ID Digital Sebagai Inisiatif Membendung MyKad Palsu ini merujuk kepada usaha kerajaan dalam mengembangkan penggunaan ‘Digital ID‘ bagi rakyat Malaysia. Berdasarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan bahawa penggunaan Identiti Digital yang bakal dilakukan ke atas rakyat Malaysia dan penduduk tetap ini adalah sebagai usaha untuk membendung sindiket yang menghasilkan MyKad palsu. Berikut merupakan petikan ucapan beliau:
“Inisiatif Digital ID akan terus memperkuat ciri keselamatan MyKad fizikal dan merupakan cara baru dalam usaha pemerintah untuk membanteras sindiket yang menghasilkan MyKad palsu,”
Jelaslah bahawa Digital ID juga akan mempercepat agensi penguatkuasaan untuk mengesan jika seseorang menggunakan MyKad palsu. Walaubagaimanapun, ingin ditekankan bahawa ID Digital ini tidak akan menggantikan MyKad fizikal sebagi dokumen pengenalan utama.
Tambah beliau lagi pada pelancaran e-Servis JPN dalam talian pada hari Isnin lalu (26 April 2021), pemerintah telah bersetuju untuk melaksanakan inisiatif Pengenalan Digital Nasional atau ID Digital di mana JPN akan menjadi agensi utama dalam melaksanakan inisiatif pertama kali. Namun begitu, beliau masih belum memberikan tempoh masa yang tepat berkenaan pelaksanaan ID Digital ini oleh JPN.
Apa itu ID Digital dan Bagaimana Keberkesanannya?
Isi Kandungan
Secara umumnya, Identiti Digital (ID Digital) adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan merujuk kepada sumber tunggal yang sahih berdasarkan ciri-ciri biometrik yang kompleks seperti:
- 10 cap jari,
- pengecaman wajah,
- sistem iris, dan
- maklumat demografik seperti nama dan lain-lain
bagi digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan digital yang selamat, terjamin dan terlindung.
ID Digital Nasional memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa. Dengan adanya ID Digital Nasional orang ramai boleh mengakses dan melakukan pelbagai transaksi tanpa perlu mengingati pelbagai ID pengenalan dan kata laluan.
ID Digital Nasional tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital. Ianya lebih diperlukan pada masa kini akibat kesan pandemik Covid-19 bagi menyokong berlangsungnya perlaksanaan kerja, pembelajaran, transaksi serta lain-lain aktiviti secara dalam talian mahupun tanpa sentuh (contactless) dalam menjalani norma baharu.
ID Digital Nasional Akhirnya di Lancarkan
Selepas beberapa tahun, akhirnya kerajaan Malaysia berjaya juga merialisasikan penggunaan ID Digital Nasional ini. Siapa sangka pada pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke 10, PM10 kita telah menyuarakan perkara ini dan baru-baru ini dengan lantang telah meminta semua jabatan di Perdana Menteri dan Kementerian lain bersedia dengan pelaksanaan projek ini.
Untuk lebih lanjut, boleh baca artikel terbaru di sini bertajuk “Penerangan ID Digital Nasional Yang Official Oleh Kerajaan Malaysia Tahun 2024“.
Manfaat ID Digital
Pihak | Manfaat |
RAKYAT/ PENGGUNA |
|
KERAJAAN |
|
PENYEDIA PERKHIDMATAN DIGITAL |
|
Perbezaan ID Digital dan MyKad
- ID Digital merupakan pewakilan identiti seseorang dalam talian, manakala MyKad merupakan identiti kebangsaan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk rakyat Malaysia dalam bentuk fizikal.
- ID ini tidak akan menggantikan fungsi-fungsi sedia ada MyKad dan MyKid, dan penggunaan ID Digital adalah secara sukarela.
- Iaakan menjadi identiti dalam talian yang dipercayai yang membolehkan pelbagai transaksi dalam talian secara selamat dan peribadi pada bila-bila masa, di mana sahaja dan menggunakan sebarang peranti elektronik.
- MyKad adalah pengenalan kebangsaan yang mengesahkan jika seseorang itu adalah warganegara Malaysia, sementara ID adalah identiti yang telah disahkan dan menggalakkan kepercayaan terhadap perkhidmatan dalam talian, dan seterusnya menghapuskan unsur-unsur pemalsuan dan penipuan.
- Dengan pengeluaran Idenditi Digital untuk rakyat Malaysia, MyKad boleh dimanfaatkan sebagai ‘sumber kebenaran’ untuk pengesahan identiti seseorang kerana ia mempunyai maklumat sebenar seseorang.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mengetahui secara lanjut berkenaan Idenditi Digital ini, anda boleh lakukan menerusi pautan di bawah:
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 atau Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar.
Semoga perkongsian ID Digital Sebagai Inisiatif Membendung MyKad Palsu ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan anda dan juga di samping itu dapat memberikan pendedahan terhadap sindiket pemalsuan MyKad yang semakin berleluasa. Diharapkan usaha kerajaan dalam mengimplementasi ID Digital ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan rakyat Malaysia dan juga penduduk tetap.