Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah

Cara Posing Gambar Raya

Adakah anda sudah bosan dengan cara posing gambar raya yang sama? Jangan risau, di sini kami telah berkongsi beberapa tips dan cara posing gambar raya untuk menampakkan gambar raya anda menjadi lebih meriah dan cantik.

Sudah menjadi kewajiban untuk kita bergambar di hari raya untuk disimpan sebagai kenangan. Bahkan untuk berkongsi kepada sanak saudara. Oleh itu, Marilah cuba berbagai gaya dan posing untuk hari raya nanti!

Berkenaan Cara Posing Gambar Raya

Kenapa Perlu Tahu Cara Posing Gambar Raya?

Anda perlu tahu bagaimana cara untuk posing di hadapan kamera supaya gambar anda kelihatan menarik dan kreatif.

Selain itu, ianya juga akan menambahkan lagi keyakinan diri anda untuk berkongsi gambar hari raya kepada rakan-rakan dan sanak saudara anda.

Senarai Cara Posing Gambar Raya

Berikut merupakan cara-cara posing untuk bergambar di hari raya :

Cara Posing Gambar Raya Single

Sumber : icedmatcha

Posing 1 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 12

posing 2 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 13

Posing 3 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 14

Posing 4 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 15

Cara dan posisi yang ditunjukkan ini akan menampakkan anda kelihatan lebih cantik dan menawan.

Cara Posing Gambar Raya Keluarga

Sumber : icedmatcha

Posing 1 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 16

Posing 2 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 17

Posing 3 :

Sumber: Izwanie Azieda

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 18

Beberapa posing di atas menyerlahkan lagi kemeriahan keluarga di dalam gambar sekaligus menampakkan gambar menjadi ceria.

Cara Posing Gambar Raya Couple

Sumber : Sharifah Fatini

Posing 1 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 19

Posing 2 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 20

Posing 3 :

Cara Posing Gambar Raya
Himpunan Cara Posing Gambar Raya Paling Meriah 21

Untuk anda yang mempunyai pasangan terutamanya suami dan isteri, sangat sesuai untuk anda mencuba posing ini.

Tip Ambil Gambar Raya untuk Cara Posing Gambar Raya

  1. WAKTU
    • JANGAN BERGAMBAR PADA PAGI HARI RAYA! Pagi raya waktu yang paling sibuk. Ada yang masak, mengemas, kalut nak pergi solat raya, nak gosok baju dan macam-macam lagi. Bila sibuk, muka masing-masing mesti nampak penat. Bila penat, bergambar pun lebih kurang je.
    • Set satu masa supaya semua dapat berkumpul dan shootinglah dengan tenang. Pagi raya boleh terus post di sosial media.
  2. TEMPAT
    • Cari sudut yang sesuai untuk bergambar. Lebih elok bahagian dinding putih atau warna neutral. Background putih akan menonjolkan lagi warna pakaian yang dipakai dan sesuai dengan semua warna.
    • Jika tiada, cipta ruang itu. Alihkan perabot buat sementara dan set up ikut gaya yang kita mahu. Ruang untuk bergambar tidak terlalu besar. Cukup nampak dalam frame kamera saja.
  3. SET UP
    • Paling penting perlu ada kamera. Guna kamera handphone pun boleh. Asalkan gambarnya nampak berkualiti.
    • Sebaiknya gunakan tripod untuk letak kamera agar mudah dikendalikan jika tiada photographer.
    • Props atau hiasan mesti ada untuk menambah seri. Tapi jangan terlalu banyak sehingga nampak sarat. Kadang-kadang props yang wujud sipi-sipi dalam frame kamera nampak lebih menarik.
    • Paling penting, pencahayaan tempat itu terang. Pencahayaan yang tak mencukupi membuatkan kerja mengedit gambar lebih sukar
  4. TEMA
    • Tetapkan tema warna supaya nampak seragam dan harmoni.
    • Jika tak sama, susun kedudukan bergambar mengikut tona warna.
  5. MAKEUP
    • Makeup memainkan peranan penting supaya wajah kelihatan naik seri dalam gambar. Upah jurumekap jika ada bajet. Mekap sendiri pun boleh juga. Asalkan nampak berhias.
    • Lelaki pun perlu solek sedikit. Berbedak saja pun tak apa supaya muka tak nampak berminyak, berlengas atau pucat.
  6. RUJUKAN POSING
    • – Perlu membuat rujukan cara posing mengikut bilangan orang dalam keluarga. Walaupun untuk gambar berdua, carilah rujukan. Rujukan ini akan memberi kita banyak pilihan gambar yang cantik.
    • – Tak susah nak cari rujukan. Google saja.

Cara Edit Gambar Ucapan Selamat Hari Raya Guna Gambar Keluarga

Berikut merupakan cara edit gambar ucapan Selamat Hari Raya guna gambar keluarga :

1. Pergi ke laman Remove BG
2. Upload image dan dan tunggu gambar siap buang background.
3. Download/save
4. Google image ‘selamat hari raya’ dan save/download gambar background raya yang anda suka.
5. Buka apa-apa apps edit gambar.Boleh guna Pic Arts. Buka gambar background raya yang anda nmahu, kemudian add picture gambar yang sudah dibuangkan background.
6. Siap, simpan/save

Soalan FAQs Berkenaan Cara Posing Gambar Raya

Apa background best untuk gambar raya?

Anda boleh menggunakan background yang kena dengan warna tema baju raya anda. Pilihan background yang salah juga boleh menyebabkan gambar kelihatan suram.

Bagaimana buat gambar jadi lebih fokus?

Jangan guna fungsi zoom untuk mendapatkan gambar yang jelas. Boleh juga tekan dan fokuskan pada subjek utama dalam gambar.

Kamera telefon apa best untuk gambar raya?

1. Xiaomi 12T Pro
2. Samsung Galaxy S22 Ultra
3. Huawei Mate 50 Pro
4. Google Pixel 7 Pro
5. iPhone 14 Pro

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati