda yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk (contohnya seperti cat, getah, pengilat kuku, lilin, kapur, minyak atau daki tebal yang melekat di celah jari, di bawah kuku atau di celah rekahan pada tumit).
  • Tidak berubah sifat air wudhu akibat benda asing yang melekat pada anggota wudhu. (Contohnya sabun, bedak atau apa-apa sahaja yang melekat pada anggota wudhu. Sekiranya ada, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwudhu).

Rukun Wudhu Serta Cara Niat Wudhu

Cara Ambil Wudhu

Rukun wudhu :

Rukun wuduk mempunyai 6 perkara iaitu:

  1. Niat (Niat di dalam hati ketika mula membasuh muka)
  2. Membasuh muka (Basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut sehingga bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke kiri)
  3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala
  5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
  6. Tertib (Membasuh anggota-anggota tadi mengikut urutan rukun yang dinyatakan)
    Tidak SAH wuduk jika sekiranya tertinggal salah satu rukun atau anggota wajib wuduk.

Cara Niat Wudhu :

Niat wuduk merupakan salah satu rukun yang menjadikan kebasahan wudhu. Adapun melafazkan niat wuduk adalah sunat bagi membantu hati menghadirkan niat. 

Berikut merupakan lafaz niat wudhu yang perlu anda ikuti :

نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ لِلَّهِ تَعَالَى

Lafaz niat: Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”

Niat yang wajib ialah lintasan dalam hati yang dihadirkan ketika mula membasuh sebahagian muka.

Sebaik-baiknya, dilafazkan niat sebelum mula mengambil wuduk untuk memudahkan berniat dalam hati.

Cara Ambil Wudhu dengan Betul

Cara Ambil Wudhu Guna Spray Botol

  1. Isikan botol spray dengan air mutlak. Cari tempat duduk yang sesuai (untuk golongan wanita, anda boleh mencari tempat yang terselindung bagi mejaga aurat)
  2. Hanya menggunakan pada anggota wudhu yang wajib sahaja dan tidak perlu diulangi sebanyak 3 kali (sekali sahaja cukup memadai).
  3. Mulakan wudhu anda :
    • Baca Bismillah
    • Semburkan air pada kedua belah tapak tangan dan ratakan
    • Baca niat ambil wuduk. Semburkan air pada muka sehingga air mengalir kemudian ratakan air di seluruh muka
    • Sembur air pada tangan kanan sehingga ke siku. Tunggu sehingga air mengalir dan kemudian ratakan air sehingga ke siku selati jari jemari. (ulangi langkah ini pada tangan kiri)
    • Sembur air pada kepala dan tunggu air mengalir kemudian ratakan
    • Sembur air pada kaki kanan sehingga air mengalir kemudian ratakan pada kaki sehingga ke pergelangan kaki termasuk jari jemari (ulangi langkah tersebut pada kaki kiri)
  4. Selesai

Ketika anda meratakan air jangan mengangkat tangan sehingga seluruh air diratakan pada anggota wudhu. Ini kerana jika anda mengangkat sebelum habis meratakan air, air pada tapak tangan akan bertukar kepada air Mustaqmal dan tidak sah untuk dijadikan air wudhu

Cara Ambil wudhu Jika Tangan Berbalut

Cara Ambil Wudhu
  1. Mengambil wuduk dengan membasuh anggota yang tidak sakit dengan air.
  2. Menyapu air ke atas jabirah yang melekat pada anggota yang sakit. Ia bertujuan menggantikan basuhan biasa ke atas anggota yang sakit itu.
  3. Bertayamum bagi menggantikan basuhan pada anggota yang sakit.

Cara Ambil Wudhu Bagi pesakit yang ditampal Jarum

Cara Ambil Wudhu

Berikut merupakan cara ambil wudhu bagi pesakit yang ditampal jarum :

Anda perlu menilik kepada keadaan tempat yang ditampal. Jika boleh dicabut dan tidak mendatangkan mudarat, maka hendaklah dicabut dan mengambil wuduk seperti biasa. Jika sebaliknya yakni mendatangkan kesakitan dan lebih parah maka bolehlah disapu air di atas pelekat itu seperti hukum sapuan atas jabirah (balutan luka) dan bertayammum sebagai ganti wuduk anggota luka.

Soalan FAQs Berkenaan Cara Ambil Wudhu

Apakah perkara yang membatalkan wudhu?

1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur. 
2. Tidur tidak tetap kedudukan dua papan punggung.
3. Hilang akal kerana mabuk, pengsan, gila, tidur, pitam dan lain-lain.
4. Bersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang halal nikah (ajnabi / bukan mahram) tanpa berlapik.
5. Menyentuh kemaluan hadapan atau belakang dengan perut tapak tangan atau perut anak jari dengan tidak belapik. (Kemaluan itu sama ada kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain, lelaki atau perempuan, yang hidup atau yang telah mati.)

Apakah anggota wajib wudhu

Seluruh muka, tangan hingga kesiku, sebahagian daripada kepala, dan kaki sehingga ke buku lali.

Bolehkan membaca niat wudhu ketika di dalam tandas?

sekiranya berada di tandas mahupun bilik air, memadai hanya berniat wudhu di dalam hati sahajatanpa perlu melafazkan nama Allah seperti niat : “sahaja aku mengangkat hadas kecil”. 
Hal ini kerana lafaz “اللَّهِ تَعَالَى” tidak menjadi syarat kebasahan wuduk dan hukum menyebut kalimah “Allah” di dalam tandas adalah makruh.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati