Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Menyertai Program Genius Negara di Pusat Genius Seluruh Negara Dibuka

Program Genius Negara

Permohonan Menyertai Program Genius Negara di Pusat Genius Seluruh Negara Telah Dibuka untuk tahun 2022. Ianya terbuka kepada kanak-kanak di seluruh negara yang berusia 4 tahun ke bawah. Permohonan ini dibuka dan dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2021.

Kepada semua ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk mendaftar dan menghantar anak mereka boleh melihat maklumat-maklumat yang akan kami kongsikan di bawah.

Permohonan Menyertai Program Genius Negara 2021

Program GENIUS telah menukar nama yang mana sebelum ini dikenali sebagai PERMATA untuk menyelaraskan pembaharuan struktur bagi program berkenaan.

Pelbagai program telah dilaksanakan dibawah kendalian Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program Genius Negara merupakan salah satu program yang telah dijalankan.

Tujuan program ini dijalankan adalah menyediakan asuhan dan pendidikan kepada kanak-kanak dibawah usia 4 tahun yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah.

Maklumat dan Syarat Permohonan

Tarikh Permohonan : 15 Oktober 2021

Syarat Permohonan

  • Anak yang ingin mendaftar merupakan warganegara Malaysia
  • Haruslah berusia 4 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa RM 4000 be bawah akan diberi keutamaan

Cara Memohon

  1. Permohonan perlulah dilakukan dengan melengkapkan maklumat yang dikehendaki di dalam borang permohonan. Borang permohonan boleh dimuat turun di berikut:
  2. Borang permohonan perlulah dilampiran bersama dokumen-dokumen dalam senarai semak di bawah iaitu:
    • Salinan surat beranak
    • Salinan Kad Pengenalan anak
    • Salinan buku kesihatan anak (bahagian muka hadapan dan rekod vaksin)
    • Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
    • Sekiranya ibu bapa bekerja sendiri, perlukan menyediakan surat pengesahan tidak bekerja.
pusat anak genius negara 1017x1024 1

Keistimewaan Program Genius Negara

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  • Melaksanakan kurikulum yang berlandaskan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
  • Menggunakan pendekatan pengajaran secara belajar sambil bermain
    • Menerapkan konsep 3E iaitu ( Exploring, Experimenting and Experiencing)

Berikut adalah senarai lokasi Pusat Genius di seluruh negara:

Untuk maklumat lanjut tentang Program Anak Genius, sila hubungi saluran berikut:

Kami juga ada kongsikan beberapa artikel menarik seperti Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41, Pengurangan Saman JPJ 70% Sempena Kemerdekaan.

Permohonan Menyertai Program Genius Negara 2021
Permohonan Menyertai Program Genius Negara 2021

Diharapkan Perkongsian Permohonan Menyertai Program Genius Negara 2021

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Menyertai Program Genius Negara 2021 ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu bapa dalam memberikan peluang kepada anak-anak di bawah umur 4 tahun untuk mendaftar di Pusat Anak Genius Negara.

Bagi ibu bapa, guru dan pelajar yang ingin mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa seperti isu pendidikan, bahan pendidikan dan bantuan kerajaan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati