Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 MRSM 2022 secara Atas Talian

t14 mrsm

Permohonan secara Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2022 bermula 29 Ogos 2021 sehingga 5 November 2021.

Makluman kepada ibu bapa atau penjaga pelajar yang berminat, kemasukan ke MRSM telah mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk menguji tahap potensi calon dimana ia membabitkan mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris beserta Ujian Keperibadian.

Manakala, bagi pemohon yang ingin memasuki program Ulul Albab, mereka diwajibkan untuk mengambil ujian hafazan sebagai syarat kelayakan tambahan.

Maktab Rendah Sains MARA

MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 bermula pada 29 Ogos sehingga 5 November 2021.

Calon yang berminat perlu lulus keempat-empat UKKM untuk membolehkan diri mereka memasuki program MRSM dan keutaaman akan diberikan kepada golongan pelajar yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah.

mrsm

Syarat-syarat Kemasukan

Kemasukan pelajar MRSM ini mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta mempunyai akademik cemerlang, sahsiah diri dan aktif dalam kokurikulum untuk memohon.

Calon yang tergolong dalam kategori keluarga berpendapatan rendah iaitu pendapatan bawah 40 peratus (B40) akan diberikan keutamaan.

Syarat Umum

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah membuat permohonan secara online.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon mestilah mempunyai pencapain akademik yang cemerlang
  6. Calon sihat tubuh badan dan aktif dalam aktiviti kokurikulum
  7. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Cara Permohonan MRSM

Berikut adalah cara membuat permohonan MRSM bagi calon yang bakal memasuki Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2022.

  1. Calon perlu pergi ke laman web rasmi MARA
  2. Pastikan calon telah membaca dan meneliti syarat permohonan serta maklumat semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
  3. Untuk memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi calon yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, mesej akan dipaparkan.
  6. Kemudian, calon boleh log masuk menggunakan maklumat yang didaftarkan.
  7. Calon dikehendaki melengkapkan semua maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian pada ruangan yang disediakan.
  8. Pada bahagian Perakuan, sila pastikan calon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pengakuan ibu bapa/penjaga untuk proses pengesahan bahawa semua maklumat adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Mesej paparan akan ditunjukkan sekiranya permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Peringatan kepada calon tentang Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

  • Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek
  • Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang ditetapkan dalam sistem permohonan
  • Ujian kebiasaanya dijalankan bulan September hingga Disember 2021.
  • Pastikan calon membawa dokumen berikut:
    • Salinan kad pengenalan
    • Salinan sijil kelahiran calon
    • Borang pengesahan pendapatan (jika perlu)
    • Borang pengesahan FELDA (jika perlu)
    • Slip menduduki UKKM

Maklumat Program MRSM

Maklumat program yang ditawarkan oleh MRSM adalah seperti berikut:

  1. Program IGCSE
    • Menawarkan 2 jenis sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  2. International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)
    • Mengintegrasikan pelan IB MYP yang berteraskan STEM
  3. Program Teknikal
    • Berlandaskan elemen teknikal berteraskan STEM melalui subjek Sains Kejuruteraan
  4. Program Ulul Albab
    • Penerapan gabungan antara kurikulum berteraskan STEM dan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  5. Program Premier
    • Mengintegrasikan gabungan antara kukikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  6. Program Khas Pendidikan (PKP)
    • Menerapkan kaedah pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keraguan, sila hubungi pihak MARA melalui :

Selain itu, kami juga ada kongsikan berkaitan Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021, Bantuan One-off Pengajian Tinggi PIJ dan pelbagai lagi.

Perkongsian

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan secara Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2022 memberikan informasi terkini kepada ibu bapa dan pelajar di luar tentang maklumat terkini berkaitan pendidikan di Malaysia.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati