Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG KERJAYA KUIS UNTUK DIISI TAHUN 2022

Peluang Kerjaya KUIS
Peluang Kerjaya KUIS

Peluang Kerjaya Kuis Untuk Diisi Tahun 2022.Pihak Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) telah mengumumkan jawatan kosong untuk diisi dalam kadar segera. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996.

Tertubuhnya KUIS secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan kejayaan dan  komitmen kerajaan negeri Selangor pada masa itu dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Selain sebagai sebuah tempat penyebaran ilmu pendidikan ia juga merupakan legasi DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat-umat Islam di negeri Selangor, KUIS  telah berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.

Pasti merasa kagum dan bangga jika terpilih untuk memulakan kerjaya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam masa yang sama menjadi sebahagian daripada organisasi KUIS yang mempunyai moto dan visi yang jelaskan dalam memperluaskan dan melahirkan generasi bijak pandai yang berbakti kepada bangsa dan negara.

Peluang Kerjaya KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor)

Peluang Kerjaya KUIS
Peluang Kerjaya KUIS

Peluang Kerjaya KUIS yang dibuka oleh Pihak Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) adalah berdasarkan keperluan pihak Kolej dalam menempatkan tenaga kerja di beberapa bahagian yang dirasakan perlu diisi dengan kadar segera. Pengumuman jawatan kosong yang perlu diisi adalah melalui laman sesawang rasmi pihak Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) iaitu:-

Laman Web Rasmi KUIS  

Permohonan jawatan adalah terbuka dari 7 Mac 2022 sehingga 21 Mac 2022. Sebarang pertanyaan mengenai jawatan kosong atau perkara lain, anda boleh merujuk ke :

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.

No Tel : +603 8911 7000

Email :  [email protected]

Whatsapp :  +6019 226 0746

Permohonan Jawatan Kosong Di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Antara jawatan kosong yang perlu diisi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) oleh bakal pemohon dalam tempoh kadar segera ialah :-

  1. Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F)
  • Syarat Lantikan:
    Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    1. Warganegara Malaysia; dan
    2.  Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sistem Maklumat, atau bidang yang berkaitan, atau pengalaman yang setara; dan
    3.  Mempunyai 5-10 tahun pengalaman bekerja dalam operasi Teknologi Maklumat (keutamaan diberikan kepada calon yang pernah memegang jawatan sebagai Pengurus atau Ketua Bahagian Teknologi Maklumat);
  • Gaji : RM 3,414 – RM10,681
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Borang Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat

2.  Pembantu Tadbir (P/O) (Gred N17)

  • Syarat Lantikan:
    Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    1. Warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    Malaysia; dan
    4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
    Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
    dan
    5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang
    berkaitan; dan
    6. Bekebolehan melaksanakan kerja-kerja pejabat seperti Filing, Fotostat dan
    berkaitan; dan
    7. Mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian Microsoft Office seperti
    Microsoft Word dan Microsoft Excel.
  • Gaji : RM1,200 – RM3,375
  • Taraj Jawatan : Sambilan/Kontrak/Tetap
  • Borang Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) (Gred N17)
  • Pengawal Keselamatan (Gred KP 11)
    • Syarat Lantikan:
      Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
      1. Warganegara Malaysia;
      2. Keutamaan diberi kepada calon berumur tidak kurang daripada 25 tahun
      sehingga 45 tahun pada tarikh tutup iklan;
      3. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau
      kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
      4. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
      Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah
      disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang
      baik dan berkebolehan bertutur, membaca, dan menulis dalam Bahasa
      Malaysia yang memuaskan.
    • Gaji : RM1,200 – RM3,375
    • Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
    • Borang Jawatan Pengawal Keselamatan (KP11)
  • Penolong Juruaudit (Gred W27)
    • Syarat Lantikan:
      Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
      1. Warganegara Malaysia; dan
      2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
      3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil-sijil seperti berikut:-
      (a) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang
      diiiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang
      diiktiraf setaraf dengannya, atau
      (b) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan, atau
      (c) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan
      atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
      tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      (d) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of
      United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan
      atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Gaji : RM1,367 – RM5,098
    • Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
    • Borang Jawatan Penolong Juruaudit (W27)

“Selamat Maju Jaya Diucapkan, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan”

Rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian daripada Institusi Pendidikan yang termashur di Negeri Selangor. Ini adalah peluang keemasan anda untuk berbakti kepada Institusi pendidikan yang bakal melahirkan ilmuan-ilmuan bijak pandai masa hadapan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati