Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Insentif Pendidikan Pelbagai Peringkat dari Koperasi Polis

Permohonan Insentif Pendidikan
Permohonan Insentif Pendidikan

Permohonan Insentif Pendidikan Pelbagai Peringkat dari Koperasi Polis kepada anak-anak anggota polis yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran tidak kira peringkat rendah atau tinggi. Mereka digalakkan untuk memohon Insentif Pendidikan daripada Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM).

Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM)

KPDRM merupakan sebuah institusi kewangan diiktiraf oleh Parlimen sebagai Agensi Dana Bumiputra dimana ianya berkembang sebagai sebuah koperasi untuk mengendalikan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat. Kini nilai asset yang dimiliki oleh KPDRM ialah sebanyak RM689.5 juta.

Insentif Pendidikan KPDRM

Pihak KPDRM memperkenalkan Insentif Pendidikan KPDRM ini adalah sebagai tanda penghargaan dan menghargai anak-anak anggita Polis yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Justeru itu, anak-anak anggota polis yang layak memohon dan memenuhi syarat boleh membuat permohonan untuk mendapat Intensif Pendidikan ini.

Insentif Pendidikan KPDRM

Maklumat Penting Insentif Pendidikan

Tarikh Tutup : Tiga bulan lepas keputusan peperiksaan diumumkan

Kadar Insentif

  1. Insentif Pelajaran Rendah
RENDAH

2. Insentif Pelajaran Tinggi

atas

Syarat-syarat Kelayakan untuk Permohonan Insentif Pendidikan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  • Insentif Pendidikan ini hanyalah terbuka untuk anggota dan anak-anak Anggota Koperasi Polis sahaja.
  • Bagi anak anggota yang telah berkahwin tidak dibenarkan untuk memohon.
  • Keanggotaan ibu bapa atau penjaga dan anggota yang memohon mestilah tidak kurang 5 tahun berturut-turut pada keanggotaan pertama dan tidak kurang 3 tahun berturut-turut pada keanggotaan kedua dari tarikh tutup iklan permohonan.
  • Sekiranya bekas anggota yang telah berhenti dengan sebab bersara atau meninggal dunia dan memenuhi syarat di nombor 1, anak-anak mereka dibenarkan untuk memohon.
  • Manakala anggota Polis yang berhenti dengan sebab peribadi permohonan anak mereka tidak akan dipertimbangkan.
  • Insentif Pelajaran Rendah dibuka kepada pelajar cemerlang yang memenuhi syarat kelayakan semasa.
  • Insentif Pelajaran Tinggi pula bagi pelajar tahun akhir sahaja yang telah mendapat keputusan keseluruhan dan tamat pengajian dalam tempoh ditetapkan.
  • Selain itu, keputusan telah disahkan lulus untuk memegang sijil peringkat Diploma atau Ijazah. Gred keseluruhan (CGPA) mestilah mengikut syarat yang ditetapkan seperti di jadual di atas.
  • Pemohon yang menuntut dalam kursus-kursus pengajian di IPTS perlu mendapat pengesahan/pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
  • Bayaran Insentif Pelajaran diberi secara One-off bagi setiap kategori.

Cara Permohonan

  1. Permohonan perlu dikemukan secara manual dengan memuat turun borang permohonan di bawah.
  2. Pastikan pemohon melengkapkan borang permohonan dengan lengkap, betul dan teliti.
  3. Kemudian, borang permohonan tersebut perlulah dihantar kepada pejabat Koperasi Polis beralamat:

Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad,
No 1, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut berkaitan Insentif Pendidikan KPDRM, boleh diajukan kepada pihak berkaitan Koperasi Polis seperti berikut:

Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor dan lain-lain.

Perkongsian Bersama 

Semoga perkongsian berkaitan Permohonan Insentif Pendidikan Pelbagai Peringkat dari Koperasi Polis ini dapat memberi manfaat kepada anggota polis yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran mengikut kategori ditetapkan. Sila sebar dan berkongsi artikel ini dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang layak menerima bantuan ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati