SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BAGI GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA
Golongan Kelainan Upaya OKU juga tidak terkecuali dalam diberikan bantuan pembiayaan perniagaan. Golongan ini bukan sahaja diuji dengan hebat dalam kehidupan mereka bahkan mereka juga mempunyai semangat juang yang sangat kuat.
Banyak perusahaan yang diusahakan oleh golongan OKU kini mula mendapat perhatian dan tempat di kalangan masyarakat. Ada juga di mereka yang telah Berjaya membawa perusahaan mereka ke tahap yang sangat dibanggakan.
Skim ini dikhususkan kepada OKU semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental sahaja.
SYARAT KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BAGI GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA
- Warganegara Malaysia (Bertaraf bumiputera)
- Khusus kepada semua OKU (kecuali ketidakupayaan mental)
- Berumur 18 hingga 60 tahun
- Mempunyai permit/lessen atau surat kebenaran dari pihak berkenaan untuk operasi perniagaan
- Berpengalaman dan berpengetahun dalam perniagaan yang dijalankan
- Bebas dari senarai hitam MARA
- Perniagaan yang patuh syariah
- Menunjukkan kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh JKM
- Perniagaan beroperasi sepenuh masa
- Jika belum beroperasi, tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan untuk permohonan
Skim ini tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Nilai had pembiayaan yang ditetapkan adalah sebanyak RM50,000.00 dengan kadar keuntungan 0%, mengamalkan konsep Qardhul Hasan. Tempoh pembiayaan yang diberikan adalah selama 15 tahun atau 180 bulan tertakluk kepada jumlah pembiayaan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau tatacara memohon boleh kunjungi atau menghubungi pejabat MARA berhampiran anda.