Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan

jpg 20230102 113220 0000

Terkini, PM umumkan Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat (BTR) bagi kategori keluarga yang dilaksanakan setakat ini akan diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini sangat komited untuk membantu keluarga yang bernasib baik kerana fokus utama kerajaan yang ada pada hari ini adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada kos sara hidup. Bila bercakap tentang kos sara hidup pasti kita mengetahui bahawa semua barang sedang meningkat sekarang ini.

Bermula daripada barang asas seperti beras, gula, minyak, tepung gandum sehinggalah barang-barang yang bukan keperluan asas. Tambah-tambah orang yang tinggalndi bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor pasti amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang tak kunjung turunnya.

Bukan sahaja Malaysia, negara-negara lain juga merasa tekanan dengan peningkatan kos sara hidup. Ini rentetan daripada beberapa faktor seperti inflasi negara yang sentiasa meningkat, kenaikan harga bahan mentah dan yang paling tepat untuk kita kaitkan pada waktu sekarang ini ialah, kita baru sahaja berada di pasca covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini. Kita baru sahaja pulih daripada wabak dan ekonomi baru sahaja dibuka, jadi amat wajarlah harga barang melambung tinggi.

Apa yang paling menyedihkan adalah golongan yang kurang bernasib baik seperti keluarga b40. Gaji yang mereka terima hanya cukup-cukup makan sahaja. Kadang-kadang tidak mencukupi dan terpaksa berhutang di hujung bulan. Itulah lumrah yang sentiasa golongan B40 hadapi lagi-lagi yang menetap di Kuala Lumpur yang mana kos sara hidup mereka lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Malaysia Malaysia, Dato’ Seri Anwar nin Ibrahim dibawah kerajaannya, Kerajaan Perpaduan hari ini telah mengumumkan inisiatif bantuan untuk keluarga Malaysia. Bantuan tersebut adalah, Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan diagihkan lebih awal pada Januari 2023 berbanding Mac tahun ini.

Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Keluarga

Permohonan Rumah PPR Tahun 2023
Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 ini akan memanfaatkan kira-kira 9 juta penerima dengan mengeluarkan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 untuk setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap pengeluaran awal ini dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat ketika ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Dimasuk Akaun) 2022 dan cadangan Bajet Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Macam mana nak buat Semakan Bantuan Tunai Rakyat BTR Samaada Lulus Atau Tidak

Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan
Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan

Individu atau keluarga yang telah menerima bantuan kerajaan seperti BSH, BPN, BPR dan BKM akan terus menerima bantuan ini.

Semakan boleh dilakukan di laman sesawang https://btr.hasil.gov.my (akan diaktifkan tidak lama lagi)

Berikut adalah merupakan cara-cara untuk membuat semakan bantuan sama ada lulus atau tidak;

  1. Langkah pertama adalah Klik pada bahagian “Log Masuk BTR” dan masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
  2. Kemudian, boleh klik “Semak”.
  3. Sila masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Paparan menu utama akan dipaparkan kepada pemohon.
  5. Klik pada bahagian “Semakan Status”.
  6. Akhir sekali, anda akan dapat lihat paparan status permohonan yang menunjukkan pemohon lulus untuk mendapat bantuan atau tidak.

Jadual Bayaran BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan dimanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut merupakan kategori penerima BTR yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan;

KATEGORIBILANGAN ANAK / PENDAPATANJUMLAH BANTUAN
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan5 orangRM2500
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan1-4 orangRM1000 – RM2000
Pendapatan isi rumah antara RM2500 sehingga RM5000Bergantung kepada bilangan anakRM500 – RM1250
BujangBergantung kepada pendapatanRM350
Warga emas tiada pasanganBergantung kepada pendapatanRM600
Ibu / Bapa TunggalBergantung kepada pendapatanTambahan RM500
Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan

Adakah Perlu Membuat Permohonan Baru atau Tidak Btr 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini adalah bantuan kewangan tahunan bagi penerima layak yang tersenarai sebagai layak menerima bantuan ini.

Oleh itu, individu yang telah menerima bantuan BKM lama TIDAK PERLU membuat permohonan baru untuk mendapatkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini.

Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan Tarikh Bayaran BTR 2023

Pemberian Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan disampaikan kepada rakyat pada Januari 2023 bagi Fasa 1.Tarikh khusus bagi pembayaran bantuan tersebut kepada akaun rakyat masih dalam perbincangan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat.

Makluman akan perihal ini akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi media media massa. Demikian itu, tarikh khusus bagi jadual pembayaran BTR bagi tahun 2023 masih tidak diketahui.

Syarat BTR Kelayakan Permohonan Bantuan Tunai Rakyat 2023

Oleh kerana BTR ini adalah bantuan tahunan yang dilanjutkan oleh kerajaan sebelum ini, maka syarat kelayakan bagi permohonan baru Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 adalah tidak berbeza seperti bantuan-bantuan sebelum ini.

Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi permohonan baru adalah seperti berikut;

1. Syarat Permohonan Isi Rumah

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon merupakan lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
  • bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang.
  • Pasangan pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia atau memiliki kad pengenalan Malaysia.
  • Anak pemohon mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dibawah JPN.
  • Anak pemohon mestilah memiliki kad pengenalan atau MyKid.
  • Anak pemohon juga hendaklah individu yang tidak bekerja atau masih belajar.

2. Syarat Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5000 atau kurang bagi yang berumur 60 tahun ke atas.

3. Syarat BTR Bujang

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 atau kurang bagi yang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun dan OKU yang berumur 19 tahun sehingga 59 tahun.

Permohonan Baru BTR 2023

BTR 2023 yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada tempoh hari lalu hanyalah kadar jumlah Fasa 1 yang bakal diterima oleh penerima.

Permohonan baru bagi bantuan ini masih tidak dibuka lagi. Segala maklumat permohonan akan dimaklum dalam masa yang terdekat.

Kemaskini Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

Pengumuman rasmi berkaitan BTR 2023 berkaitan pengemaskinian maklumat masih belum dimaklumkan.

Oleh itu, proses kemaskini belum boleh dilakukan dan ini akan dimaklumkan oleh kerajaan daripada semasa dan semasa.

Kemaskini ini perlu dilakukan oleh individu pemohon yang ingin membuat pindaan terhadap permohonan mereka sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut, rakyat boleh merujuk kepada laman sesawang https://btr.hasil.gov.my sebagai rujukan awal sebelum maklumat lengkap berkaitan BTR 2023 diumumkan.

Kenapa Bantuan Tunai Rakyat Diawalkan Ke Januari 2023

BTR 2023 yang asalnya ditetapkan pada Mac 2023 telah diawalkan ke bulan Januari 2023. Makluman ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Disember 2022. Tujuan pemberian bantuan ini diawalkan adalah untuk meringankan beban rakyat yang terlibat dalam bencana alam pada akhir tahun 2022.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati