Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Biasiswa Kemasukan ke (AIU)

AIU

Permohonan Biasiswa Kemasukan ke AlBukhary International University (AIU) telah dibuka untuk kemasukan Oktober 2021.

Para pelajar yang masih belum mendapat tawaran atau belum mendaftar bagi melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA/IPTS digalakkan untuk memohon kemasukan ke AlBukhary International University (AIU). Mereka juga berpeluang mendapatkan biasiswa yang ditawarkan untuk memasuki institut tersebut.

Bagi pengetahuan semua, AIU adalah antara sebuah institusi pendidikan bertaraf swasta yang terkemuka di Malaysia. Pengasas bagi institusi ini ialah ahli perniagaan terkemuka di negara iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Institusi AIU terletak di Alor Setar dan sudah 11 tahun beroperasi sejak tahun 2010. Terdapat 9 jenis kursus yang ditawarkan kepada pelajar yang berhasrat menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti ini.

Semua pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di universiti ini boleh membuat permohonan serta berpeluang untuk mendapat penajaan biasiswa sepanjang tempoh pengajian yang bakal bermula pada sesi pengambilan Oktober 2021.

Tawaran Biasiswa Kemasukan ke AIU

Biasiswa Kemasukan aiu

Tarikh Permohonan

Tarikh Buka : 26 Ogos 2021

Tarikh Tutup : 30 September 2021

Pembiayaian

Biasiswa kemasukan yang ditawarkan merangkumi beberapa perkara seperti:

  • Yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian 3 tahun dibiayai sepenuhnya
  • Yuran penginapan pelajar (asrama) juga dibiayai sepanjang 3 tahun tempoh pengajian
  • Elaun makan juga diberikan sepanjang 3 tahun pengajian.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Kemasukan AIU

  1. Pemohon mestilah berstatus bujang
  2. Permohonan terbuka kepada semua jantina (lelaki dan perempuan)
  3. Pemohon mestilah berusia antara 18 hingga 22 tahun
  4. Pendapatan ibu bapa pemohon adalah minima RM 2,900 sebulan
  5. Pemohon mempunyai minimum CGPA 2.80 dan ke atas pada peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi atau yang setaraf dengannya.

Cara Permohonan

Semua pelajar yang berminat digalakkan untuk memohon mengikut langkah-langkah berikut :

  • Pemohon hendaklah melayari laman web
  • Untuk pengguna kali pertama, sila klik bahagian ‘First Time Login?
  • Kemudian, pelajar perlu mengisi maklumat yang dikehendaki serta muat naik gambar berukuran passport.
  • Klik butang ‘Register.’
  • Seterusnya, pelajar boleh log masuk dengan menggunakan email dan dan kata laluan yang telah didaftar.
  • Pastikan pelajar mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul sebelum menghantar permohonan anda.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

AIU

Senarai Bidang Pengajian yang Ditawarkan

  1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
  3. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).
  4. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia.
  5. Ijazah Sarjana Muda Pembangunan dan Sosial (Kepujian).
  6. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah (Kepujian).
  7. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian).
  8. Ijazah Sarjana Muda Media dan Komunikasi (Kepujian).
  9. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian).

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada pihak AIU seperti berikut:

Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Skim Bantuan Pelajaran Am MAIPk 2021 dan lain-lain.

Perkongsian Bersama 

Semoga perkongsian berkaitan Permohonan Biasiswa Kemasukan ke AlBukhary International University (AIU) ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana muda. Galakkan anak-anak anda untuk melanjutkan pelajaran dan menuntut ilmu bagi kegunaan masa hadapan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati