Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semakan Bantuan SARA 2024, Syarat Kelayakan dan Cara Mohon

Semakan Bantuan SARA 2024, Syarat Kelayakan dan Cara Mohon

Pada bajet 2024, bantuan SARA 2024 telah diluaskan kepada hampir 700,000 penerima STR dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan bagi 12 bulan disalurkan melalui langkah yang sama iaitu melalui MyKad.

Alhasil daripada Kementerian Kewangan, bermula 2024, kepada semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding sebelum ini hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.

Program bantuan kewangan subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini telah ditambah baik oleh Kerajaan Madani dan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.

Berkenaan Bantuan SARA 2024 untuk Rakyat Malaysia

Apakah Itu Bantuan SARA 2024?

Program SARA 2024 akan dilaksana secara berperingkat mulai 22 Januari. Bantuan ini bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi matlamat kepada kerangka Ekonomi Malaysia.

image 198
  1. Bantuan SARA 2024, penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di mana-mana kedai runcit berdaftar.
  2. Kelayakan bagi menerima bantuan SARA ini adalah berasaslam status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data maklumat e-Kasih.
  3. Bantuan SARA akan disalurkan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) untuk penerima dari Semenanjung Malaysia dan bagi negeri Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor akan diberikan pada 29 Januari 2024., manakala bagi penyaluran bantuan tunai penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada 19 Februari 2024 (Isnin).
image 199

Kategori dan Kadar Bantuan SARA 2024

Untuk bantuan SARA 2024, terdapat 2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Bagi penerima yang layak, ianya merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih.

image 200
Semakan Bantuan SARA 2024, Syarat Kelayakan dan Cara Mohon 9

Untuk makluman, terdapat peningkatan kadar bantuan Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan kepada RM1,200 berbanding tahun 2023 RM600 sementeara untuk Bujang kekal RM600.

Terdapat juga penyaluran bantuan SARA 2024 untuk bukan golongan miskin tegar seperti:

  • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin serta Miskin Tegar eKasih layak terima RM300 setahun
  • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.

    Pelaksanaan baharu ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
image 201

Sumbangan Bantuan SARA 2024, Kaedah Pembayaran dan Senarai Barangan

Kaedah Pemberian Bantuan SARA 2024

  • Semenanjung – Untuk penerima program Bantuan SARA 2024 di Semenanjung Malaysia, bantuan akan disalurkan secara pembayaran bulanan iaitu RM100 sebulan bagi isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan bagi golongan bujang.
  • Sabah dan Sarawak – Untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA 2024 akan disalurkan sebanyak 2 kali setahun – iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 bagi golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke dalam akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Senarai Barangan Keperluan untuk Bantuan SARA 2024

Berikut adalah merupakan senarai barangan keperluan asas yang penerima boleh gunakan untuk membeli barangan bagi memenuhi keperluan. Berikut adalah 13 jenis kategori yang diluluskan:

image 204
Semakan Bantuan SARA 2024, Syarat Kelayakan dan Cara Mohon 10

Tarikh Bayaran Bagi Penerima Bantuan SARA 2024

Bagi penerima Semenanjung, penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 hingga RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka bagi membeli barang keperluan asas terpilih.

Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 yang akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada awal bulan iaitu 1 hari bulan pada setiap bulan seperti jadual berikut:

BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
Januari 2024RM 100RM 50
Februari 2024RM 100RM 50
Mac 2024RM 100RM 50
April 2024RM 100RM 50
Mei 2024RM 100RM 50
Jun 2024RM 100RM 50
Julai 2024RM 100RM 50
Ogos 2024RM 100RM 50
September 2024RM 100RM 50
Oktober 2024RM 100RM 50
November 2024RM 100RM 50
Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM 600

Untuk penerima di Sabah dan Sarawak, Penerima akan menerima bayaran RM600 pada 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank masing-masing secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Semakan Kelayakan Bantuan SARA 2024

image 203

Untuk mereka yang belum ketahui cara untuk membuat semakan, status kelayakan ini akan dipaparkan dalam laman web STR, seperti tangkap layar di bawah:

Jika status anda adalah LAYAK, anda akan menerima paparan seperti di bawah. Namun, jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

image 202

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati