Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) : FASA 1 MULA DIBAYAR PADA 20 HINGGA 31 MAC 2022

Bantuan Keluarga Malaysia
Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), fasa 1 mula dibayar pada tarikh 20 hingga 31 Mac 2022. Kerajaan baru sahaja mengumumkan pengumuman terbaru berkenaan Bantuan Keluarga  Malaysia (BKM) bagi Fasa 1 yang tergolong dari kategori Isi rumah, Warga emas/ tiada pasangan dan bujang berdasarkan beberapa kelayakan. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan telah mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada bulan Mac.

Menurut kami ia adalah antara 20 hingga 31 Mac 2022. Pembayaran akan dibayar melalui kredit ke Bank pemohon yang sudah membuat permohonan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada 1 hingga 31 Januari 2022. Ini adalah berita gembira yang akan memanfaatkan sekitar 9.6 Juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Bantuan ini akan dapat menolong serba sebanyak mereka yang dari golongan berkeluarga, warga emas dan bujang.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada Fasa 1

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan wang yang lebih tertumpu dan diberi perhatian kepada golongan yang memerlukan bertujuan meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Antara golongan yang diberi tumpuan untuk diberi bantuan adalah dari golongan Fasa 1. Fasa 1 terdiri dari mereka yang dari Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang. Pemilihan pembayaran kepada mereka yang dari Fasa 1 adalah tepat kerana mereka merupakan golongan yang utama memerlukan bantuan dari pihak kerajaan Malaysia. Oleh itu, tidak dapat dinafikan Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan drastik sekali dengan mendahulukan golongan yang benar-benar memerlukan sahaja.

Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada Fasa 1 :

Fasa 1 akan menerima pembayaran terlebih dahulu, Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori:

Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah:

  • RM1,000 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM1,500 untuk yang sudah mempunyai 1-2 orang anak
  • RM2,000 untuk yang sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:

  • RM400 untuk yang belum mempunyai anak
  • RM600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas

Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

  • RM600

Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

  • RM350
BKM
Bantuan Keluarga Malaysia

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Bagi Fasa 1

Pembayaran akan diberikan kepada Fasa 1 melalui sumbangan terus ke akaun Bank pemohon.

Pembayaran adalah kepada pemohon yang telah lengkap membuat permohonan serta lampiran file yang jelas. Sekiranya terdapat permohonan yang gagal untuk diterima bantuan. Mungkin mempunyai masalah berkenaan permohonan yang telah dibuat pada 1 hingga 31 Januari 2022. Walau bagaimanapun,Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu Banutan Keluarga Malaysi (BKM) perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/untuk mendapatkan maklumat lanjut isu permohonan dan pembayaran.

Kaedah Pembayaran BKM

Berikut adalah kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):

Mempunyai akaun bank dan berjaya kredit

  • Pembayaran anda akan dikreditkan ke akuan bank terkini yang telah didaftarkan

Mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit

  • Anda boleh membuat tuntutan secara tunai melalui kaunter bank BSN berdekatan

Tiada akaun bank

  • Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan BSN berdekatan.

Sebarang persoalan anda boleh layari laman web rasmi BKM. Layari Laman Web BKM di:

Laman Web Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:

  • Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
  • AlamatSekretariat BKM,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

“Rakyat Malaysia Adalah Tanggungjawab Kerajaan Malaysia”

Kerajaan Malaysia telah tekad membantu mereka yang dari golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati