Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semakan Keputusan Temu Duga Terkini 9 Opsyen Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One Off Tahun 2021

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Semakan Keputusan Temu Duga Terkini 9 Opsyen Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One Off Tahun 2021. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) baru sahaja mengeluarkan Hebahan Keputusan Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 (Sembilan Opsyen) bagi opsyen-opsyen mata pelajaran selain daripada fasa satu dan fasa dua tempoh hari.

Senarai 9 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Opsyen Mata Pelajaran yang Terlibat

Keputusan temu duga adalah bagi opsyen–opsyen seperti berikut:

  1. BAHASA INGGERIS;
  2. BAHASA MELAYU;
  3. PENDIDIKAN KHAS;
  4. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN;
  5. PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL;
  6. BIMBINGAN DAN KAUNSELING;
  7. REKA CIPTA;
  8. GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL; dan
  9. PENDIDIKAN ISLAM.

Cara Semakan

dfsdfsdfsdf
Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan berikut
Semakan Temu Duga Fasa 1 SPP

Tindakan Selanjutnya yang Perlu Dilakukan oleh Calon-calon yang Berjaya

  • Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.
  • Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  • Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
  • Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
  • Bagi calon yang menerima keputusan temu duga “CALON PERLU MENGEMUKAKAN DOKUMEN SEBELUM 15 DISEMBER 2021”, calon perlu menghubungi talian yang dinyatakan di bawah dan mengemukakan dokumen yang masih belum lengkap dengan segera sebelum jam 11.59 malam pada 14 Disember 2021.
  • Manakala bagi calon yang menerima keputusan temu duga “TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA”, keputusan temu duga calon akan dihebahkan selepas selesai hebahan keputusan temu duga bagi Fasa 3.

Maklumat Lanjut

  • Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara One Off tahun 2021 ini boleh dirujuk menerusi pautan rasmi Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
  • Urusan Pengambilan: 03 – 8893 4019 / 03 – 8893 4020

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Temu Duga Terkini 9 Opsyen Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One Off Tahun 2021 ini bermanfaat kepada anda semua. Para pemohon yang berjaya dalam keputusan temu duga ini digalakkan untuk peka dengan tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh pihak anda. Anda semua juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini dengan sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati