Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BKM RM500 : Kategori-Kategori Yang Layak Terima Bayaran Tambahan BKM Sila Mohon Rayuan BKM Anda Sebelum 2 Jun 2022

BKM RM500
BKM RM500

Kategori-Kategori Yang Layak Terima Bayaran Tambahan BKM RM500. Untuk makluman kepada rakyat Malaysia, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 adalah merupakan salah satu bantuan berbentuk bantuan kewangan yang diperekenalkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu meringankan beban,menjamin kelansungan hidup dan menghulurkan bantuan yang memerlukan kepada golongan berpendapatan rendah atau B40.

Menerusi Bantuan BKM kepada rakyat Malaysia, kerajaan telah bersetuju memberikan bantuan tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima yang benar-benar layak. Di  bawah kami telah disediakan maklumat penuh berkenaan bantuan tambahan BKM sejumlah RM500.

Sertai Telegram Rasmi Kami ” Official – Bantuan Kerajaan “ untuk mendapatkan info-info terkini bantuan dan pengumuman penting kerajaan :

KLIK UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI KERAJAAN

KATEGORI-KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN BKM SEBANYAK RM500

BKM RM500
BKM RM500

Bantuan Tambahan BKM RM500

Pasca pemberian bantuan BKM RM500 fasa 1 baru-baru ini, terdapat bantuan tambahan khas BKM kepada mereka yang benar-benar layak. Bantuan itu dikenali Bantuan Tambahan atas jumlah RM500 kepada mereka yang sebelum ini lulus dan menerima bantuan BKM sebelum ini. Bantuan sebanyak RM500 itu adalah sebagai bantuan untuk mencukupkan bantuan BKM RM500 yang sebelum ini dianggap tidak cukup kepada mereka yang menerima BKM.

Syarat Kelayakan Menerima Bantuan BKM Tambahan RM500

Syarat kelayakan menerima bantuan BKM Tambahan RM500 adalah berdasarkan syarat-syarat, berikut merupakan syarat-syarat untuk menerima bantuan BKM RM500 mengikut kategori-kategori:

  • Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus warga emas
  • Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan menepati syarat yang ditetapkan

Berapakah Kadar Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

Berikut aalah jumlah bantuan BKM bagi Fasa 1 setakat ini maksimum adalah:

  • RM2,000

Manakala,jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

  • RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat
  • RM300 kepada penerima isi rumah bestatus warga emas

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak menerima BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:

  • RM2,500

Berkenaan  Bantuan Tambahan BKM, Kelayakan asas untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan mempunyai 3 orang anak adalah sebanyak RM2,000.

Oleh itu, jika anda merupakan ibu tunggal, secara automatik anda layak dapat kadar tambahan sebanyak RM500 menjadikan bantuan BKM anda sebanyak RM2,500.

tambahan bkm

Bagaimana Saya Boleh Mengetahui Samaada Saya Layak Menerima Bantuan Tambahan BKM  Berjumlah RM500?

Untuk makluman semua, bantuan BKM bagi fasa 1 telah diedarkan pada 28 Mac 2022. Akan tetapi, pemberian bantuan BKM akan melalui 4 fasa. Pembayaran BKM seterusnya adalah bagi pemberian BKM Fasa 2 dijangka akan diberikan pada bulan Jun bersamaan bulan hadapan. Bantuan akan tertumpu pada kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja.

Cara Menyemak Status Kelayakan BKM Tambahan Anda:
  1. Layari portal rasmi BKM – Portal Rasmi BKM
  2. Log masuk akaun BKM anda
  3. Kemudian tekan pada semakan status untuk semak status permohonan anda.
  4. Status permohonan dan jumlah bayaran yang diterima diluluskan akan dipaparkan di skrin
  5. Jumlah bayaran tambahan BKM RM 500 akan tertera sekiranya layak
  6. Jika tiada paparan bkm tambahan di skrin , ia bermaksud anda tidak layak menerima bantuan tambahan
  7. Anda masih boleh membuat permohonan BKM bermula dari tempoh  2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Pemberian Bantuan BKM Fasa 2

Kepada mereka yang memerlukan bantuan BKM Fasa 2, anda boleh lah menyemak data anda dan permohonan anda adalah betul dan menepati piawaian oleh pihak Pengurusan Bantuan Keluarga Malaysia. Layari portal rasmi BKM – Portal Rasmi BKM untuk membuat semakan dan permohonan BKM anda. 

Sebarang persoalan anda boleh layari laman web rasmi BKM. Layari Laman Web BKM di:

Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:

Laman Web Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

  • Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
  • AlamatSekretariat BKM,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Bantuan Rakyat Yang Memerlukan Akan Diberi Oleh Kerajaan Malaysia

Kerajaan akan terus membantu rakyat Malaysia dalam mengurangkan beban, menjamin kelansungan hidup serta memudahkan urusan rakyat. Rakyat Malaysia diminta untuk sentiasa peka dan cakna akan pengumuman terbaru dari kerajaan. Dan yang untuk akan datang adalah pemberian BKM Fasa 2 yang dijangka akan disalurkan pada bulan Jun.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati