Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta
Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta! Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini menawarkan kursus Kecerdasan Buatan (AI) secara percuma melalui platform Massive Open Online Course (MOOC). Kursus ini dilengkapi dengan sijil pengiktirafan peserta, membolehkan individu dari pelbagai latar belakang untuk memperolehi pengetahuan mendalam tentang AI tanpa sebarang kos.

Program ini sangat bermanfaat bagi guru-guru, pelajar, dan profesional yang ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi. SGO kongsikan secara terperinci tentang apa itu Kursus AI UTM, cara-cara permohonan, serta kelebihan yang ditawarkan.

Apa itu Kursus AI UTM?

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta
Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Kursus AI UTM adalah kursus dalam talian yang direka untuk memberikan pengenalan dan pemahaman mendalam tentang Kecerdasan Buatan. Ia ditawarkan oleh UTM melalui platform MOOC yang membolehkan akses pembelajaran secara fleksibel, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kursus ini melibatkan tempoh pembelajaran sebanyak 5 jam kredit, di mana peserta akan menonton video pembelajaran, berinteraksi dengan rakan-rakan pelajar, dan menjawab kuiz untuk mengukuhkan pemahaman.

Di akhir kursus, peserta akan menerima sijil pengiktirafan rasmi daripada UTM, yang boleh digunakan sebagai bukti penguasaan dalam bidang AI.

Cara Permohonan Kursus AI UTM

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Sebagai alumni UTM, Mohd Faruze telah mempromosikan salah satu program UTM iaitu Massive Open Online Course (MOOC) dalam bidang AI. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon kursus ini:

  1. Buka laman web: Pergi ke pautan Kursus AI Pendidikan UTM.
  2. Klik butang “Join Now”: Pada halaman utama kursus, klik butang “Join Now” untuk memulakan proses pendaftaran.
  3. Sunting nama untuk sijil: Pada paparan welcome, pastikan untuk menyunting nama anda yang akan digunakan pada sijil.
  4. Klik “I agree”: Setuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan untuk memulakan pembelajaran.
  5. Klik “Start Learning”: Mulakan sesi pembelajaran dengan menekan butang “Start Learning”.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapat mengakses kursus AI secara percuma dan memulakan pembelajaran anda.

Kelebihan Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan sekiranya anda buat permohonan kursus AI UTM:

  • Percuma: Tidak memerlukan sebarang bayaran, membolehkan sesiapa sahaja untuk belajar tanpa kos.
  • Fleksibel: Belajar bila-bila masa dan di mana sahaja sesuai dengan jadual anda.
  • Sijil Pengiktirafan: Menerima sijil rasmi daripada UTM sebagai bukti penguasaan dalam bidang AI.
  • Pengetahuan Mendalam: Kursus ini diajar oleh pensyarah berpengalaman seperti PM Dr Ts Zaida Tasir dan PM Dr Nurbiha A Shukor.
  • Pembelajaran Berkesan: Melibatkan video pembelajaran, kuiz, dan interaksi dengan pelajar lain untuk pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif.
  • Manfaat untuk Guru: Guru-guru boleh merekodkan pembelajaran ini dalam SPLKPM P06-Pembelajaran Kendiri dengan mata kredit 5 jam.

Dengan adanya kursus ini, anda tidak perlu merasa kerdil untuk berkongsi ilmu tentang AI dengan masyarakat. Sertai kursus ini dan jadilah sebahagian daripada revolusi AI!

“AI won’t replace educators, but it will replace educators who don’t use AI”.

Selamat mencuba!

2 KOMEN

  1. assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain Segala pujian hanya tertentu bagi Allah pemilik sekalian alam semesta Allahumma Sholli alaa Syaidina Muhammad wa’alaa ali Syaidina Muhammad..
    Pertama berpegang teguh pada agama serta menegakkan rukunnya Merupakan asas bagi segala kekuatan Dan perisai wajib untuk mempertahankan Hak seseorang, Harta benda negara, kebebasan dan kemuliaan diri yang demikian adalah menjadi kewajipan tiap-tiap penganjur dakwah Islamiyyah para mujadid hendaknya mengerahkan sekuat tenaga dan mengerahkan segala kekuatannya demi mempertahankan kesucian agama ini dari sebarang pencerobohan. Negara juga tapak untuk menegakkan agama dan harta kekayaan hidup pula sebagai senjata mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama, Andaikata keadaan terpaksa menggadaikan segala sesuatu demi kesucian agama maka di masa itu mestilah dilakukan apa sahaja demi Bagi membolehkan nya membela agama.
    Tidak ada erti hidup tanpa agama, tidak ada erti hidup seki- ranya agama sudah hancur, malah penghidupan tanpa agama lambat laun akan musnah dan binasa Sekiranya agama dapat mengambil tempatnya dalam tiap hati sanubari manusia, suruh- annya dapat dipraktikan di dalam masyarakat, percayalah baha- wa segala apa yang dikorbankan demi kesucian agama itu tidak hilang begitu saja malah bangsa itu dianggap segagah-gagah bangsa dara dan kesucian agamanya tidak dicerobohi.
    Ini adalah undang-undang Tuhan di muka bumi ini sejak dahulu lagi, di mana kekuatan rohani merupakan bekalan pelin- dung dan ‘azimat untuk mengawasi dan mengawal kedaulatar dan keutuhan kebendaan setiap bangsa yang tinggi akhlaq, aqidah kepercayaannya yang sihat dan penghidupan kemasya rakatannya yang harmoni, maka suasana kebendaannya jugə turut seimbang dan kukuh. Bangsa yang pincang, masyarakat yang akhlagnya sudah runtuh dan ‘aqidah pegangan sudah tidak

  2. Wujudnya ketenangan dan keharmonian dalam
    hubungan keluarga Mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT Membina sahsiah yang baik di kalangan anak-anak dan anggota keluarga yang lain Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga Dihormati oleh ma syarakat dan Menjadi teladan kepada orang lain. Keharmonian hidup sesebuah keluarga terletak kepada nilai akhlak yang dimiliki oleh mereka. Akhlak yang baik akan membentuk kefahaman yang jelas tentang tujuan dan masa depan mereka, sedangkan akhlak yang buruk bukan sahaja akan membawa kepada keruntuhan sesebuah keluarga malah melibatkan masyarakat sekitarnya. Peranan akhlak dalam pembinaan sesebuah keluarga yang berjaya perlu melibatkan pelbagai pihak sama ada ibu bapa, anak-anak malah masyarakat keseluruhannya. Keluarga yang mengamalkan akhlak mulia akan menyumbang kepada kemajuan. Justeru, Islam melihat persoalan akhlak sebagai titik tolak kepada pembinaan masyarakat yang berjaya dan ia merupakan prasyarat ke arah mewujudkan sebuah negara yang aman dan diredhai oleh Allah SWT.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati