Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Umum Penjawat Awam Dilantik Kontrak Bermula 1 Februari 2024

Kerajaan Umum Penjawat Awam Dilantik Kontrak Bermula 1 Februari 2024

Kerajaan umum penjawat awam dilantik kontrak bermula 1 Februari 2024. Ini adalah merupakan langkah Kerajaan dalam melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif mengenai kaedah lantikan baharu diumumkan untuk mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara Malaysia.

Inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, ia juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa yang panjang. Inisiatif penjawat awam dilantik kontrak itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

Pengumuman Kerajaan Mengenai Penjawat Awam Dilantik Kontrak Bermula Februari

Kerajaan Putuskan untuk Wujudkan Kaedah Lantikan Tetap

Kerajaan Malaysia melalui mesyuarat Jemaah Menteri yang berlansung pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya kaedah baharu untuk lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan. Kemudian, Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut.

Oleh itu, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan pengambilan penjawat awam dilantik kontrak dan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

Penjawat Awam Lantikan Kontrak Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan

Kaedah pelaksanaan penjawat awam lantikan kontrak ini adalah mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

Penjawat Awam Dilantik Kontrak
Penjawat Awam Dilantik Kontrak

Dalam pada itu, lantikan kontrak (COS) yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000.

Susulan itu, Diingatkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan proses ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuat kuasa.

Semua Lantikan Baharu Kerajaan Dilantik Secara Kontrak

SPA Kata Penjawat Awam Lantikan Kontrak Adalah Sementara

Pengambilan secara lantikan kontrak bagi perkhidmatan awam merupakan langkah interim iaitu bersifat sementara ke arah pelaksanaan kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan penjawat awam.

image 193

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga bagi kenyataan bahawa mereka memaklumkan penjawat awam lantikan kontrak adalah mereka yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik juga secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan nanti.

Lantikan Sementara Akan Jadi Tetap Mengikut Prestasi

Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya. Pelantikan ini adalah merujuk pada peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan.

Berikut adalah mereka yang mempunyai kuasa membuat pertimbangan dalam lantikan kontrak:

  • KPPA
  • Ketua Perkhidmatan
  • Ketua Setiausaha Kementerian

Menurut JPA lagi, kerajaan pada 12 Julai 2023 telah putuskan supaya suatu kaedah baharu untuk lantikan tetap pegawai awam diperkenal ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.

Berapa Lama Tempoh Penjawat Awam Dilantik Kontrak?

Tempoh kontrak untuk pegawai yang dilantik secara kontrak (interim) adalah selama tiga tahun atau sehingga kaedah baharu lantikan tetap berkuat kuasa. Berkenaan gaji pegawai lantikan kontrak (interim) adalah sama seperti pegawai lantikan tetap sahaja.

Disamping itu, faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim) adalah berdasarkan peraturan serta dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP).

Proses Pelantikan Penjawat Awam Dilantik Kontrak

Proses penilaian prestasi untuk pegawai kontrak (interim) adalah mengikut polisi dan peraturan semasa yang berkuat kuasa manakala proses pemberhentian atau penamatan pegawai adalah berdasarkan terma kontrak.

Dalam pada itu, dalam urusan penentuan gaji permulaan semasa lantikan kontrak (interim) mengambil kira pengalaman sektor pekerjaan terdahulu, JPA boleh pertimbang melalui Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada peraturan dan dasar semasa yang sedang berkuat kuasa.

Soalan FAQs Berkenaan Penjawat Awam Lantikan Kontrak

Kenapa wujudkan penjawat awam lantikan kontrak?

Menurut JPA, mereka memaklumkan keputusan itu diambil untuk memastikan kemampanan kewangan kerajaan untuk jangka panjang.

Bagaimana urusan lantikan kontrak dilaksanakan?

JPA memaklumkan urusan lantikan kontrak (interim) dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada lantikan Pegawai Awam Persekutuan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menurut JPA, permohonan lantikan kontrak (interim) adalah seperti lantikan tetap sebelum ini menerusi permohonan portal SPA9 dengan semua urusan pengambilan dilaksanakan oleh pihak SPA.

Adakah skim polis dan askar dilaksanakan secara kontrak?

Menurut JPA, untuk Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis dikecualikan bagi urusan berkenaan.

Berapa lama tempoh kontrak?

Selama 3 tahun sehingga kaedah baharu diumumkan oleh SPA.

2 KOMEN

  1. Tidak Setuju.Kecuali:
    1)Gaji lantikan kontrak tinggi bermula daripada rm3k disebabkan mengambilkan kadar potongan wajib yang ditetapkan cth socso atau perkeso atau EPF.
    2) Tiada jaminan selepas 3 tahun kontrak akan dilantik atau diserap ke jawatan tetap,walaupun pekerja mempamerkan kerja yang bagus sebab prestasi dinilai semacam sama seperrti cara ssm.Maknanya siapa kawan paling best dgn pegawai penilai itulah yang dapat jawatan tetap.
    3) Jika jawatan kontrak ia membazirkan masa pekerja dalam 3 tahun bekerja bersunggu sungguh kemudian tidak dapat dilantik ke jawatan tetap maka masa dan umur pekerja tersebut hanyalah merupakam pembaziran.Kerana umur yang suda meningkat belum tentu akan mendapat perkerjaan laun terutamanya sektor swasta.
    Diharap kerajaan lebih peka dan jangan terlalu meniru sistem negara luar yang tidak semestinya sesuai didalam negara kita.

  2. Setuju, juga mencadangkan :
    1) semua staff baru mencarum dlm skim kwsp,
    dgn syarat potongan Bahagian kerajaan dibayar lebih 15%.
    2) kementerian kesihatan juga dikekalkan ,sebab front liners.
    3) kementerian Pendidikan juga dikekalkan jawatan berpencen.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati