Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Netizen Dedah Konspirasi MH370 di Diego Garcia Sebuah Kepulauan Pengkalan Tentera AS

konpsirasi mh370
Konspirasi MH370

Sejak akhir-akhir ini begitu banyak berita dan konspirasi MH370 lengkap dengan pelbagai bukti bergambar kononnya ada 1 kisah rahsia besar mengenai kehilangan pesawat MH370 dan pengkalan tentera AS ini. Pelbagai gambar tersebar di media menyatakan para penumpang MH370 sekarang berada di sana. Namun, sejauh mana kebenarannya?

Dimanakah Diego Garcia dan Apakah Fungsinya?

Diego Garcia terletak di Lautan Hindi (atau Wilayah Lautan Hindi British:British Indian Ocean Territory/BIOT) dan terdiri daripada 6 pulau karang atol di kepulauan Chagos dengan sekitar 56 buah pulau kecil di Lautan Hindi.

atol

Pulau ini terletak pada koordinat 6° LS, 71°30′ BT. Ia merupakan daerah wilayah luar pantai dari British. Diego Garcia adalah pulau terbesar yang terletak di hujung selatan dan merupakan lokasi yang strategik di Lautan Hindia dan juga pengkalan ketenteraan laut Amerika Syarikat atas keizinan British. Luas wilayah tersebut sekitar 60 km².

Pada 18 Mac 2015, Pulau Diego Garcia serta pulau lain di wilayah lautan Hindia British telah dilidungi dibawah akta baru iaitu Chagos Marine Protected Area yang melarang aktiviti pemancingan dilakukan di wilayah yang bersaiz 640,000 kilometer persegi ini.

Dari segi ekonomi & geografi pula, semua aktiviti ekonomi disini banyak tertumpa pada ketenteraan disebabkan terletaknya pengkalan gabungan antara British dan Amerika Syarikat. Terdapat sekitar 1,700 askar tentera British dan Amerika Syarikat bersama 1,500 perkerja pembinaan pengkalan tinggal di sini.

Kebanyakan pulau-pulau di wilayah ini tidak mempunyai jalan namun terdapat jalan yang boleh dilalui oleh basikal untuk memudahkan perkerja serta askar- askar yang berkhidmat di kawasan lapangan terbang. Diego Garcia memiliki pelabuhan sendiri dan lapangan udara (tentera) sepanjang 3.659 meter serta lebar 12,000 kaki.

Konspirasi MH370
Keadaan hutan di Diego Garcia (U.S. Navy NAVSUPFAC DIEGO GARCIA, Natural Resources Management Plan, 2005) Konspirasi MH370

Teori Konspirasi MH370 Netizen Bermula

Bermulanya sebuah konspirasi atau lebih terkenal dengan “palatao” masing-masing dari netizen apabila ramai yang menyatakan gambar-gambar yang disiarkan di fanpages Facebook oleh pihak di sana (Diego Garcia) memaparkan terlalu banyak kebetulan muka-muka yang hampir sama dengan penumpang dan Krew MH370.

Antara yang dapat dikongsikan disini ialah seperti berikut :

Gambar-gambar Penumpang & Krew MH370 & Diego Garcia

gambar diego garcia 5
Konspirasi MH370
gambar diego garcia 6
Konspirasi MH370
gambar diego garcia 7
Konspirasi MH370
gambar diego garcia
Konspirasi MH370
gambar diego garcia 2
Konspirasi MH370
gambar diego garcia 3
Konspirasi MH370
gambar diego garcia 4
Konspirasi MH370

7 Sebab Kenapa MH370 Mungkin di Sembunyikan di Diego Garcia

1. Pada 6 April 2014, facebook milik Phillip Wood salah seorang penumpang MH370 telah menghantar lokasi dimana dia berada dan memuat naik satu foto di dalam bilik yang gelap..lokasi tersebut adalah di Diego Garcia.
2. Penampakan ramai kakitangan di Diego Garcia yang mukanya mirip dengan penumpang dan kru MH 370. Sudah 8 tahun berlalu, sudah pasti muka berubah atau diubah.
3. Flaxton Gregory (ahli politik USA) berkata MH370 100% berada di Diego Garcia..seorang lelaki tak dikenali juga mengatakan President US pada masa itu, Barrack Obama mengetahui dimana mh370 berada iaitu di pulau tersebut dan tujuan penculikan 229 penumpang kapal adalah untuk melalukan “human experiment”(video didalam komen).
4. Beberapa orang penduduk di Maldives ternampak sebuah kapal terbang berjalur merah terbang rendah menuju ke barat.
5. Seorang engineer dari USA membuat kajian bahawa orang Maldives yang nampak mh370 itu adalah benar. Kerana waktu yang saksi nampak sangat bertepatan dengan masa yang diambil mh370 dari Laut China Selatan ke Maldives. Beliau juga berkata bahan bakar MH370 adalah mencukupi untuk sampai di Diego Garcia.
6. Sebuah listening station di Cape Leuwin, west Australia telah menerima signal yang lemah dari laut. Cape Leuwin tidak dapat mengetahui dari mana signal itu datang. Yang mengejutkan adalah signal tersebut menuju kearah pulau Diego Garcia iaitu 3000 batu nautika dari Cape Leuwin.
7. Sangat mustahil jika MH370 terhempas di dalam air kerana syarikat Boeing sudah melalukan demonstrasi. Walaupun kapal terbang membuat soft landing di atas air, bahagian kapal tetap pecah atau terpisah iaitu bahagian cockpit, sayap dan ekor.
Ada banyak lagi petunjuk dan ramai lagi ahli politik US mahupun kakitangan ketenteraan US yang berkata benda yang sama iaitu MH370 berada di Diego Garcia. Semoga membuka mata kita semua. Sumber: Facebook Afiq Haikal

Video Penerangan Mengenai MH370 & Diego Garcia

Update di Fanpage Facebook AFN Diego Garcia

Buat mereka yang masih mencari-cari lagi dimana sumber pelbagai gambar yang netizen perolehi, anda boleh lihat disini :

Antara post yang menarik perhatian netizen ialah seperti berikut :

dan sebenarnya banyak lagi. Boleh dikatakan 1 fanpages kalau dibaca komen-komen pasti tidak akan habis dengan serangan-serangan dari netizen Malaysia.

Astro Awani Dedah Video Diego Garcia 8 Tahun Lepas Lagi

Saksikan sendiri penerangan dan berita yang mana video ini diupload bertarikh pada 18 Mac 2014.

1001 Teori Netizen

Begitu banyak komen-komen dengan teori masing-masing. Begitu berat untuk akal kita fikirkan. Ada yang menyatakan perkara ini mungkin teori semata-mata, namun begitu ramai yang berpendapat perkara ini benar-benar terjadi dan para penumpang dan anak kapal MH370 masih selamat disana.

Apa kata anda pula?

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati