Khas kepada semua pelajar lepasan SPM tahun semasa, anda ada peluang untuk mohon Biasiswa PETRONAS! Mohon program tajaan pendidikan di bawah inisiatif PETRONAS Powering Knowledge.
Program penajaan untuk pelajar lepasan SPM yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan universiti terkemuka tempatan dan luar negara lain di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun dan Korea Selatan.
Apa itu Program Biasiswa PETRONAS?
Isi Kandungan
Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) adalah Inisiatif Penjanaan Pengetahuan PETRONAS yang menyediakan sejumlah besar program pembangunan yang disesuaikan dengan pelajar tajaan mereka dalam memupuk dan lahirkan pemimpin berprestasi tinggi dan progresif. Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.
Sejak 1975, PETRONAS telah memupuk lebih 38,000 bakat muda dari pelbagai latar belakang untuk mengejar cita-cita mereka dan membantu membentuk masa depan syarikat, industri tenaga dan negara.
Ciri-Ciri Biasiswa Petronas
Inisiatif Biasiswa PETRONAS terbuka kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:
- Universiti Teknologi PETRONAS; termasuk Program Asasi 1 tahun
- Universiti Terunggul di Malaysia; termasuk tempoh wajib Program Asasi
- Universiti Luar Negara; termasuk sehingga 24 bulan Program Pra-Universiti di Malaysia
Syarat Kelayakan Biasiswa PETRONAS
Berikut adalah syarat kelayakan untuk masuk universiti mengikut kelayakan yang anda berikan:
Kelayakan SPM:
- SPM tahun semasa.
- Warganegara Malaysia berumur antara 16-19 tahun pada tahun semasa.
Kemahiran Kepimpinan dan Aktiviti Kokurikulum:
- Kemahiran kepimpinan yang mantap dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Kelayakan Akademik:
- Untuk program tajaan Kejuruteraan Kimia:
- Minimum 8A- dalam SPM 2023, termasuk mata pelajaran:
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrik
- Fizik
- Kimia
- Matematik
- Untuk program tajaan yang lain seperti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, dan lain-lain:
- Minimum 8A- dalam SPM 2023, termasuk Matematik.
- Minimum 8A- dalam SPM 2023, termasuk Matematik.
- Untuk program di universiti tempatan:
- Minimum 8 subjek dengan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik.
- 4A+ dan 4A- dalam SPM 2023 yang merangkumi mata pelajaran yang diperlukan.
- Untuk program di universiti luar negara:
- Minimum 8 subjek dengan mata pelajaran yang diperlukan.
- 4A+ dan 4A- dalam SPM 2023 yang merangkumi mata pelajaran yang diperlukan.
Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh rujuk pada jadual yang disediakan dibawah:
Negara Institusi Pengajian & Pembelajaran Dibawah Biasiswa PETRONAS
PETRONAS akan menentukan penempatan Institusi Pembelajaran berdasarkan program yang dianugerahkan untuk Pra-U & Asasi / Program Sarjana Muda seperti berikut senarai di bawah:
Program Pengajian Diluar Negara
Negara | Institusi |
---|---|
United States, United Kingdom, Australia,New Zealand | Kolej Yayasan UEM,Taylors University, Kolej Tuanku Ja’afar, INTEC, Sunway University, UCSI University |
Korea | INTEC |
Japan | Pusat Bahasa Teikyo |
China | Management & Science University (Twining) |
Program Pengajian Dalam Negara
Negara | Institusi |
---|---|
Malaysia | Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Curtin University, Swinburne University, University Nottingham Malaysia, Sunway University, Heriot-Watt Universiti Malaysia, University of Wollongong Malaysia |
Cara Mohon Biasiswa PETRONAS
Untuk membuat permohonan bagi Biasiswa PETRONAS adalah melalui laman web rasmi permohonan PETRONAS. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan permohonan biasiswa PETRONAS:
- Semua permohonan mesti dihantar secara dalam talian.
- Sila ambil perhatian PROGRAM PILIHAN PERTAMA anda adalah muktamad selepas penyerahan. Pilih dengan bijak kerana semua proses permohonan akan berdasarkan pilihan PROGRAM PILIHAN PERTAMA anda.
- Pemberitahuan calon yang berjaya untuk proses pemilihan dan penganugerahan seterusnya akan diumumkan melalui Sistem Aplikasi Dalam Talian (OAS). Sila ingat nama pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.
- TIADA yuran pemprosesan diperlukan untuk permohonan inisiatif PETRONAS Powering Knowledge.
Maklumat Lanjut Berkenaan Biasiswa PETRONAS
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan tawaran biasiswa, jenis dan syarat permohonan yang lengkap, anda boleh rujuk melalui garis panduang yang disediakan oleh PETRONAS:
Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi mereka melalui laman PETRONAS.