Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penerangan Duit Syiling Lama dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia

Penerangan Duit Syiling Lama dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia

Anda minat kumpul duit syiling lama? Ramai orang yang mencari senarai harga syiling lama yang mana ianya akan menjadi panduan dan rujukan untuk mengetahui apakah nilai sebenar syiling lama yang seseorang itu ada dan adakah ianya begitu bernilai. Hobi mengumpul syiling lama ini masih mendapat sambutan yang ramai di kalangan pengumpul-pengumpul rakyat Malaysia dan luar negara.

Nilai duit syiling lama adalah begitu berharga bagi sesetengah pengumpul kerana dirasakan harga bagi beberapa syiling akan terus meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan yang semakin meningkat dan ‘rare’ bagi sesuatu syiling. Pernah direkodkan penjualan syiling lama Malaysia mencecah sehingga ribuan ringgit!

Pengenalan Duit Syiling Malaysia

Apa Itu Duit Syiling Lama?

image 397

Duit syiling lama adalah merupakan mata wang yang telah digunakan dalam sistem kewangan sebelum pengenalan kepada mata wang kertas dan mata wang digital. Duit syiling lama merangkumi syiling yang dikeluarkan pada zaman kuno atau moden yang telah digunakan dalam sejarah ekonomi bagi sesuatu negara atau kawasan.

Duit syiling lama mempunyai nilai numismatik atau koleksi ianya bergantung pada usia keadaan keunikan serta faktor faktor lain. Pengumpul atau collector mata wang yang selalu mencari duit syiling lama bagi menambah ke dalam koleksi mereka. Terdapat beberapa syiling lama yang memiliki nilai intrinsik bersandarkan logam berharga yang digunakan dalam pembuatannya seperti tembaga, perak atau emas.

Istilah Kondisi Duit Syiling Lama

image 396
Penerangan Duit Syiling Lama dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia 7

Terdapat bebrapa istilah yang diguna pakai oleh pengumpul atau collector mata wang lama. Berikut adalah peneranga bagi setiap istilah untuk menilai kondisi dan keadaan duit syiling lama:

Apa Maksud UNC (Uncirculated) ?

Ianya bermaksud sempurna setiap penjuru, duit adalah tajam serta tiada kesan lipatan, warnanya adalah tidak pudar serta kertasnya kukuh dan bersih.

Apa Maksud AU (About Uncirculated)?

Ianya kelihatan sempurna namun bahagian tengah ataupun penjuru terdapat sedikit kesan lipatan dan mempunyai penjuru yang tajam serta tiada kesan calar dan juga warna tidak pudar serta permukaan yang bersih.

Apa Maksud EF (Extremely Fine)?

Nilai duit syiling lama yang maksimum 3 kesalahan yang minor atau satu kesan calar yang sedikit serta mempunyai penjuru yang bertajam juga warnanya tidak pudar dan permukaannya adalah bersih.

Apa Maksud VF (Very Fine)?

Jenis nilai wang syiling lama yang mempunyai beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar serta penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi dan masih mempunyai penjuru yang tajam serta kertas masih kelihatan keras.

Apa Maksud F (Fine)?

Terdapat banyak kesan lipat dan calar serta terdapat juga sedikit kotoran serta sisi yang mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau juga lubang pin namun tidak di tengahnya.  Warna kelihatan masih baik tetapi tidak terang.

Apa Maksud P (Poor)?

Sesuatu wang syiling yang keadaan sangat miskin, buruk dan usang dan mungkin tidak sempurna sepenuhnya.

Nilai Harga Syiling Lama Malaysia

Wang syiling negara Malaysia telah melalui masa yang panjang dari tahun ke tahun ia diperkenalkan. Pengenalan syiling lama Malaysia adalah unik dengan mengikut tahun ke tahun.

image 395
Penerangan Duit Syiling Lama dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia 8

Ada jenis wang syiling yang boleh dikatakan rare seperti duit syiling lama tahun 1970 kerana ia dikelaskan sebagai copper clad steel dan harga pasaran bagi kondisi VF adalah mencecah RM900 untuk satu syiling.

Ikuti senarai harga duit syiling Malaysia dari tahun ke tahun dan ketahui duit syiling Malaysia paling mahal dijual.

Harga Duit Syiling Lama Malaysia Mengikut Tahun

Berikut adalah senarai harga untuk setiap jenis syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 50 sen dan 1 ringgit:

Harga Duit Syiling 1 Sen Parlimen

TahunHarga VF (RM)
1967RM4
1968RM40
1970RM90
1970Rare- Copper Clad Steel
RM900
1971RM2
1973RM6
1973-Rare- Copper Clad Steel
RM25
1976RM4
1976-Rare- Copper
RM1800
1977RM4
1978RM2
1979RM6
1980RM6
1981RM4
1982RM2
1983RM6
1984RM4
1985RM2
1986RM2
1987RM2
1988RM2

Harga Duit Syiling 1 Sen Siri Kedua – Bunga Raya

Diperkenalkan tahun 1989, nilai harga syiling 1 sen siri kedua bunga raya adalah RM3 bagi kondisi VF.

Harga Duit Syiling 5 Sen Parlimen

TahunHarga VF (RM)
1967RM1
1968RM1
1971RM4
1977RM4
1979RM0.50
1980RM0.50
1982-Extra dot
RM120
1985RM3
1987RM3
1988RM2

Harga Duit Syiling 5 Sen Bunga Raya

TahunHarga VF (RM)
1989RM3
1997RM4
2004RM3

Harga Duit Syiling 10 Sen Parlimen

TahunHarga VF (RM)Harga UNC (RM)
1967RM0.50
1968RM0.50
1971 V1RM900RM1800
1971 V2RM400RM600
1977RM0.50
1978RM1
1979RM0.50
1980RM0.50
1983RM0.50
1988RM3

Harga Duit Syiling 10 Sen Bunga Raya

TahunHarga VF (RM)
1989RM2
1993RM2
1994RM5
2003RM5

Harga Duit Syiling 20 Sen Parlimen

TahunHarga VF (RM)
1969RM2
1970RM35
1971RM6
1978RM10
1979RM2
1988RM2

Harga Duit Syiling 20 Sen Bunga Raya

Diperkenalkan tahun 1994, nilai harga syiling 20 sen bunga raya adalah RM15 bagi kondisi VF.

Harga Duit Syiling 50 Sen Parlimen

TahunHarga VF (RM)
1968RM3
1969RM30
1971RM6
1977RM4
1978RM4
1979RM8
1979-Extra dot
RM45
1980RM3
1981RM3
1982RM3
1983RM6
1984RM6
1985RM6
1986RM6
1987RM6
1988RM2
1988 – Extra dotRM30

Harga Duit Syiling 50 Sen Milled Edge

TahunHarga VF (RM)
1967RM1800
1968RM1800
1969RM3000

Harga Duit Syiling 50 Sen Bunga Raya

TahunHarga VF (RM)
1989RM10
1990RM1
1991RM1
1992RM3
1993RM8
1994RM10
1995RM30
1996RM8
1997RM3
1999RM3
2006(Tidak pernah ditemui lagi)

Harga Duit Syiling 1 Ringgit Copper-Nickel

Harga Duit Syiling Lama Malaysia Mengikut Tahun
Penerangan Duit Syiling Lama dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia 9

Berikut adalah senarai duit peringatan 1 ringgit copper-nickel dan tahun keluaran, bersama dengan harga dalam keadaan Very Fine (VF):

Ulangtahun ke-10 Bank Negara Malaysia 1959-1969

  • Tahun: 1969
  • Harga VF: RM25

Penganugerahan Taraf Bandaraya-Kuala Lumpur-1972

  • Tahun: 1972
  • Harga VF: RM18

Ulang Tahun ke-25 KWSP-1976

  • Tahun: 1976
  • Harga VF: RM18

Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980

  • Tahun: 1980
  • Harga VF: RM18

Sukan SEA ke-9 (Sea Games)-1977

  • Tahun: 1977
  • Harga VF: RM18

20 tahun merdeka 1957-1977

  • Tahun: 1977
  • Harga VF: RM18

100 Tahun Getah Asli 1877-1977

  • Tahun: 1977
  • Harga VF: RM18

Ulangtahun ke-20 Bank Negara Malaysia 1959-1979

  • Tahun: 1979
  • Harga VF: RM18

Sambutan 15 Abad Hijrah-1401 Hijrah

  • Tahun: 1981
  • Harga VF: RM20

Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985

  • Tahun: 1985
  • Harga VF: RM15

25 tahun merdeka 1957-1982

  • Tahun: 1982
  • Harga VF: RM15

Ulangtahun ke-35 Persidangan PATA 1986

  • Tahun: 1986
  • Harga VF: RM23

Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990

  • Tahun: 1990
  • Harga VF: RM12

Berikut adalah senarai tahun keluaran duit 1 ringgit Parlimen dan duit 1 ringgit Bunga Raya beserta harga dalam bentuk jadual:

Harga Duit Syiling 1 Ringgit Parlimen

TahunHarga VF (RM)
1971 (Shah Alam Mint)RM8
1971 (London Mint)RM16
1971 (proof)RM4,000
1980RM40
1981RM30
1982RM120
1984RM40
1985RM60
1986RM50

Harga Duit Syiling 1 Ringgit Bunga Raya

TahunHarga VF (RM)
1989RM8
1990RM4
1991RM4
1992RM4
1993 $1RM5
1993 1 ringgitRM4
1994RM6
1995RM4
1996RM8

Harap maklum, harga-harga yang diberikan mungkin mengalami perubahan bergantung pada pasaran dan keadaan mata wang koleksi. Oleh itu, anda boleh juga merujuk kepada rujukan semasa pada tahun anda berurusan.

Harga Duit Syiling Lama ‘Rare” yang Boleh Dijual Harga Mahal

Terdapat beberapa edisi duit syiling lama yang rare dan dijual dengan harga yang tinggi. Oleh kerana ia mempunyai numismatik yang tersendiri, pengumpul pun bahkan sanggup membelinya dengan nilaian yang mahal. Berikut adalah beberapa duit syiling rare yang dijual harga mahal:

Duit Syiling 5 Sen Tahun 2009

image 401
Penerangan Duit Syiling Lama dan Senarai Harga Duit Syiling Lama Malaysia 10

Dikatakan oleh seorang pengumpul duit syiling lama di laman Tiktok, ianya berhargaa RM250 kerana mempunyai keunikan tersendiri yang tidak ada pada duit syiling 50 sen lain. Dengan harga yang begitu tinggu kenaikannya juga sebanyak 500 ribu kali ganda harga ia.

41 KOMEN

  1. Saya pengumpul duit syiling lama dari 1 sen sampai la 50 sen. Tapi dimanakah saya nak jual duit-duit ini?

    Buyer / collector boleh whatsapp saya
    0127726770

  2. Saya ada duit syiling 5sen tahun 2009 , syiling rm1 tahun 2007 dan duit kertas rm1 (gabenor Azizah) dgn duit kertas rm1 rm2 lama , sesiapa yang berminat nak beli whatsapp saya 01117732079 saya tinggal di kota tinggi Johor

  3. Sy ada Duit Syiling 5 sen / $1Keetas / $1Dyiling Mas & Wang Kertas Negara Luar. Jika Nk Beli Call 016-8184234. Harga Boleh.. Runding Ikut Pasaran

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati