Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Graduan Bukan Bidang Pendidikan Boleh Memohon Menjadi Guru

KPM Ambil Guru

Graduan Bukan Bidang Pendidikan Boleh Memohon Menjadi Guru.

Pengambilan guru secara besar-besaran telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan pada sidang akhbar yang diadakan semalam. Dalam perkongsian pada sidang akhbar itu, pihak Kementerian Pendidikan mengumumkan akan mengambil seramai 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off‘ bagi mengurangkan masalah kekurangan guru pada ketika ini terutamanya melibatkan beberapa buah negeri dan mata pelajaran tertentu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata mereka yang berminat untuk memohon boleh meilhat iklan tawaran pengambilan yang akan dikeluarkan oleh KPM pada 7 Julai 2021. Selain itu, beliau menambah bahawa penempatan akan dilakukan secara berperingkat bermula pada bulan Oktober.

Bidang Pendidikan

Demikian dengan pengambilan ini, ramai tertanya-tanya tentang syarat kelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, dimana calon yang memohon Gred DG41 perlu memiliki sekurang-kurangnya latar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda.

Seperti kita sedia maklum, negara kita berada pada tahap lambakan graduan yang mempunyai Ijazah namun masih tidak mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka.

Pihak KPM mengatakan bahawa graduan yang memiliki Ijazah Bukan Pendidikan masih berpeluang untuk memohon jawatan ini, namun pihak mereka akan mengutamakan graduan yang memiliki Ijazah Bidang Pendidikan. Graduan bukan bidang pendidikan boleh memohon sekiranya pihak SPP dan KPM merasakan bidang mereka bersesuaian dengan mata pelajaran yang diperlukan.

408670689 1544106749742317 7487900793931887687 n 3

Syarat am untuk mereka yang ingin memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan)+Diploma Pendidikan

Untuk pengetahuan semua, disini kami kongsi cara untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 melalui portal MySPP.

Selain itu, kami turut berkongsi pelbagai jawatan kosong dan bantuan kerajaan seperti Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu, Agihan 10,000 Komputer Riba Buat Pelajar mulai Julai.

Perkongsian dalam Bidang Pendidikan

Akhir kata, diharapkan dengan perkongsian berita berkaitan Graduan Bukan Bidang Pendidikan Boleh Memohon Menjadi Guru dapat menyebarkan maklumat semasa kepada masyarakat awam terutamanya kepada lepasan graduan yang berminat untuk menjadi guru. Meskipun negara kita masih di dalam keadaan pandemik, diharap sistem pendidikan sentiasa berjalan lancar dan teratur demi anak bangsa. Semua rakyat perlu sentiasa menjaga SOP, kesihatan mental dan fizikal terutamanya barisan hadapan dan warga pendidik demi melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Disamping itu, semoga peluang keemasan ini memberi peluang kepada graduan diluar untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil tanpa sebarang kesulitan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati