Vaksin Covid-19: Hospital Swasta Disenarai Sebagai Pusat Vaksinasi

HOSPITAL SWASTA PUSAT VAKSINASI

Hospital Swasta diberi kepercayaan sebagai Pusat Vaksinasi bagi para petugas kesihatan swasta untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19. Seperti kita sedia maklum, pada fasa pertama sudah lebih sejuta rakyat Malaysia sudah mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah kerajaan iaitu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains, Teknologi dan Invosi dan juga merangkap Menteri Penyelaras PICK berkata pihak kerajaan telah memberikan kepercayaan kepada Hospital Swasta dan akan lebih banyak lagi Hospital Swasta dimasukkan ke dalam senarai Pusat Vaksinasi bagi Fasa 2 dan 3 untuk peringkat seterusnya. Keputusan ini telah diputuskan setelah mengambil kira pelbagai aspek secara menyeluruh.

Menurut Dr Dzulkefly, pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan sektor swasta seperti Hospital Pantai di bawah ‘Kerjasama Awam-Swasta’ agar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ini dapat dijalankan dengan lebih efektif. Beliau juga berkata sekiranya Hospital Awam telah melebihi kapasiti maksimum, maka dengan pembabitan sektor swasta sedikit sebanyak dapat membantu PICK lebih berkesan dan telus dalam usaha memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat.

Kadar Suntikan Harian Diberikan Bagi Fasa Kedua dan Fasa Ketiga

Menerusi akaun Twitter rasmi Khairy Jamaluddin hari ini, beliau mengulas pendapat daripada Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang merupakan bekas Menteri Kesihatan.

“Dalam Fasa Kedua (2) dan Fasa Ketiga (3), pihak kerajaan akan berusaha memberikan suntikan vaksin Covid-19 dari 75,000 ke 150,000 dalam masa sehari. Lebih banyak hospital swasta juga akan dimasukkan sebagai Pusat Vaksinasi” kata beliau.

akaun Twitter Khairy

Seperti kita sedia maklum, PICK telah dimulakan sejak 24 Februari 2021, ianya mengandungi tiga fasa bermula dengan Fasa Pertama dari bulan Februari hingga bulan April dimana fasa ini melibatkan hampir 500,000 petugas-petugas barisan hadapan.

Bagi fasa seterusnya iaitu Fasa Kedua, ia akan bermula dari bulan April sehingga bulan Ogos dimana fasa ini membabitkan seramai 9.4 juta orang terdiri daripada :-

  • Golongan warga emas berusia lingkungan 65 tahun dan ke atas
  • Golongan berisiko tinggi (mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi)
  • Golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa Ketiga pula akan bermula dari bulan Mei 2021 sehingga bulan Feb 2022 secara menyeluruh kepada semua penduduk di negara ini yang berusia 18 tahun ke atas. Fasa ini melibatkan lebih 13.7 juta orang.

Pengamal Media & Guru Mendapat Suntikan Vaksin Awal Fasa Pertama

Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membincang perkara ini lebih lanjut dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh kerana pihak KKM mendapat permintaan yang tinggi daripada golongan pendidik untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Golongan guru dan pengamal media juga perlu diberi keutamaan kerana mereka berada dalam bidang kerjaya yang sering bertemu atau berinteraksi dengan orang ramai. Namun begitu, golongan berisiko tinggi di kalangan guru akan diberikan keutamaan.

Bagi golongan pengamal media pula, beliau berkata “Pengamal media merupakan individu utama yang memberikan maklumat dari pihak kerajaan kepada masyarakat dalam usaha menjayakan program imunisasi ini”.

Dalam usaha memudahkan proses penerimaan suntikan vaksin Covid-19 di kalangan guru, pihak Kementerian Pendidikan telah diarahkan untuk menyenarai golongan guru yang berisiko tinggi yang perlu diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu.

Hal ini akan diperbincangkan bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin di dalam mesyuarat bagi menentukan hasil keputusan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba akan memberikan kata putus pada minggu depan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19.

Sebelum ini, kami ada kongsikan artikel mengenai pendaftaran vaksin dan jumlah rakyat yang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin. Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai info menarik, anda boleh layari laman sesawang kami Sumber Guru Online.