Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelancaran Bas Elektrik Percuma Di Sarawak Pada Mac 2021

Pelancaran Bas Elektrik Percuma Di Sarawak

Pelancaran Bas Elektrik Percuma Di Sarawak hari ini memberikan nafas baharu dalam industri automotif di Malaysia. Hal ini kerana ianya dapat mengurangkan pencemaran alam berbanding dengan kenderaan lain yang menggunakan enjin yang mengeluarkan gas karbon monoksida.

Untuk pengetahuan anda semua, penggunaan bas berkuasa elektrik sudah pun digunakan terlebih dahulu di negara lain seperti di Negara Chile yang berada di selatan Amerika Syarikat pada tahun 2018. Pelancaran pertama kali bas elektrik di Malaysia dilancarkan pada 1 Mac 2019 untuk kegunaan orang ramai termasuk para pelancong yang berada di bandar raya Kuching secara percuma.

Prasarana Yang Disediakan

Dengan kemajuan teknoklogi yang membangun pada hari ini, bas ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang memudahkan para penumpang. Contohnya, bas ini dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem automasi pengumuman hentian bas. Seterusnya, bas ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan penyiaran kandungan tepat masa dan juga kaunter video penumpang.

Demi menjamin keselamatan penumpang sepanjang masa, bas ini diawasi dengan kamera CCTV. Bas ini juga merupakan bas yang mesra penumpang kerana turut menyediakan ruang kerusi roda bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga ruangan untuk meletakkan basikal yang boleh dilipat. Bas elektrik ini juga mempunyai sistem Wifi yang tersendiri yang akan menarik perhatian penumpang khasnya daripada golongan muda. Pengguna boleh mendapatkan akses untuk pemantauan tepat bagi masa dan lokasi bas serta jangkaan ketibaan bas dengan memuat turun aplikasi Kuching Metro di iOS.

Kawasan Liputan Bas Elektrik

Pada tempoh percubaan tahun 2019 dahulu, bas elektrik ini beroperasi dari 7:00 pagi sehingga 6:00 petang dan hanya mempunyai 25 perhentian sahaja. Perhentian pertama bermula di ‘Open Air Market’ yang terletak di Jalan Power dan berakhir di Jalan Haji Taha. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata; “Laluan yang dikenal pasti untuk perjalanan bas ini sangat menarik kerana merangkumi seluruh kawasan warisan di bandar raya Kuching sehingga ke iCom Square dan Satok,” katanya.

Namun pada pelancaran terbaharu bas elektrik ini, beliau memberitahu bahawa liputan perkhidmatan bas ini akan diluaskan dari 25 perhentian kepada 54 perhentian. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengatakan liputan perkhidmatan yang baharu ini akan meliputi destinasi yang popular di situ yakni kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Bas Elektrik

Penambahan Unit Bas Elektrik

Pada tahun 2019 yang lalu, bilangan unit bas elektrik yang tersedia di Kuching hanyalah 1 unit sahaja. Pada waktu itu, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu bahawa sekiranya perkhidmatan bas elektrik ini mendapat sambutan maka kerajaan negeri akan menambah 1 lagi unit bas elektrik atau melanjutkan tempoh perkhidmatan percuma bas tersebut selama setahun lagi. Langkah ini diambil untuk menggalakkan penggunaan bas elektrik tersebut di bandar raya ini

Seterusnya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan kementerian beliau telah mengesyorkan untuk unit bus elektrik ini ditambah agar dapat melicinkan lagi perkhidmatannya untuk para pengguna tempatan. Dengan tambahan unit bas ini juga, ianya dapat menampung permintaan penggunaan oleh para pelancong di bandar raya Kuching yang dijangka akan naik sedikit demi sedikit pada separuh tahun kedua 2021 ini.

Rumusan Pelancaran Bas Elektrik Percuma Di Sarawak

Bas Elektrik 2

Pelancaran Bas Elektrik Percuma Di Sarawak memberikan satu impak baharu bagi perkhidmatan bas awam di Malaysia. Ianya juga bas berkuasa elektrik pertama yang ada di dalam negara Malaysia. Kejayaan ini selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang ingin memberi penekanan terhadap pembangunan lestari.

Sebelum ini kami ada berkongsi berkenaan dengan Perbandingan 2 Jenis Penapis Air Yang Ada Di Malaysia

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati