Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan : Apa Cikgu Perlu Tahu

Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan
Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan

Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan? Rasanya ramai waris yang tidak tahu apa yang mereka bakal perolehi apabila berlaku kematian bagi ahli keluarga yang bergelar penjawat awam. Ya, bahkan ramai cikgu-cikgu sendiri tidak tahu apa yang mereka perlu tahu seperti khairat kematian, ganjaran terbitan, pencen terbitan, ganjaran cuti rehat dan sebagainya.

Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan : Apa Cikgu Perlu Tahu

Jadi hari ini mari kita pelajari lebih details sedikit mengenai

Khairat

Bagi penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan khairat berjumlah RM3000 dan juga kos pengangkutan jenazah.

Ganjaran Terbitan

Faedah pembayaran sekaligus yang dibayar kepada waris berdasarkan pengiraan

7.5% x Jumlah Genap Bulan Berkhidmat x Gaji Terakhir.

Pencen Terbitan

Pencen bulanan yang terbit akibat kematian anggota yang dibayar kepada tanggungan berdasarkan pengiraan

1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan x Gaji terakhir.

(Bagi yang berkhidmat kurang 10 tahun, formula yang digunakan ialah 1/5 x gaji akhir)

Ganjaran Cuti Rehat(Maksimim 150 hari)

Ganjaran yang dibayar bagi menggantikan cuti yabg terkumpul. Formula pengiraan ialah 1/30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji akhir termasuk elaun)

Ex Gratia

Pembayaran Ex Gratia Kematian Sekaligus (Pekeliling Bil 11/2019)

Pekeliling terbaru sepertimana diumumkan dalam Bajet 2019 iaitu pembayaran ex gratia sekaligus kepada waris anggota yang meninggal dalam perkhidmatan. Bagi yang berkhidmat kurang 5 tahun akan menerima ex gratia berjumlah RM150,000, berkhidmat antara 5 tahun ke 10 tahun RM100,000. Yang berkhidmat antara 10 ke 15 tahun sebanyak RM75,000. Bagi yang berkhidmat antara 15 ke 20 tahun menerima ex gratia berjumlah RM50,000 manakala yang melebihi 20 tahun tidak akan menerima ex gratia. Ini kerana faktor pencen yang diterima. Penjawat awam yang baru berkhidmat menerima ex gratia sekaligus lebih tinggi kerana pencen mereka lebih kecil berbanding yang telah lama berkhidmat.

Sumber:Web JPA

Kredit : Cikgu Zahran

Perkongsian dalam Bentuk Slide

1 4
Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan
2 6
Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan
3 6
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati