Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian RM1,000 Tahun 2024 Serta Syarat Kelayakan

bantuan skim khairat kematian
Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian RM1,000 Tahun 2024 Serta Syarat Kelayakan 4

Kerajaan Madani perkenalkan Skim Khairat Kematian (SKK) untuk rakyat Malaysia. Mungkin masih belum ramai yang mengetahui berkenaan inisiatif kerajaan bagi membantu mengurangkan beban keluarga yang telah kehilangan orang yang tersayang.

Bagi tahun 2024 ini, kini dibuka peluang permohonan Skim Khairat Kematian (SKK) yang anda boleh ketahui lebih lanjut berkenaan cara permohonan dan syarat kelayakan.

Berkenaan Inisiatif Skim Khairat Kematian (SKK)

Apakah itu Skim Khairat Kematian?

Skim Khairat Kematian adalah merupakan bantuan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bantuan jenis ini adalah layak dituntut oleh mereka dari golongan:

  • Pemohon
  • Pasangan
  • Waris

Seandainya permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah layak menerima bantuan ini. Bagi tempoh, ia adalah terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Januari 2024.

Berapakah Kadar Bantuan Skim Khairat Kematian?

Kadar bantuan SKK yang akan diterima oleh Pemohon, Pasangan dan waris adalah sebanyak RM1,000 untuk setiap individu yang layak.

Bilakah Tempoh Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK)?

Bagi membuat tuntutan, ahli pemohon perlu mengetahi tarikh bila kematian dan tempoh permohonan dibuka. Berikut adalah jadual yang anda perlu ketahui:

Tarikh Kematian Pemohon/Pasangan yang LULUS STR Tempoh Tuntutan SKK Jumlah Tuntutan SKK 
1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 17 Julai 2023 – 31 Januari 2024 RM1,000.00 

Prosedur Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian dan Dokumen yang Diperlukan

Syarat Kelayakan Bantuan Skim Khairat Kematian

image 68
Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian RM1,000 Tahun 2024 Serta Syarat Kelayakan 5

Bagi mengetahui syarat kelayakan, alah seperti dibawah:

  1. Kategori Bujang bukan Warga Emas (berumur 59 tahun dan ke bawah) adalah tidak layak untuk permohonan SKK.
  2. Seandainya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan 
  3. Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:  
    • Urusan penunaian STR adalah terhad seandainya pemohon atau pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan 
    • Atas urusan tuntutan SKK  
Permohonan Bantuan Skim Khairat Kematian RM1,000 Tahun 2024 Serta Syarat Kelayakan

Syarat Untuk Waris yang Membuat Tuntutan

  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Namun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir untuk membuat pengesahan cap jari atau tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  • Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut dibawah:  
  1. Pasangan 
  2. Ibu 
  3. Bapa 
  4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat) 
  5. Adik-beradik 
  6. Cucu 

Cara Mohon Bantuan Skim Khairat Kematian Tahun 2024

Bagi membuat tuntutan bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah melalui pemberian secara tunai dan waris boleh membuat tuntutan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

Dokumen yang Perlu Disediakan Semasa Permohonan

Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang perlu dibawa semasa proses tuntutan:

  • Sijil Kematian Pemohon atau Pasangan;
  • Kad Pengenalan asal Waris
  • Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon atau Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii)

Hubungi Sekiranya Mempunyai Persoalan dan Permasalahan

Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) tahun 2024, Mohon hubungi talian dibawah:

Telefon: 1-800-88-2747
Emel: [email protected]

Bagi mendapatkan info yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Inisiatif.

Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Skim Khairat Kematian

Siapakah waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2023?

Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2023 adalah seperti berikut iaitu pasangan, Ibu, Bapa, Anak Kandung, Anak Tiri, Anak Angkat, Adik-Beradik dan Cucu

Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi waris?

Tiada had umur kelayakan seseorang ditetapkan untuk menjadi waris kepada pemohon STR 2023.

Berapakah jumlah SKK yang akan diterima?

Sebanyak RM1,000 akan diberikan.

Bilakah tarikh penunaian Fasa 3 STR?

Ianya telah bermula sejak 26 Jun 2023 mengikut fasa str.

Adakah permohonan secara online?

Tidak, permohonan hanya boleh dilakukan secara lansung di bank simpanan nasional seluruh Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati