Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka kini sedang dibuka permohonannya sehingga tarikh tutup pada 30 Ogos 2021 (Isnin). Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk memohon jawatan Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service) seperti yang disenaraikan di bawah.
Senarai Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka
Isi Kandungan
1. Eksekutif Pemasaran Kanan Gred T41
- Penempatan: DBP Cawangan Sabah
- Bidang keutamaan yang diperlukan: Perniagaan dan pemasaran
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM3,650.00); atau
- Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM3,850.00); dan
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. Eksekutif Pemasaran Gred T29
- Penempatan: DBP Hulu Kelang
- Bidang keutamaan yang diperlukan: Perniagaan, pemasaran dan teknologi maklumat.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM3,360.00); atau
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM3,400.00); dan
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3. Pembantu Eksekutif Pemasaran Gred T22
- Penempatan: Dewan Bahasa dan Pustaka Hulu Kelang
- Keutamaan bagi pemohon yang mempunyai pengalaman dalam bidang atau skop kerja pentadbiran, kawal selia stok dan penstoran.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM3,180.00); dan
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. Pembantu Pemasaran Kanan Gred T19
- Penempatan: Dewan Bahasa dan Pustaka Hulu Kelang dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM2,170.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,220.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,280.00); dan
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
5. Pembantu Eksekutif Kewangan Gred TW19
- Penempatan: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut (Upah sebulan: RM2,170.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,220.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,220.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,280.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,280.00); dan
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
6. Pembantu Pemasaran Gred T11
- Penempatan: DBP Hulu Kelang dan DBP Wilayah Timur
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM2,090.00); atau
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] (Upah sebulan: RM2,140.00); dan
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Muat Turun: IKLAN_CFS_Jawatan_Kosong_DBP2021
Cara Permohonan
- Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi E-Pengambilan (dbp.gov.my)
- Pemohon boleh merujuk manual pengguna yang disediakan bagi tujuan pendaftaran akaun dan permohonan jawatan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi nombor telefon atau e-mel yang berikut:
- Nombor Telefon: 03 – 21479331 (bantuan teknikal)/03 – 21479346 (pertanyaan umum)
- Masa Panggilan: 10.00 pagi hingga 3.00 petang (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
- E-mel: [email protected] 6 2@3 ayat
Peringatan Mesra
- Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya.
- Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Jawatan Kosong Pembantu Penerangan Gred S19
- Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
- Jawatan Kosong Pegawai Hidupan Liar Gred G41
- Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia
- Jawatan Kosong MySTEP Agensi Antidadah Kebangsaan
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan)
- Jawatan Kosong MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- Jawatan Kosong Pegawai Veterinar Gred GV41
- Jawatan Kosong Program Pembangunan Peneroka FELDA
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!