Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC
Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima lebih daripada satu juta permohonan bagi jawatan dalam sektor kerajaan yang ditawarkan oleh pihak mereka dari semasa ke semasa.

Antara jawatan yang ditawarkan ambilan dalam laman web rasmi SPA adalah jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29. Jawatan ini adalah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Diploma atau sijil lain yang setaraf diperlukan untuk memohon jawatan ini sebagai syarat akademik.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berperanan menjalankan tugas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, ko-kurikulum dan lain-lain. Kadar gaji setiap bulan untuk jawatan ini adalah antara RM1,698 hingga RM5,717. Sementara itu, kadar kenaikan tahunan pula adalah sebanyak RM145.

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i. Permohonan juga dibuka sepanjang tahun dan sah tempoh permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah selama satu tahun.

Sebelum memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pastikan anda merujuk cara mengemukakan permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ini terlebih dahulu, semak syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9.

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

Anda perlu mengetahui semua syarat-syarat Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC yang telah ditetapkan. Pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau
  4. Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44)

BIDANG TUGAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

  1. Anda juga perlu mengetahui bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 adalah seperti berikut:
  2. Menjalankan tugas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (kurikulum), ko-kurikulum (sukan/kelab/persatuan/badan beruniform),
  3. Pengurusan hal ehwal murid (keselamatan/kebajikan/kesihatan/bina insan/sistem maklumat murid/koperasi/lawatan).
  4. Menjalankan tugasan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan, pembangunan fizikal, pembangunan staf dan hubungan komuniti.

PEPERIKSAAN DAN TEMU DUGA

Untuk setiap permohonan yang berjaya, anda akan menduduki peperiksaan yang dinamakan peperiksaan perkhidmatan awam (jika jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Dalam peperiksaan ini, anda akan diuji tentang pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah. Peperiksaan ini juga akan dijalankan secara online.

Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan untuk membolehkan anda dipanggil temu duga. Dalam temu duga, anda akan diuji daripada aspek kemahiran berkomunikasi dan juga soalan berkaitan jawatan yang dipilih. Pastikan anda bersedia dengan pengetahuan yang tinggi mengenai jawatan yang anda pilih dan melatih diri untuk berkomunikasi dengan baik.

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda di situ. Sila klik link yang telah kami sediakan di bawah untuk mengisi permohonan anda.

Link Permohonan SPA8i: Klik di sini

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC
Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC
  • Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG29

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Arkib S19, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Laman web rasmi SPA.

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC
Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC

SUMBER : PORTAL RASMI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM dan KERJAYA.CO

Penutup

Semoga berjaya daripada kami dan semoga perkongsian Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM dan HSC ini juga memberikan sedikit sebanyak membantu anda dalam urusan membuat permohonan bagi kerjaya ini. Teruskan menyokong kami dengan menyertai Channel Telegram kami di sistemguruonline.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati