Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KHAS IBUBAPA 2022 : PEMBERIAN BANTUAN CAR SEAT SUBSIDI RM150

Bantuan Car Seat
Bantuan Car Seat

Bantuan Khas Ibubapa 2022: Pemberian Bantuan Car Seat Subsidi Sebanyak RM150. Kerajaan Malaysia sekali lagi menunjukkan keprihatinan kepada rakyat Malaysia melalui sumbangan bantuan Car Seat kepada Ibubapa yang mempunyai anak layak untuk memohon.

Melalui pembentangan bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan bantuan melalui program peduli rakyat berupa bantuan subsidi Car Seat kepada setiap Ibubapa yang layak dan mengikuti kriteria yang ditetapkan. Bantuan tersebut diumukan adalah kerana melihatkan peningkatan jumlah kemalangan membabitkan penumpang belakang terutama kanak kanak kecil. Oleh itu, kerajaan Malaysia melalui kerjasama MIROS memperkenalkan dan membuka permohonan bantuan car seat 2022 dengan rebat diskaun sebanyak 50 peratus / subsidi RM150

Ia merupakan janji oleh kerajaan Malaysia menerusi pembentangan bajet malaysia sebelum ini untuk membantu meringankan beban kewangan melibatkan sekitar 180,000 penerima bantuan subsidi dan diskaun oleh kerajaan untuk pembelian kerusi penumpang kanak kanak.

Permohonan Bantuan Car Seat Bagi Tahun 2022 subsidi RM150

Ibubapa yang ingin memohon bantuan subsidi RM150 untuk pembelian Car Seat boleh dilakukan dengan beberapa langkah mudah sahaja.

Semak Kelayakan Bantuan Car Seat:

  1. Anda perlu buat semakan kelayakan terlebih dahulu, samada anda layak atau tidak untuk mohon dan claim subsidi dan rebat carseat b40. SEMAKAN LAYAK BANTUAN SUBSIDI RM150 CAR SEAT
  2. Jika anda dapati anda layak, anda perlu hantar permohonan bantuan subsidi car seat baby 2022 secara online. BORANG PERMOHONAN
mycrs
Bantuan Car Seat

Pembelian Car Seat

Permohonan Ibubapa yang berjaya mendapat bantuan subsidi sejumlah RM150 boleh membuat pembelian dan menebus subsidi Car Seat melalui pembelian di kedai yang diberi tauliah sahaja seperti yang disenaraikan di laman sesawang MIROS dengan harga rebat.

Senarai Wakil Penjual Yang Diberi Tauliah

Kelebihan Menggunakan Car Seat Bagi Ibubapa

  1. Memudahkan Pemanduan Ibubapa . Setiap kali memandu Ibubapa tidak akan terganggu dengan karenah anak-anak kerana kedudukan mereka  adalah tetap di Car Seat mereka. Sama juga dengan situasi dimana anak-anak meragam nak disusukan botol susu, sudah tidak menjadi masalah jika anak tetap di Car Seat di kerusi bahagian penumpang hadapan kerana Ibubapa dapat menyusukan anak dengan pergerakan kecil sahaja.
  2. Mengurangkan Risiko Kemalangan . Kajian mendapati, penggunaan Car Seat dapat mengurangkan risiko kemalangan dan mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Ini adalah kerana Car Seat yang dipasangkan di dalam kereta kedudukannya adalah tetap dan ia akan mengurangkan risiko hentaman anak-anak dibahagian tepi , hadapan dan belakang apabila berlaku perlanggaran.
  3. Memastikan Anak Dalam Keadaan Selamat Sepanjang Masa . Ibubapa akan merasakan perjalanan mereka berasa selesa apabila mengenakan anak-anak dengan Car Seat. Anak yang ditempatkan di Car Seat akan tetap di kedudukannya dan tidak akan bergerak kemana-mana di dalam kereta sehingga menganggu kosentrasi pemanduan Ibubapa. Bayangkan jika anda mempunyai anak yang masih kecil yang mampu mencapai apa-apa bentuk objek di dalam kereta pasti menimbulkan kegusaran kepada anda semasa pemanduan kereta. Oleh itu, Car Seat merupakan penyelesaiannya.
  4. Alternatif Menggantikan Stroller . Penggunaan Car Seat bukan sahaja boleh digunakan di dalam kereta sahaja, ia juga boleh digunakan bahkan dimana-mana sahaja dengan pelbagai fugsi antaranya alternatif menggantikan Stroller anak. Contohnya, kebiasaan Ibubapa mempunyai dua kereta. Antara masalah paling kerap berlaku, tertinggal Stroller dalam kereta lagi satu ketika di mereka di Mall atau Hypermarket. Hendak dukung anak nanti terasa susah hendak membeli barang. Jadi cara yang paling mudah ialah angkat Car Seat letakkan dalam troli. Selesai,ianya sangat praktikal. Ibu membawa troli berisi Car Seat, Bapa bawa troli berisi barang shopping.

“Guna Car Seat,Hati Senang Dan Anak Pun Selamat”

Bantuan Khas Ibubapa Pemberian Bantuan Car Seat Subsidi Sebanyak RM150 merupakan bantuan yang amat membantu golongan Ibubapa dalam menguruskan hal anak-anak. Usaha kerajaan dalam memupuk Ibubapa mengunakan Car Seat harus diberi pujian kerana ia akan mengurangkan risiko kemalangan kepada anak-anak.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati