Bagaimana laluan jadi guru? Kerjaya guru adalah merupakan kerjaya yang murni kerana tugasan seorang guru adalah mendidik dan membina perkembangan yang baik bagi pelajar.
Bagi pelajar lepasan SPM, digalakkan untuk ketahui lebih lanjut berkenaan laluan kerjaya menjadi seorang guru. Boleh ikuti penerangan dan penjelasan serta syarat-syarat jadi guru di Malaysia.
Senarai Laluan Jadi Guru
Isi Kandungan
Bagi pelajar lepasan SPM yang beminat menjadi Guru, berikut adalah merupakan laluan jadi Guru yang anda perlu ikuti:
- Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP):
- Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di universiti awam atau swasta.
Pilihan bidang seperti Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Sekolah Rendah, Pendidikan Sekolah Menengah, dan lain-lain. - Menjalani latihan praktikum di sekolah.
- Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di universiti awam atau swasta.
- Maktab Perguruan/Institut Pendidikan Guru (IPG):
- Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditawarkan oleh IPG.
Pilihan kursus mengikut bidang seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, dan lain-lain. - Tempoh pengajian biasanya empat tahun.
- Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditawarkan oleh IPG.
Senarai Bidang Pengajian Perguruan
Berikut adalah senarai bidang pengajian ditawarkan untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia meliputi SK/ SJKC/ SJKT mengikut bidang pengkhususan seperti dibawah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Islam
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Sejarah
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Rekabentuk Dan Teknologi
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Senarai dan Deskprisi Tugas Guru
Berikut adalah merupakan senarai tugasan seorang guru selaku pendidik. Ia bergantung pada pengajaran di dalam kelas, luar kelas, aktiviti dan program yang diadakan di sekolah. Tugasan seorang guru adalah bermacam dan mengikut keperluan. Dibawah adalah merupakan senarai tugasan seorang guru:
- Menyediakan rancangan PdP tahunan dan harian
- Menyediakan sumber pendidikan secara kreatif
- Melaksanakan PdP yang bersesuaian berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Membimbing murid bagi peningkatan prestasi
- Membuat refleksi dan penambahbaikan
- Merancang penilaian dan pentaksiran murid/progam/ aktiviti
- Mengukur dan menilai perkembangan dan pencapaian murid/program/ aktiviti
- Merekod dan menganalisis tahap perkembangan dan keputusan pencapaian
- Memantau kemajuan murid
- Menyediakan pelaporan
- Membantu merangka cadangan program/aktiviti intervensi berdasarkan data penilaian dan pentaksiran (data-driven decision making)
- Membantu merangka strategi/idea baharu dalam pelaksanaan penilaian dan pentaksiran murid/progam/ aktiviti
- Merancang pelaksanaan aktiviti kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan
- Memantau kemajuan murid
- Merekod dan menganalisis kemajuan murid
- Membimbing dan melatih murid bagi peningkatan potensi
- Memastikan persekitaran yang kondusif untuk PdP
- Menguatkuasakan peraturan sekolah
- Memastikan keselamatan murid diutamakan
- Memastikan kesihatan murid terjaga
- Mengenal pasti keperluan bantuan pelajaran kepada murid
- Mengenal pasti keperluan murid dalam aspek sahsiah, psikososial, kesejahteraan mental dan kerjaya murid
Syarat Kelayakan Jadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
Untuk menjadi seorang Guru, seseorang itu perlu untuk melepasi beberapa syarat kelayakan seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) seperti dibawah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan.
- Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
Berapa Gaji Guru di Malaysia?
Gaji Guru dibawah SPP adalah bermula dari RM2,188 sehingga RM13,144 bagi gred yang paling atas. Kenaikan gaji Guru pula adalah minima RM225 setahun.
Berikut adalah merupakan tangga gaji lengkap bagi Guru dibawah SPA/SPP:
Gred | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) |
---|---|---|---|
DG54 | 6080.00 | 13144.00 | 320.00 |
DG52 | 5756.00 | 12354.00 | 290.00 |
DG48 | 5125.00 | 11640.00 | 270.00 |
DG44 | 3559.00 | 10414.00 | 250.00 |
DG42 | 2188.00 | 9552.00 | 225.00 |
DG41 | 2188.00 | 9552.00 | 225.00 |
Dengan penerangan dan penjelasan yang disediakan ini, diharapkan dapat membantu para pelajar lepasan SPM atau mahasiswa yang berminat menjadi guru untuk lebih cekal dalam mencapai cita-cita menjadi seorang pendidik dengan menempuhi laluan jadi guru.
Soalan FAQs Berkenaan Laluan Jadi Guru
Bagaimana nak jadi Guru?
Jadi guru di Malaysia adalah perlu melalui jalan khusus seperti mempunyai ijazah berkaitan pendidikan atau diploma pasca siswazah perguruan.
Apakah syarat jadi guru?
Syarat jadi guru adalah perlu umur 18 tahun dan keatas serta mempunyai kelayakan akademik ijazah sarjana muda atau diploma pasca siswazah perguruan.
Adakah kerja sebagai guru adalah berat?
Pekerjaan sebagai guru di Malaysia adalah sebuah kerjaya yang seronok kerana sistem pendidikan negara adalah terbaik. Mempunyai pelbagai peringkat yang anda boleh mengajar mengikut tingkatan yang ditetapkan
boleh terangkan course apakah yang sesuai untuk menjadi guru pendidikan islam ??
Boleh terangkan laluan jika baru tamat pengajian di Kolej vokasional(Diploma).
boleh terangkan laluan untuk menjadi guru selain bukan lepasan SPM. contoh yang dah ada ijazah bukan bidang perguruan