Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja Hot n Roll Yang Menawarkan 2 Jenis Kerja Fulltime dan Part Time

mohon kerja hot n roll

Ramai yang kenal Hot n Roll, sebuah kedai yang mempunyai banyak rangkaian dan mungkin juga ramai yang berminat mohon kerja Hot n Roll? Dengan pekerjaan yang santai dan dapat menimba pengalaman dalam menyediakan servis penyediaan makanan kepada orang ramai pastinya ia pengalaman yang mengujakan!

Jadi, pihak Hot n Roll sentiasa membuka peluang mohon kerja Hot n Roll kepada orang ramai. Anda juga boleh memilih kerja yang anda sukai dan juga boleh memilih untuk mohon kerja secara fulltime atau part time. Jadi jangan tunggu lagi, segera rujuk dibawah.

Mohon Kerja Hot n Roll yang Boleh Dimohon Oleh Anda Untuk Mana-Mana Cawangan Dalam Malaysia

mohon kerja hot n roll

Pengenalan Hot n Roll

Hot n Roll adalah sebuah rangkaian kedai yang dikenali dengan hidangan lazat yang berasaskan tortilla yang diisi dengan pelbagai pilihan daging dan ayam serta isi manisan yang digemari ramai. Salah satu hidangan terpopularnya adalah Black Pepper Beef, yang memikat banyak pelanggan dengan rasa yang istimewa.

Syarikat ini bermula pada tahun 2003 dan masih dengan misi dan visi yang sama dan amat memerlukan tenaga kerja yang berbakat untuk terus berkembang menyediakan servis terbaik kepada pelanggan.

2 Jenis Jawatan Dibuka Untuk Dimohon

Hot n Roll menyediakan peluang pekerjaan yang menarik, baik untuk pekerja sepenuh masa (fulltime) mahupun pekerja separuh masa (part time). Terdapat pelbagai jawatan yang ditawarkan, anda bole rujk jawatan melalui jadual dibawah:

JawatanSkop Kerja
Service CrewBertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cemerlang. Selain itu, perlu mengambil pesanan dan menyediakan hidangan serta memastikan perkhidmatan diberikan terbaik.
SupervisorPerlu menguruskan operasi harian dan melihat tindak tanduk crew serta memastikan urusan perniagaan berjalan lancar. Kemahiran dalam pengurusan amatlah diperlukan dalam jawatan ini.
mohon kerja hot n roll

Syarat Kelayakan Mohon Kerja Hot n Roll

Untuk mohon kerja di Hot n Roll, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu untuk para calon ikuti. Syarat permohonan kerja ini adalah merupakan syarat umum seperti berikut:

  1. Berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Kelayakan Minima SPM,Calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  4. Mesti boleh bekerja mengikut masa mengikut keperluan.
  5. Mesti boleh bekerja pada Hujung Minggu & Cuti Umum
  6. Mesti boleh berpindah mengikut keperluan

Kelebihan Bekerja di Hot n Roll

Pihak Hot n Roll sentiasa berikan yang terbaik untuk para pekerja. Mereka menyediakan pelbagai kelebihan sekiranya anda layak mendapat pekerjaan dibawah mereka. Berikut adalah kelebihan yang bakal anda dapat:

  • EPF dan Socso disediakan
  • Insentif outlet
  • Perkembangan kerjaya
  • Kemudahan disediakan
  • Elaun pengankutan
  • Bayaran overtime

Seterusnya, untuk langkah mohon kerja hot n roll, para calon boleh segera merujuk cara permohonan yang anda perlu ikuti.

Panduan Mohon Kerja Hot n Roll Untuk Mereka Yang Berminat

Semak Lokasi Hot n Roll untuk Rujuk Kekosongan Jawatan

mohon kerja hot n roll

Bagi mereka yang suka bekerja dan ingin mencipta pengalaman bekerja bersama pihak Hot n Roll anda boleh merujuk kepada senarai lokasi yang disediakan. Untuk mohon kerja anda hanya perlu merujuk kekosongan yang dibuka dimana-mana outlet.

Disediakan untuk anda membuat carian daripada lokasi pautan google map yang menyediakan sekali talian yang boleh anda hubungi. Untuk melihat senarai lokasi rasmi boleh rujuk laman web Hot n Roll dan untuk yang lebih tepat boleh buat carian segera:

Permohonan Kerja Fulltime atau Part Time

Urusan mohon kerja Hot n Roll anda boleh lakukan segera melalui permohonan secara talian. Anda boleh terus menghubungi pihak admin HR mereka dan bertanyakan beberapa soalan yang dikehendaki dan boleh juga menghantar terus resume mohon kerja hot n roll melalui email rasmi.

Berikut adalah beberapa langkah permohonan kerja yang anda boleh lakukan dengan beberapa langkah sahaja:

  1. Hubungi Whatsapp Admin HR Hot N Roll: Bagi mereka yang ingin bertanyakan mengenai peluang kekosongan untuk kerja part time dan full time. Anda boleh terus menghubungi talian whatsapp mereka sebagai inisiatif mohon kerja hot n roll anda. Berikut adalah talian nombor telefon atau whatsapp yang anda boleh hubungi bagi urusan mohon kerja hot n roll sahaja. Hubungi nombor telefon : 012-2128902
  2. Hantar Resume Berserta Dokumen Berkaitan Ke Email : Langkah lain yang anda boleh mohon kerja juga adalah melalui penghantaran email kepada pihak mereka. Anda boleh mengemukakan permohonan kerja untuk full time atau part time melalui surat permohonan kerja dan dilampirkan bersama resume serta dokumen yang berkaitan. Untuk email anda boleh bertanyakan soalan atau hantar permohonan ke alamat: [email protected]

Selesai menghantar permohonan, anda disarankan untuk membuat persiapan rapi mengenai urusan temuduga jika anda dipanggil. Kami mengharap kejayaan akan selalu mengiringi langkah anda. Semoga berjaya!

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati