Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

gaji penjawat awam naik 15 peratus
Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam 4

Berit baik pada hari ini! Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan gaji penjawat awam naik 15 peratus yang pasti akan disambut baik oleh penjawat awam di seluruh negara. Bermula 1 Disember 2024, penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 15%, yang adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Selain itu, Kenaikan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Madani untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

Jom ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan gaji penjawat awam naik 15 peratus, bila mula naik dan cara kira berapa kenaikan gaji penjawat awam naik 15 peratus.

Berkenaan Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus

Sempena hari pekerja pada 1 Mei 2024, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil inisiatif dengan mengadakan Sambutan Hari Pekerja 2024 kebangsaan di PICC, Kuala Lumpur menunaikan janji beliau kepada rakyat Malaysia terutama kepada penjawat awam dengan memberi berita gembira gaji penjawat awam naik 15 peratus.

Perkara ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh penjawat awam sejak usaha kerajaan membuat kajian berkait SSPA negara.

Bila Gaji Penjawat Awam Naik?

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Seperti yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, gaji penjawat awam dijangka akan naik mulai 1 Disember 2024. Perkara ini diumumkan sendiri oleh PM dengan jarak masa yang sesuai dan tempoh yang diyakini dapat disempurnakan oleh kerajaan Malaysia Madani.

Penjawat awam yang terlibat mungkin diberikan kepada mereka yang mendapat jawatan tetap dengan kenaikan adalah pada gaji pokok menjadikan kenaikan gaji yang setimpal dan diyakini dapat menyelesaikan masalah kewangan penjawat awam.

Senarai Sektor Perkhidmatan Kerajaan yang Naik Gaji

Kenaikan gaji ini akan mungkin meliputi semua sektor perkhidmatan kerajaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Perkhidmatan awam pusat
  • Perkhidmatan awam negeri
  • Perkhidmatan kesihatan
  • Perkhidmatan pendidikan
  • Perkhidmatan perundangan dan kehakiman
  • Dan banyak lagi

Cara Kira Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Tidak Rasmi

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Untuk pengetahuan semua, proses kenaikan gaji penjawat awam akan dilakukan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Pendapatan minimum penjawat awam, termasuk gaji dan elaun tetap, ditetapkan akan melebihi RM2,000 sebulan. Ini akan memberi manfaat kepada ribuan pekerja kerajaan di seluruh negara.

Bagi mereka yang sedang membuat kira-kira dan mempunyai persoalan, anda boleh membuat kira-kira dengan cara tidak rasmi seperti cara dibawah:

Formula mudah contoh tidak rasmi kira gaji baru anda :
*GAJI BARU =
GAJI LAMA X 115/100*

Contoh :
RM2500 x 115/100
= RM2875

*Pekeliling rasmi masih belum dikeluarkan, akan diupdate dari semasa ke semasa

Intipati Sambutan Hari Pekerja 2024

Banyak yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucapa di PICC. Perutusan beliau hari ini menunjukkan tekad kerajaan Malaysia dalam membangunkan sebuah negara maju dengan bermula menjadi majikan kepada penjawat awam yang baik.

Kerajaan Malaysia menjaga kebaijikan pekerja mereka dan menuntut untuk memberi prestasi yang terbaik.

Kerajaan Malaysia Seru Penjawat Awam Tingkatkan Prestasi

Terdapat intipati lain dari kenaikan gaji penjawat awam, Perdana Menteri juga menekankan kepentingan memastikan prestasi yang baik dalam kalangan perkhidmatan awam. Bagi mana-mana penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, malas, atau sering lewat datang kerja adalah mungkin tidak layak menerima kenaikan gaji yang dijanjikan.

Kerajaan Sabah dan Sarawak Setuju Ordinan Buruh

Dari sudut perkembangan lain pula, Kerajaan Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyelaraskan Ordinan Buruh mereka dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia. Ia adalah langkah yang penting dalam memastikan pekerja di seluruh negara mendapat perlindungan dan faedah yang sama.

Perihal kenaikan gaji penjawat awam ini bukan sahaja merupakan berita gembira bagi mereka yang terlibat, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

6 KOMEN

  1. Memandangkan kerajaan Perpaduan Madani berazam menoktakan kemiskinan, apakah ada cara kerajaan Madani menangani isu pencen bulanan pesara yg hanya menerima pencen bulanan bawah rm500.00?

  2. Gempar pasal kenaikan gaji penjawat awam, tapi bagi pesara pula masih jadi tanda tanya, apakah menfaat yg bakal mereka perilehi dari Saraan Baru yg akan dilaksanakan pada 01.12.2024?

  3. Nasib kakitangan awam sudah terjawab dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam 15/%,bagaimana pula nasib kami bekas² pesara yang dah lama tak menikmati sebarang kenaikan selepas kenaikan 2% dimansuhkan oleh keputusan mahkamah,mohon beri penjelasan dan pembaharuan

  4. Ada kah kenaikan ini terpakai juga utk pesara kerajaan?
    Berapa kah peratus kenaikan utk pesara kerajaan sekiranya ada?

  5. KEPADA KAMI YANG AKAN BERPENCEN SEBELUM 1 DISEMBER SETELAH BERKHIDMAT LEBIH DARI 30 TAHUN TAK DAPAT MERASA KENAIKAN GAJI 15 PERATUS.

    PADAHAL KAKI TANGAN YANG BARU BERKHIDMAT YANG MENDAPAT GANJARAN.

    SETELAH SEKIAN LAMA KAMI MENUNGGU KENAIKAN GAJI INI. TAPI TAK SEMPAT MERASA KERANA BERPENCEN SEBELUM 1 DISEMBER 2024.

    ADAKAH ADIL BAGI KAMI?

    TIDAK ADA JALAN PENYELESAIAN KE UNTUK KAMI MERASA KENAIKAN INI?

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati