Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cadangan Tutup Sekolah UV Tinggi Di Beberapa Negeri

KPM Perlu Tutup Sekolah UV Tinggi Di Beberapa Negeri

Perlu untuk tutup sekolah UV tinggi atas faktor-faktor kesihatan. Negara Malaysia kini sedang melalui fenomena el-nino atau kemarau musim panas yang mana terdapat beberapa negeri mencatat suhu panas yang tinggi. Ekoran cuaca panas, Sinaran UV juga didapati meningkat terutama di negeri pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kerajaan Malaysia juga mengesahkan bahawa cuaca kemarau yang luar biasa panas dijangka berlarutan. Ekoran itu terdapat kebimbangan dikalangan ibu bapa yang memohon KPM menutup sekolah akibat cuaca panas dan bacaan UV yang tinggi. Berikut adalah beberapa isu mengenai tutup sekolah UV tinggi.

Berkenaan Tutup Sekolah UV Tinggi Di Beberapa Negeri

Memandangkan keadaan di Malaysia mencatat suhu yang tinggi akibat cuaca panas melampau, suhu yang dicatatkan masih diparas tidak merbahaya kerana masih dibawah 40 darjah. Walaubagaimanapun, risiko akibat cuaca panas tetap ada dan boleh memberi mudarat kepada mereka yang tidak mengambil cakna keadaan cuaca panas. Terutama kepada golongan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian.

Cadangan Kepada KPM Perlu Tutup Sekolah

Tutup Sekolah UV Tinggi
Tutup Sekolah UV Tinggi

Tular di media sosial, Facebook berkenaan perkongsian daripada SoleiDawn Skyrose yang mengatakan bahawa perlu tutup sekolah UV tinggi di beberapa negeri yang dipaparkan. Berdasarkan perkongsian yang dibuat, negeri yang mencatat paras bacaan UV tinggi adalah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya lagi, beliau mengatakan bahawa kesan daripada UV boleh menyebabkan lebih serius pada penyakit seperti masalah pernafasan dan migraine. Untuk kanak-kanak ia boleh menjejaska kesihatan dan membawa demam panas, muntah-muntah dan dehidrasi.

Beliau mengatakan bahawa negara seperti Bangladesh dan Filipina sudah mengambil keputusan untuk menutup sekolah kerana tahap kepanasan dan UV yang tinggi. Hal ini mengambil kira yang sama kerana situasi yang berlaku di negara tersebut adalah sama berlaku di negeri dalam Malaysia.

Kesan Bahaya UV Pada Kesihatan

Kesan Bahaya UV Pada Kesihatan tutup sekolah uv tinggi
Tutup Sekolah UV Tinggi

KPM dan Ibu bapa perlu cakna dengan pendedahan berlebihan kepada sinaran UV kepada anak-anak yang mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan terutamanya pada kulit, mata, dan sistem imun. Berikut adalah beberapa kesan bahaya utama:

  1. Penyebab Kanser Kulit. Pendedahan yang lama kepada sinaran UV meningkatkan risiko untuk kanser kulit, termasuk kanser kulit bukan melanoma dan melanoma malignan. Kanser kulit bukan melanoma boleh dirawat dengan pembedahan, bahkan melanoma malignan adalah lebih serius dan boleh membawa kes kepada kematian.
  2. Penyebab Katarak Mata. Sinaran UV adalah sebab risiko utama dalam pembentukan katarak, yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta pada seseorang. Pendedahan berterusan kepada sinaran UV boleh meningkatkan risiko pembentukan katarak mata.
  3. Kesan Penuaan Kulit Pra-Matang. Sinaran UV boleh sebabkan perubahan pada sel-sel kulit, tisu gentian, dan saluran darah, yang mengakibatkan penuaan kulit pra-matang, termasuk kedutan, ruam, dan kulit bersisik.
  4. Penyebab Keradangan Mata. Pendedahan berpanjangan kepada sinaran UV boleh menyebabkan keradangan pada mata, yang boleh membawa kepada masalah penglihatan dan keselesaan mata.
  5. Merencatkan Sistem Imunisasi Badan. Sinaran UV juga boleh merencatkan sistem imun, meningkatkan risiko penyakit berjangkit, dan mengurangkan keberkesanan pemvaksinan.
  6. Penyebab Masalah Kulit Lain. Selain itu, sinaran UV juga boleh menyebabkan masalah kulit lain seperti selaran matahari (erythema), ruam kulit, dan kulit bersisik.

Oleh itu, penting untuk mengambil langkah-langkah dalam melindungi diri dari pendedahan berlebihan kepada sinaran UV, termasuk penggunaan pelindung matahari, pakaian perlindungan, dan mengelakkan berjemur pada waktu yang terlalu panas. Boleh rujuk cara dan langkah penjagaan ketika musim panas dibawah.

Langkah-Langkah Penjagaan Musim Panas

KPM sebelum ini telah menggariskan beberapa panduan yang mesti diikuti sebagai langkah keselamatan dan menjaga kesihatan ketika panas. Berikut adalah langkah-langkah penjagaan yang boleh diambil:

  • Guna Pelindung Matahari (Sunscreen). Ibu bapa atau KPM boleh mengambil inisiatif dengan sediakan losyen sunscreen. Gunakan pelindung matahari dengan SPF yang mencukupi (Ideal SPF 30 atau lebih tinggi) Didik anak setiap kali keluar, terutamanya pada wajah, leher, tangan, dan bahagian kulit yang terdedah hendaklah disapu sunscreen terlebih dahulu.
  • Pakai Pakaian yang Tertutup. Didik anak kenakan pakaian yang melindungi kulit dari sinaran UV, seperti topi sudu, kemeja lengan panjang, dan kain yang berwarna putih.
  • Elakkan Terik Panas Matahari. Ibu bapa boleh ajar anak supaya sentiasa mencari kawasan teduh terutama cuaca panas terik diantar 10 pagi sehingga 4 petang dimana ia didapati sinaran UV yang kuat. Pastikan juga untuk bekalkan payung sebagai langkah penjagaan.
  • Pastikan Anak Minum Air Secukupnya. Kesan dehidrasi boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Ibu bapa boleh didik anak dan bekalkan botol air besar contohnya supaya anak lebih teratur dalam menjaga keperluan air untuk anak.

Disamping itu, selepas mengikuti perbincangan mengenai cuaca panas dan sinaran UV ini, wajar untuk KPM melaksanakan tutup sekolah UV tinggi di negeri yang terlibat. Keselamatan anak adalah yang utama.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati