Pengumuman Terbaru, Pengeluaran Khas KWSP RM10,000. Kelmarin, pada 16 Mac 2022, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri baru sahaja mengumumkan pengeluaran KWSP secara One-Off dibenarkan melalui pengumuman tergempar Perdana Menteri. Rujuk : Pengumuman Perdana Menteri Berkenaan KWSP
Ini adalah berita baik kepada pencarum KWSP yang mana selama ini mereka memerlukan pengeluaran wang KWSP bagi menampung hidup dan meringkan beban. Ternyata, Perdan Menteri Malaysia mendengar keluh kesah rakyat mengenai kesusahan yang diterima mereka akibat kesan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Berkenaan pengumuman terbaru iaitu pengeluaran khas KWSP RM10,000 adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, Tengku Zafrul. Oleh itu, dengan berita gembira ini khas kepada pencarum-pencarum KWSP dinasihatkan agar menggunakan wang pengeluaran dengan baik.
Rangkuman Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Yang Telah Ditetapkan
Menurut pengumuman tersebut, Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun ini bermakna ramai pencarum-pencarum muda akan dapat menikmati pengeluaran terbuka ini. Sementera itu, tarikh bagi permohonan KWSP melalui secara online adalah dari 1-30 April 2022. Ini adalah tempoh sebulan bagi permohonan kepada mereka yang ingin membuat permohonan pengeluaran wang simpanan KWSP dan tempoh sebulan tersebut hanya sah melalui online sahaja. Manakala bagi tempoh pembayaran oleh KWSP pula bermula dari tarikh 20 April 2022. Pihak KWSP akan menyemak terdahulu butiran permohonan sebelum meluluskan permohonan pemohon ini adalah kerana berdasarkan kecaknaan sistem KWSP.
Jumlah pengeluaran pula adalah maksimum RM10,000 dan minimum adalah sebanyak RM50. Pengeluaran wang KWSP adalah secara One-Off. Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2. Jika baki akaun 2 tidak mencukupi akaun 1 akan diakses.
Pengeluaran KWSP RM10,000 Adakah Berbaloi Teruskan Simpan Atau Guna?
Dengan pengumuman kelulusan permohon pengeluaran RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggembirakan hati pencarum muda yang dapat menggunakan wang tersebut sebelum umur persaraan. Tetapi, Persoalannya wajarkah pencarum muda mengeluarkan sejumlah wang besar dari simpanan tua kelak?
Kalau diikutkan situasi pandemik COVID-19 yang kini terlihat tidaklah terkesan kerana sudah banyak sektor ekonomi sudah dibuka semula. Jadi, apakah kewajaran pada individu untuk mengeluarkan dan menggunakan wang simpanan tua dimasa kini?. Semua itu adalah bergantung pada keadaan individu. Ini adalah kerana, kesan Pandemik COVID-19 adalah berbeza setiap orang. Ada orang dibuang kerja, dipotong gaji dan lain-lain kesan negatif dari Pandemik COVID-19. Mengikut situasi golongan yang terkesan yang sememangnya menjadi kepentinga kepada mereka untuk mengeluarkan wang KWSP sebagai tampungan hidup atau memulakan perniagaan baharu pasca ditamatkan perkhidmatan.
Bagi gologan yang kurang terjejas dinasihatkan menggunakan wang simpanan tersebut ke jalan yang betul. Antara yang menguntungkan kepada mereka yang dapat mengeluarkan wang RM10,000 secara One-Off adalah mereka dapat membina dan membuka peluang baharu dalam pekerjaan atau perniagaan mereka. Mulakanlah dengan mengambil ilmu perniagaan seperti langkah-langkah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu.
Kesimpulannya, penggunaan wang pengeluaran adalah berbeza dari pelbagai golongan. Terdapat perbezaan bagi mereka yang sudah berkeluarga dengan yang belum berkeluarga terutama dari segi komitmen antaranya. Oleh itu, pencarum masing-masing hendaklah berhemah dalam menggunakan wang simpanan penat lelah anda.
“Gunakan Bila Perlu, Simpan Bila Mahu”
Tahniah diucapkan kepada pencarum-pencarum KWSP atas kebenaran pengeluaran wang KWSP. Kerajaan Malaysia amatlah prihatin akan luahan rakyat Malaysia. Sumbangan bantuan juga wajar dipertingkatka oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu rakyat yang terkesan. Hidup Rakyat!