Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini merujuk kepada iklan pengambilan Personal MySTEP Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2021 (Jumaat). Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Personel MySTEP bagi jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Butiran Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Isi Kandungan
- JAWATAN: Personel MySTEP (Gred 29)
- GAJI DITAWARKAN: RM 1,800.00 Sebulan (Diploma)
- KEKOSONGAN: Dua (2) Calon (Pembangunan Sistem)
- LOKASI BERTUGAS:
Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM),
No.2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya - KEMUDAHAN: Caruman KWSP, Cuti Rehat dan Cuti Sakit
Deskripsi Tugas – Pembangunan Sistem
- Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Kelebihan diberikan kepada pegawai yang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework (keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dalam Yii atau Laravel);
- Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;
- Mengumpul maklumat keperluan pembangunan sistem aplikasi mengikut keperluan pengguna dan keperluan sistem;
- Menyediakan dokumen Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT), Pengujian Penerimaan Akhir (FAT) dan melaksanakan pemasangan (deployment) sistem; dan
- Membantu dalam perlaksanaan Latihan serta penyediaan dokumentasi yang
berkaitan dengan sistem.
Syarat Kelayakan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi
Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; - Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas
mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; - Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum;
- Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan
- Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: Iklan_Jawatan_Kosong_PersonelMySTEP_BPRM_14122021
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume dan gambar berukuran
pasport serta salinan sijil diploma kepada e-mel: [email protected]
Peringatan Mesra
- HANYA CALON YANG MELEPASI TAPISAN SAHAJA AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMU DUGA.
- PERMOHONAN YANG TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN/PANGGILAN TEMU DUGA SELEPAS SATU (1) BULAN DARIPADA TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Semakan Keputusan Temu Duga Terkini 9 Opsyen Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One Off Tahun 2021
- Jawatan Kosong SPA Negeri Kedah
- Jawatan Kosong Tetap Dewan Bahasa dan Pustaka
- Jawatan Kosong Pegawai Syariah Gred LS41
- Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Jawatan Kosong Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
- Jawatan Kosong Kontrak PERHILITAN Renjer Hidupan Liar
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!