Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

WOW! Kempen Bayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April

Kempen Bayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April

Kempen Bayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April ini dilaksanakan melalui Portal dan Aplikasi MyBayar Saman. Hebahan berita baik tawaran diskaun saman 50% di aplikasi MyBayar Saman dilanjutkan selama empat hari lagi.

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai ke atas portal dan aplikasi MyBayar Saman bermula 25 Mac 2021 yang lalu, YDH Pengarah JSPT telah bersetuju untuk melanjutkan tawaran diskaun sebanyak 50 % bagi saman-saman terpilih selama empat hari lagi iaitu sehingga 15 April 2021.

Kempen Bayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April

Sempena Hari Polis Ke-214, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia telah melancarkan portal dan aplikasi telefon pintar MyBayar Saman pada 25 Mac 2021. Anda boleh mendapatkan pengurangan bayaran saman sehingga 50% tertakluk kepada terma dan syarat.

Kempen Bayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April

Cara Mendaftar Sebagai Pengguna

Kepada mereka di luar sana yang masih belum menggunakan kemudahan ini, Ayuh segera rebut peluang ini dengan mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Untuk makluman semua, pembayaran saman yang dilakukan secara atas talian ini tidak akan dikenakan sebarang caj perkhidmatan.

Jenis Saman Yang Tidak Layak

Berikut merupakan senarai saman yang terkecuali daripada pengurangan bayaran kompaun sehingga 50% ini, antaranya ialah:

  1. Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  2. Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
  3. Saman status bicara mahkamah (m)
  4. Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
  5. Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
  6. Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
  7. Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
  8. Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
  9. Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

Cara Semak Saman Kenderaan

Anda boleh membuat semakan saman kenderaan menerusi beberapa cara, iaitu

  • Portal MyEG
  • Portal RILEK
  • SMS: POLIS SAMAN <jarak> No. Kenderaan / POLIS SAMAN <jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Selain itu, anda juga berminat dengan perkongsian 695 Kekosongan Jawatan SPANS Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka ,  Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES) ataupun Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021.

Semoga perkongsian Kempen Bayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April ini dapat memberi informasi kepada anda untuk rebut peluang menikmati pemotongan kadar pembayaran saman sekiranya ada. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada khalayak ramai yang terdapat di sekeliling anda.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati